Hari yang kita berjimba2 di Capri haritu, Abang Imi telah dihantar ke Tapah pada malam Jumaat. Ini bagi membolehkan Bami belajar memandu dengan Cik Anuar.
Stay sana senang sikit takde lah nak berhantar dan berambik jika belajar di sini. Expected dalam masa sebulan lebih boleh dapatkan lesen memandu motosikal dan kereta.
Izzat akan mengambil lesen motosikal sahaja since baru berumur 16 tahun.
Yeayy... dah dapat lesen L. Boleh lah teruskan belajar memandu. Oh ya... ujian bertulis Bami dapat 67/70 manakala Izzat dapat 46/50. 50 soalan sebab ujian bertulis untuk motor sahaja.
Keseluruhan kos untuk mendapatkan lesen RM580 untuk motosikal dan RM1400 untuk kereta. Bami telah mengeluarkan duit tabungan since Tingkatan 4 sebanyak RM1,200 tapi ibu ambil RM900. RM200 tu simpanlah supaya Bami semangat untuk mengumpul duit. Balance ibu n ayah top up.
Mula2 ibu ingat nak keluarkan duit, later bila Bami kerja boleh ganti sikit2. Tapi Bami cakap nak bayar...
hoyayyyy.. biarlah Bami menghargai penat lelah mengumpul duit sendiri untuk dapatkan apa yang dihajati.
No comments:
Post a Comment