Pages

Friday, November 14, 2025

Bukit Bubus, Besut

Ini cerita hiking Kak Widad bersama roomate pada 20/10/2025
Post gambar kat grup jam 7.26 pagi.

Bukit Bubus terletak di daerah Besut, Terengganu. Sebuah bukit dengan panorama Laut China Selatan dan Pulau Perhentian dan Pulau Rhu di hadapan.

Widad kata laluannya mudah dan pendek. Boleh mendaki ke puncak dalam masa kira-kira 45 minit sahaja.

Tengok sunrise lah tu.
Cantik... ada biasan cahaya.

Aktiviti paragliding adalah tarikan utama, di mana pengunjung boleh terbang dari puncak bukit yang tingginya 85 meter dari paras laut.

Haritu Kak Widad ada tanya fee untuk naik paragliding ni RM200. Lainkali boleh try kalau berminat. Katanya instructor glider tu lelaki. Seganlah. Laaaa... biasalah lelaki handle sukan extreme begini.

Nampak tenang je belakang tu.
Aihhh.. nak duduk Ganu juga boleh tak😆

Roomate Kak Widad di rumah sewa, Eisya, Atiqah & Auni.

Bekal sandwich selepas hiking.
Sempat lagi mereka prep.

Aktiviti Kak Widad nampak menarik bila duduk kat Besut. Petang biasanya akan briskwalk dengan kawan². Kadang² main badminton depan rumah sewa. Memang terisi masa mereka.

 

10 comments:

  1. Jom Kak pindah Ganu ahaha...
    Bagus Kak Widad, explore & enjoy your life as a student as much as you can. Kalau diberi peluang, nak jadi student semula haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpun kita bawa Ganu datang sini hahaha
      Nak jadi student tapi taknak EXAM😁😁

      Delete
  2. Nampak sedap pula sandwich tu ya lepas penat hiking tu boleh ngap. Permandangan kat atas tu cantik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah penat pasti sedap je walau makan sandwich. Kan... cantik view dari atas tu.

      Delete
  3. Cantik pemandangan sunrise tu. Lembut warnanya, damai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak.... damai je. Syiok ni kalau dapat melayan perasaan hehe

      Delete
  4. cantik viewnya. ni dekat dgn bukit keluang jugak ke? saya selalu tgok orang ke bukit keluang je. taktau lak ada nama bukit bubus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Maz.. akak pun baru baca. Sebenarnya sebelum ni tak pernah tau pun pasal bukit² kat Terengganu nuuun.

      Delete
  5. bestnyaaaa,,,nak pindah ganu gak laaaa...sana semua murah...

    ReplyDelete