Pages

▼

Sunday, October 4, 2026

Kawan² Unisza Bermalam Di Rumah I Konsert Wali Band

Minggu lepas Abang Imi ada beritahu ada 2 orang unimate akan bermalam di rumah.
Hari Khamis mereka sampai.

Bermalam satu malam sebab Hari Jumaat akan ke JB. 

Hakimi bertolak dari Ipoh jam 5 pm. Sebelum ni intern di sana dan lepas intern teruskan buat partime barista kat F&B. Balik dari JB akan terus ke kampungnya di Chenor, Pahang. Hakimi tinggalkan kereta kat rumah sebab mereka akan car pool naik dengan Abang Imi.

Shahril naik bas dari Besut jam 2 pm sampai 12 malam. Leha² eh bas Sani😆
Ibu jumpa Shahril petang Jumaat masa balik dari ofis. 

Ibu tak sempat masakkan mereka di rumah dan Bami kata nanti makan luar je. Tak sure akan sampai jam berapa. Jadi ibu bagi duit je lah minta Bami bayarkan makanan mereka.

Jam berapa mereka sampai rumah pun tak pasti sebab ibu dah masuk tidur.

Mereka ke JB berempat, nanti pickup seorang lagi kawan di Subang Jaya.

Dinner ibu ayah hari Jumaat sebelum balik rumah... ayah pickup ibu kat ofis sebab kereta ibu, Bami nak guna. 

Masa ni Bami dan kawan² dah kat area Setia City Mall, ajak dinner dulu tapi Bami bagitau dah makan.

Jumaat jam 10 pagi Bami dan kawan² ke IOI Mall sebab Shahril yang duduk Besut teringin nak pergi. Bila balik tu end up sampai lambat sebab dari IOI mall tu highway jammed. 

Patutnya dari IOI mereka terus je lah pergi JB tapi nak balik rumah dulu. Kawan yang duduk Subang Jaya tak join ke IOI jadi memang kena ambil dia dulu. Masa ke IOI mereka bawa kereta Hakimi. Itu yang Bami bagitau, kalau tau nak jammed ibu boleh je bawa kereta ke ofis.

Ehhh... ibu dah bagitau ya.. jalan akan jammed sebab ada perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026.

Dua kali lah mengharung jammed, balik dari IOI dan ketika menghala ke JB.

Sampai JB jam 3 pagi. 
Singgah Masjid Kampung Sungai Danga, dapatlah melelapkan mata dan rehatkan badan sementara tunggu check-in Airbnb.

Ni lah yang mereka buat di JB.
Menyaksikan konsert Wali Band di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.



Helok pulak pakai baju putih semua... ni mesti dah pakat².



Artis jemputan, Najwa Latif.

Wali Band memulakan persembahan.

Gambar ni ibu screenshot dari status Cik Fatin. Laaa... dia pun ada sana. Bami bagitau Cik Fatin yang dia ada sana juga masa dah balik. 

Ibu siap² bagitau Bami balik nanti pun pasti jalan jammed juga. Tak perlu lah rushing balik.

3 comments:

  1. Wah peminat wali band sungguh ni sampai kan sanggup jauh2 pi jb. Jem dari sepang boleh sangkut kat ioi waduh jem panjang tu

    ReplyDelete
  2. Waaah untung Raka tak dengar nih... Dia pun fans berat wali band 🤣🤣. Saya sejak nikah dengan dia, karena dibrainwash terus2an, dengan lagu2 dia yang setipe dengan wali, lama2 jadi bisa menikmati 😂😄. Karena sebenarnya lagu favorit saya tuh rock , macam motley Crue, deff Leppard, , jadi bisa pula menikmati wali dan kawan2 😄

    ReplyDelete
  3. Rasanya konsert Wali Band tu Leeyana Rahman tu yang jadi organizer. Pernah nampak dia share kat story IG.

    ReplyDelete