Pages

Monday, December 11, 2017

KPJ Klang - Day 4 (final day yayyy)

Pagi ni result darah ok.. platlet naik. Demam pun takde. Since kita pun dah tau akan balik hari ni.. just tunggu doktor je lah.
Dah tak tau nak buat apa dah.. just ambik2 pictures je lah.
Ni breakfast, lunch dan tea time. Tea time ni tak perlu pilih menu sebab dia akan bagi je.. petang ni ada bubur kacang. Semalam biskut cracker. Sebelum tu kek twiggies. Air coklat. Standard pilihan kakak Widad.

View dari luar bilik Kawi. Oh ya.... ini kan wad maternity. Nampak mcm 1-2 bilik je yang ada penghuni.. sebab banyak masa kami di dalam bilik jadi tak nampak sangat orang lain.

Di floor ini ada juga wad paedratik dan nursing care.

Doktor Lim datang lebih kurang jam 11.30 am gitu.. cuti2 ni nurse cakap doktor memang datang lambat.
Masuk2 je senyum.. bagitau dah boleh balik since Kawi pun dah sihat. Doktor bagitau kemungkinan untuk dijangkiti demam denggi ada pada masa akan datang. Demam ni ada 4 jenis. Kalau dapat kali ke dua akan jadi lebih sakit.

Nurse beritahu it takes 3-4 hours baru boleh settle the discaj process since tunggu Final Letter of Undertaking dari pihak Prudential. Nurse uruskan dengan cashier. Sebelum tu.. calamine lotion nurse ambik balik sebab nak hantar ke lab.

Beritahu agen tentang discaj timing tu, itu jawapan standard dari hospital. Begitu juga masa proses admission. Bukan dari masa hospital submit form ke insurans. Ok lah at least patient tak menaruh harapan untuk keluar cepat. Dapat mesej dari agen, Prudential dah approve dalam jam 2.00 pm. Jam 2.45 pm tu nurse minta turun ke cashier to settle bill.


Kos rawatan 4 hari 3 malam di KPJ Klang untuk demam denggi Kakak Widad berjumlah RM3,400.90

Since ada coinsurance sebanyak RM300, administration fee yang tidak dilindungi oleh insurance dan kelayakan katil Kawi RM100 semalaman tapi katil di KPJ Klang RM120, maka ada access yang perlu dibayar sebanyak RM406.33

Kena tunggu payment dari Prudential sebanyak RM450 (RM150 sehari) iaitu hospital benefit. Which is akan cover balik jumlah yang telah dibayar. Ehhhh.... within 1 month according to the agent. Later will blog about this.


Jarum untuk drip water.

Ehhh... ID ni berharga RM3.73
Hahaha... duit2

Depan wad.

Di luar wad.. tempat menunggu. Pintu wad maternity ni sentiasa terkunci. Kena press button sebelum masuk. Begitu juga di paediatrik. Di wad biasa tingkat 5 tak pasti. Mebi sama for security purposes.

Dr. Lim yang merawat Kawi. Specialist dalam buah pinggang.. juga general practitioner.

Main entrance KPJ Klang.. cuti2 ni tak ramai orang conpared to hari biasa.

Bye2.
Doakan Kakak Widad, Abang Imi dan Wafi sihat2 selalu.


No comments:

Post a Comment