Pages

▼

Sunday, November 1, 2026

Tahniah Buat Amrul & Dr. Fie

Cerita hari ini. 
Ibu, ayah dan Kak Widad menghadiri majlis perkahwinan kawan SAS ayah, uncle Amrul dan Dr. Fie di Laman Puteh by Dlia Jane, Seremban 2.


Pagi ibu dan ayah ke majlis pernikahan mereka. Disebabkan seating dalam dewan pernikahan terhad 30 orang bagi rombongan uncle Amrul, Kak Widad stay dulu di hotel.

Alhamdulillah pasangan selamat diijabkabulkan.

Tema Dusty Pink bagi rombongan Uncle Amrul. Mostly kawan² SAS yang dijemput.


Kami bertiga.


Ada seorang budak ni duduk meja sebelah. Dia tengok je Kak Widad. Mak dia kata dia tunjuk Kak Widad cakap pengantin.
Adehhh.... Kak Widad boipren pun takde dik huhu

Masa pengantin berarak untuk ke pelamin kami undur diri sebab nak ke wedding lain di KL. Tetamu pun dah semakin ramai. Bagilah seat pada mereka yang baru sampai.

Semalam petang Sabtu ada majlis berinai dan bersiram di rumah baru Dr. Fie tapi kami datang selepas Maghrib. Uncle Amrul jemput datang juga sebab kami dah ada di Seremban.

Ibu rasmikan baju awesome pemberian Kak Notie yang baru siap ditempah sebulan lepas. Tempah sekali baju lain untuk dipakai masa konvo Bami.


Pertama kali jumpa Dr Fie ni perwatakannya lembut, manja dan sopan. Cantik pulak tu. Peramah melayan kami walau pertama kali berjumpa malahan mengajak kami untuk bergambar bersama².

Masa ni belum sah jadi suami isteri jadi uncle Amrul taknak reveal muka😆

Kawan² ayah tak ada pun yang panggil kapten tapi media yang mulakan. 

Semoga Amrul & Dr. Fie dikurniakan rumah tangga yang sentiasa sakinah, mawaddah wa rahmah, dilimpahi kasih sayang, kebahagiaan dan keberkatan Allah SWT hingga ke Jannah. 🤍
 

26 comments:

  1. Oh suami baru Dr Fie kawan husb akak. Cantik Dr Fie ni & memang nampak baik je. Selamat pengantin baru buat keduanya. Semoga diberkati rumahtangga mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA🥰
      Ha ye.. kawan sekolah F1-F5. Brotherhood diorang kuat betul sampai sekarang.

      Delete
  2. Tahniah buat Amrul & Dr. Fie! Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga berbahagia selalu. Moga yang baik-baik sahaja mengiringi perjalanan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah buat kedua mempelai. Cantik Dr Fie, semoga bahagia utk keduanya.

    ReplyDelete
  4. Wahhhh ni Dr Fie yang dulu kahwin dgn Nubhan kan?. Tahniah! Selamat Pengantin Baru! Kak Widad macam princess la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA🥰
      Betul Ezna. Both pun 2nd marriage.

      Delete
  5. tgk smlm gmbr2 sekitar majlis pernikahan..sweet Dr Fie..smoga berbahagia hingga jannah utk perkahwinan ke-2

    ReplyDelete
  6. Ohhh...Kapten Amrul ni kawan SAS akak ngan suami ye...patut la...suka sangat tengok gambar diorang semalam...alhamdulillah kebahagiaan milik Dr Fie...ralat x dapat jumpa akak..tak kena timing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA🥰
      Haah.. kawan asben.. wedding yang akk bgtau SA kami nak attend.
      Insyaallah lain masa kita jumpa. Ritu check-in hotel jam 3 lebih terus pengsan semuanya.. Mujur ada event malam kalau tak semua sambung tidur. Kekenyangan makan kot jadi ular 😂

      Delete
  7. Alhamdulillah rezeki dapat jemputan majis tersebut. Berseri2 pengantin wanitanya. Kalau dah jodoh tak ke mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul.. kalau dah jodoh tak ke mana.
      Semoga bahagia milik mereka.

      Delete
  8. Kak widad sekali pandang cam penyanyi nana. Cantik Dr fie. Napa lah nubhan tu ceraikan Dr fie . Cantik baik. Semuga jodoh kali ini berpanjangan hendakNya. Aamiin

    ReplyDelete
  9. Wahhh... Kawan dia kawan dengan orang feymes lah ..
    Selamat pengantin baru uncle Amrul dan doktor Fie., semoga rumah tangga yang dibina mendapat rahmat dan keberkatan Allah..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA 🥰
      ekeke.. saya menumpang je 😎

      Delete
  10. Alhamdulillah moga pengantin berbahagia selamanya hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  11. Cantiiiik sangat pengantin wanitanya 😍👍. Semoga pernikahan mereka bahagia, diberkati Allah selalu, dan makin dilancarkan rezekinya

    ReplyDelete
  12. ohhh dia kawin kat S2 ke...kita org Seremban pun taktau. Patutlah kak SA wasap kata akak ada kat somban. Ammi pulak kat melaka masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya belum berjodoh lagi kita nak jumpa.

      Delete
  13. Lawo Dr Fie ni. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia hingga akhir hayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA🥰
      Lawa kan.. dari gambar pun nengok lawa.. bila jumpa lagii lah.

      Delete