Pages

▼

Sunday, October 25, 2026

KEM PRS, SBP Peringkat Zon Utara

Cerita 7 Sep 2026
Wafi dan beberapa orang rakan PRS berpeluang menyertai KEM PRS, SBP Peringkat Zon Utara yang diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.

Program ini bertujuan memberi penekanan kepada kemahiran membantu rakan, kepemimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan pembangunan sahsiah.









Cepat je Wafi blend dengan kawan-kawan SBP lain.




Masa ni jadi fasi di salah sebuah sekolah rendah di Ipoh.






Gambar ni masa dalam bas perjalanan dari SP ke Ipoh.

Jadual program.

Senarai barang yang perlu dibawa.
Wafi kata dia tak tengok betul-betul senarai ni. 

Dalam bas baru kawan kata kena bawa baju kurung putih dan kain hitam. Lahhh.. dia tak bawak.
Kain hitam Wafi ada lah sebab uniform PRS kemeja putih, kain hitam dan blazer.

Rombongan pergi hari Isnin, baju kurung putih tu kena pakai hari Khamis. Dalam bas Wafi bagitau. Tanya dia apa rancangan sebab ada 2 orang kawan lelaki pun tak bawak juga. Tapi diorang nak pinjam baju student STAR. Wafi takleh lah nak pinjam sebab sekolah tu All Boys 😅

Terpaksa lah Isnin balik kerja tu ibu cari baju kat Karnival dan Abang Imi setuju hantar ke Ipoh. 
Abang Imi gerak ke Tapah hari Selasa pagi kemudian ambil Abang Izzat untuk temankan.


Masalahnya... bukan je Wafi tak bawak baju putih dan kain hitam, court shoes pun tak bawak.
Ya Allah... ape je lah yang diingatnya Wafi oooiii
Takdenya ibu nak belikan kasut hitam tu, ibu bawakkan kasut lama dia yang sekali pakai sebab longgar. Kasut Bata tu ibu beli kat Shopee tapi tak ngam pulak saiznya.

Ibu tulis siap-siap nama dan nombor telefon Wafi.

Baju tu tak hantar ke STAR sebaliknya ke tempat penginapan di asrama PBSM, Ipoh.

Mujur jugalah di Ipoh je.. kalau sampai ke Perlis atau Kelantan sana memang ibu tak layanlah. Carilah option lain...
Ibu tulis je.. kalau terjadi nampaknya kena usaha jugalah demi budak comot sorang ni.

26/10/26 bermulalah Pentaksiran Diagnostik Akademi (PDA) SBP.

Ya Allah, permudahkanlah peperiksaan Wafi, tenangkan hatinya, terangilah fikirannya, kuatkan ingatannya, kurniakan kejayaan dan berkatilah segala usahanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 🤲❤️

8 comments:

  1. Adoi la anak bertuah ni... Kadang diorg ni relax je sbb tau mak boleh setelkan 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa pasal... mak nya kena jadi superwomen 😬😬

      Delete
  2. Tu yang orang kata tak baca whatsapl group. Hahah. Wafi2 mujur la ada plan B.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan B tu maknya 😫😫 gerammm je dia ni.

      Delete
  3. adoilaa wafi. nasib baik abang imi boleh tolong hantar baju tu. kalau tak.. terpaksalah beli baru pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli baru tu Maz kecuali kasut... tu kalau takde Bami ibu atau ayah juga lah yang kena ambil cuti hantar huhu

      Delete
  4. Anak anak bertuah zaman sekarang. Doa yang baik Insya-Allah akan datang baik2 A-Min

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan semua uursan Wafi di dalam menjawab peperiksaan.

    ReplyDelete