Pages

▼

Tuesday, November 3, 2026

Telur Dadar Cha-om

Selalu jumpa daun petai ni kat NSK tapi tak beli sebab biasanya portion yang dijual banyak. Bila nampak dijual dalalm kuantiti yang lebih sedikit maka ibu beli lah sebungkus. Teringin nak rasa.

Daun petai Thai, yang juga dikenali sebagai Cha-om atau nama botaninya Senegalia pennata, ialah sejenis pokok renek berduri yang popular sebagai ulam dan bahan masakan di Thailand serta Asia Tenggara
• Bahagian Dimakan: Pucuk atau daun muda.
• Aroma & Rasa: Mempunyai bau kuat seperti petai dan rasa yang unik.

Durinya kecil dan tajam jadi semasa menyiangnya kena lah berhati-hati. Ambil bahagian pucuk. Bila masuk peti ais sebab taknak masak lagi.. waduhh.. kuat betul baunya.. mengalahkan petai.

Ibu buat telur dadar campur daun Cha-om ni tambah bawang besar.
Terhangit sket gorengnya 😁😁

Tumiskan taugeh + carrot.

Ada ikan fillet dalam peti ais.. entah berapa bulan. Goreng guna tepung bestari kemudian tambah bawang dan cili.
Bila makan kering begini, kena bubuh kicap atas nasi.

Ikan kembung tu beli kat pasar.. nak beli sikit je tapi penjual bagi kemain banyak sebab hujan nak tutup gerai dah. Balik rumah siang dan buat fillet terus sebab ikannya pun tak besar. 

Buat masa ini, rasanya sekali ni je lah beli Cha-om.
Nampaknya semua tak berapa gemar sebab kuat bau petainya.
Tapi kalau petai ibu suka sangat 😁

Mungkin ada cara masakan lain yang lebih sesuai.

28 comments:

  1. Tak pernah dengar nama daun tu. Macam rupa pucuk paku dah.

    ReplyDelete
  2. Apa kaitan cha on dengan telur dadar. Rupanya nama dia. Tak pernah pulak dengo. Chombee dengar le

    ReplyDelete
  3. Tak kenal pucuk ni. Kalau pucuk petai belalang tu tahu le :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petai belalang pokoknya besar dan tinggi.. yang ni akak rasa macam pucuk paku tanjung je pokoknya.

      Delete
  4. tak kenal daun ni. tak penah masak, maka tak penah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tau pun sebab pernah nampak kat MAHN. Tu yang teringin nak cuba.

      Delete
  5. Tak pernah pula tahu ada daun ni..kiki...

    Weyhhhh, habis juga BW sini... Fuhhh, penatttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh slow mo ni sebab dah habis cerita jalan-jalan 😁
      Tak tau nak tulis apa pulak.

      Delete
  6. First time tengok lauk daun petai, mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga tapi macam tak boleh makan banyak-banyak. Mungkin kami tak biasa makan.

      Delete
  7. Kalau baunya sampai mengalahkan petai dalam peti ais, memang luar biasa aromanya. Hahaha kena simpan dalam bekas kedap udara agaknya. Teringin juga nak tahu rasanya selepas dimasak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lainkali kalau dah beli kena masak terus hehe

      Delete
  8. Saya selalu order telur dadar cha om ni kalau makan di sebuah restoran di Perlis. Saya tak suka petai, tapi boleh makan telur dadar cha om. Mungkin sebab yang saya makan ni tak kuat bau petainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kita terbalik hehe.. kalau gitu nak try yang orang lain masaklah.. kot cara masaknya tak betul.

      Delete
  9. Saya baru tahu daun pernah bisa dimakan. Tak pernah lihat lagi kak. Saya pikir tadi itu daun paku 😅😅. Miriiip yaaa. Ntahlah ada dijual di sini atau tidak

    ReplyDelete
  10. 1st time dengar nama sayur ni...memula ammi ingatkan telur dadar inspired by Cha-Om... ingatkan cha om tu orang hahaha

    ReplyDelete
  11. Alahai..x pernah jumpa lagi.buat tandas bau "harum" ye...tak yah la..hahahaha...

    ReplyDelete
  12. First time dengar pasal daun petai Thai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masuk market ke supermarket bolehlah nengok² kot ada.

      Delete