Pages

Sunday, November 23, 2025

Santunan Kasih Pengantin Diraja Bersama Rakyat

Ini cerita 7/11/2025 masa ibu, nenek, Cik Baya, Cik Biela dan Cik Elis sekeluarga ke Dataran Shah Alam untuk meraikan perkahwinan Pengantin Diraja.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
💛💛💛💛
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz berkenan untuk mencemar duli menyantuni rakyat jelata dalam 𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏𝒕𝒊𝒏 𝑫𝒊𝒓𝒂𝒋𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 yang dijadualkan seperti ketetapan berikut:
🗓️ 𝟕 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭)
⏰ 𝟖.𝟎𝟎 - 𝟏𝟏.𝟎𝟎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦
⁣📍 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦
𝐌𝐚𝐩𝐬/ 𝐖𝐚𝐳𝐞 - https://shorturl.at/X1beq
𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚, 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚:
✅Tayangan Video Majlis Pernikahan Pengantin Diraja
✅Persembahan Kebudayaan dan Artis Jemputan
✅Pertunjukan Bunga Api 
✅Jamuan Makan
Semua dijemput datang bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana penuh santai dan ria meraikan Pasangan Pengantin Diraja.
𝑫𝒊𝒓𝒈𝒂𝒉𝒂𝒚𝒖 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖!

Kenyataan media tentang perkahwinan Raja Muda Selangor (RMS), Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj telah dikeluarkan.


Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini.

Sebagai rakyat Selangor pasti perkahwinan Diraja ni saat yang ditunggu-tunggu.
Alhamdulillah.. kami cuba menjadi sebahagian dari yang yang meraikan pasangan pengantin Diraja ini.

Ibu tumpang dengan Cik Baya je ke Shah Alam. Masa tu hari Jumaat dan hari yang sama baru plan nak pergi. Sharp ibu balik kerja. Lepas Maghrib terus bertolak ke Shah Alam. Parking di masjid. Sempatlah kami solat Isyak dahulu. 

Dalam jemputan pengunjung digalakkan memakai batik. Tengok almari, rupanya ibu takde baju batik pun 😁. Pakai je lah baju kurung Kedah bermotif ala corak songket. 


Ada 3 skrin besar kat dataran. Pilihlah nak duduk mana. Kat bahagian tengah tu ramai sebab depan stage dan kedua pasangan Diraja duduk di situ.

Dongaklah sikit sebab dekat dengan skrin 😆

Ada juga khemah untuk pengunjung tapi sebab kami ramai lebih baik lah duduk sambil piknik atas padang. Santai-santai je. Anak-anak pun boleh main kat padang.

Awal-awal tu ada tayangan Majlis Aqad Nikah dan persandingan Diraja yang diadakan di Istana Alam Shah.

Makanan macam-macam. Ni antara yang diambil.
Ada katering dan ada makanan dari Food Truck.

Budak-budak ni asyik ulang-alik ambil makanan.... tak larat dah makan. Sampai suruh stop dari ambil lagi. Seronok agaknya sama-sama beratur.

Air pun macam-macam jenis. Cendol pun ada.
Alhamdulillah semua sedap. 
Boleh puji AJK yang terlibat memilih katering dan food truck.

Asal ada masa terluang bolehlah kumpul dengan adik-beradik.

Lepas santapan Diraja, RMS dan Datin Paduka Seri memotong pulut kuning dan kek.

Pasangan pengantin duduk kat kerusi camping menghadap stage.
Memang santai betul.

Pengacara malam tu, Fiza dan Zarul Umbrella.

Malam tu ada konsert dari penyanyi Indie, kumpulan Teman Lelaki dan Masdo (dua² memang bukan zaman ibu, tak pernah dengar) yang merupakan artis kegemaran pasangan Diraja ini. Faizal Tahir je lah yang ibu tau.

Sebelum tu masa awal majlis, Tengku Amir Shah, Datuk Paduka Seri serta rakyat jelata dihidangkan dengan persembahan kebudayaan daripada Orang Asli Mah Meri dan Tarian Zapin Nikah Kahwin daripada pasukan kanak-kanak bawah seliaan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor.

Ending majlis ada persembahan bunga api yang berwarna-warni.

auchhhh.... so sweet!

Keberangkatan pulang.

Kami pun sama, gerak balik. Keluar dari dataran masih ada lagi pengunjung yang beratur di food truck. Selagi ada makanan dan minuman boleh je lah nak makan. Nampak truck cendol dan ayam guting kat situ. Yang lain tak perasan food truck apa.

Tahniah buat Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Datin Paduka Seri Afzaa Fadini.
Semoga Allah memberkati penyatuan ini dengan rahmah, sakinah, mawaddah, barakah dan kebahagiaan berpanjangan sentiasa mengiringi.


Naklah juga into the scene.
Pertama kali jumpa RMS, siapa yang tak teruja.

Cerita berkaitan aktiviti kami masa Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan jumpa Raja Muda Selangor di sini, SAHTK Nov 2018 - Kenangan bergambar dengan Raja Muda Selangor

20 comments:

  1. Sehari lepas majlis ni baru perasan ada banner jemputan meraikan pasangan pengantin diraja ni :(
    Meriah majlisnya alhamdulillah.

    Akk, Masdo tu femes tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. meriah... sekali ni lah dapat tengok anak sultan sanding🫢
      Fuhhh.... PH pun minat lagu Indie lah tu eh... Akk mmg tak kenal. Cuma perasan ada lagu yang pernah dengar.. dengar2 camtu je tapi tak tau siapa penyanyinya. Muzik indie ni bingit😆😆

      Delete
  2. Seronoknya dapat tengok perkahwinan diraja. Masa anak Sultan Pahang kahwin dapat tengok kat socmed je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai lagi tu yang akan kahwin. Mana tau lepas ni Raja Muda Pahang sanding, rakyat boleh tengok. Keluarga Sultan Pahang pun antara yang berjiwa rakyat. Mungkin sebelum ni anak perempuan yang kahwin jadi tak expose sangat.

      Delete
  3. pengalaman unik ni. kita suka datang sbb nak makan sedap2 je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman sekali seumur hidup.
      Hehehe... makan sedap memang sedap tapi kena beratur juga huhu

      Delete
  4. Tengku Amir Shah ni selalu ke UPM untuk menyempurnakan pengurniaan ijazah untuk pelajar. Kalau bukan Tengku Amir....ayahandanya Sultan Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa ye lah..Sultan Selangor dan RMS ni Canselor dan Pro Canselor UPM.

      Delete
  5. Wah sronok tu dpt tgk pengantin diraja dgn dkt..geng opis ada yg pegi juga

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.
    Hanya mendoakan dari jauh.
    Semoga berbahagia pengantin diraja.

    ReplyDelete
  7. Zaman muda remaja layan la Indie..sekarang dok putar yang zaman dulu² je lah..yang zaman sekarang punya kurang tahu sangat...
    Best nya, kenduri pengantin bersama rakyat jelata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzik lagu-lagu Indie ni agak bingit tak berapa nak sesuai dengan jiwa anak-anak lagi tahun 1970-an 😁😁
      Ini je lah peluang nak pergi kenduri pengantin begini. Lepas ni macam lama lagi nak ada majlis perkahwinan Diraja.

      Delete
  8. Looks humble keduanya. Paling suka part yg bisa duduk di dataran, macam piknik 😍😍

    ReplyDelete
  9. Sama cantik sama padan. Suka tengok pasangan diraja ni. Seronoknya dapat meraikan dan dapat menjamu selera. Syoknya tengok bunga api cantik tu.

    ReplyDelete
  10. seronoknya berpeluang meraikan..suka tengok pasangan di raja ni yang sangat2 sweet....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kali lah.. lepas ni lama lagi lah.. tunggu anak RMS pulak kahwin.

      Delete