Pages

Thursday, January 22, 2026

10H9M Ayah Warded

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ
Lama tak menulis. Harap kawan-kawan ibu tak melupakan ibu 😁
Sebenarnya ritu memang takde mood lah nak tengok blog sendiri. Sesekali menyapa di blog kawan-kawan.

Menyepi sebab dok sibuk ke hospital, urusan Wafi dan kerja yang betul² memenatkan. Sebenarnya lebih kepada risaukan kesihatan ayah😫

Selasa, 6/1/2026

Ayah ke klinik panel area ofis di Gombak namun dirujuk ke hospital. Drive sendiri dan terus ke Emergency Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam (HASA). Hospital paling dekat dengan rumah. 1.30 pm sampai dan dipantau kat Zon Kuning. Ibu tak adalah bergegas dari ofis sebab ayah kata tunggu je ayah update. Gambar ni masih di Zon Kuning tunggu naik wad je. 9.30 pm baru ibu sampai, Cik Baya dan Cik Man temankan. Ibu uruskan pendaftaran dulu baru ayah naik wad 8. Ayah kata siang tu, 2 orang junior sekolah yang merupakan doktor di HASA ada jumpa dan kebetulan attend kes ayah. Salah seorangnya ibu ada jumpa few days lepastu.

Rabu, 7/1/2026

Lepas office ibu terus ke hospital. Takde awal sangat keluar office sebab minggu closing. Memang terkejar-kejar masa. Waktu melawat sampai jam 7 pm masa sampai tu 6.50 pm. 1/2 jam je ibu visit ayah.
Penjaga boleh je tunggu tapi takde lah ibu nak stay sebab ayah boleh uruskan diri. Masa tu pun Wafi kat rumah lagi jadi tak bolehlah nak tinggal sorang-sorang. 

Khamis ibu tak dapat visit sebab bawa Wafi beli buku rujukan di MPH. Mujur keperluan sekolah dan asrama yang lain ibu dah beli awal-awal minggu cuti.

Jumaat dan Sabtu sekali lagi tak dapat lawat ayah sebab hantar Wafi.


Ahad, 11/1/2026 sampai dari Ipoh baru ibu visit ayah.
Sandwich dan susu suam untuk minum petang.

Isnin 12/1/2026 ayah minta belikan Debu Tayammum. Mujur ada di Kedai Anuar Songkok.

Selasa, 13/1/2026
Sedap oo makanan hospital.. lauk ayah haritu ikan buttermilk. Sempat lah ibu hijack sikit.



Nurse masukkan ayah ke bilik seorang sebab ruang 4 katil yang ayah duduk nak masuk seorang patient yang perlukan pemantauan rapi.
Ruang 4 katil tu dah selesa cuma bila masuk bilik seorang ni lagilah selesa sebab takde bunyi machine dari katil² sebelah. 2 malam ayah di sini tapi ibu takde lah temankan.  Ayah soh ibu rehat² je kat rumah.

Khamis, 15/1/2026 ayah discharge. 

Pagi tu ayah dah bagitau boleh discharge tapi nurse minta datang jam 2 pm sebab ada beberapa doktor nak datang bagi kaunseling. Ibu ambil 1/2 day je. Sempatlah beli barang ayah dan makanan tambahan yang diperlukan.
Sampai HASA ibu terus ke kaunter pembayaran. Minta print bill dulu... amaun GL pulak tak cukup jadi kena follow-up dengan MediExpress untuk topup. Staff bagitau kalau dah dapat new GL, whatsapp je padanya. Tak perlu nak tunggu kat kaunter. Jadi ibu bolehlah terus ke kaunter ubat. Lama jugalah tunggu. Guna insurans company tapi ayah kata tak tau siapa agen. Nak tak nak ibu kena contact sendiri pihak insurance. Tak ngapelah...  belajar benda baru. Lagipun HASA takde direct link dengan pihak insurance. Mungkin sebab semi-gov hospital dan hospital ni baru beroperasi pada tahun 2021. Harap ada penambahbaikan pada masa akan datang. 

Bil ayah selama di hospital.

Setel ambil ubat, ibu jemput ayah di wad. Ayah sempat ke kaunter pendaftaran untuk activate apps HASA. Senang nak check tarikh temujanji. Serahkan juga surat temujanji di dua Klinik Pakar.

Jam 5 baru setel semua.. fuhhh.... 

Insyaallah 26/1/26 ayah follow-up.
Semoga yang baik² buat ayah dan segera sembuh.
 

18 comments:

  1. Allahu Akbar, semoga kembali sihat utk ayah Wafi 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
    Patutlah Akk senyap, Sy tertanya² juga. Apapun didoakan agar dipermudahkan urusan Akk sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA.
      Terima kasih PH 🥰
      Hibernasi sekejap.

      Delete
  2. patut lama akak senyap. semoga yang baik2 jela untuk akak sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA.
      Terima kasih Cie 🥰
      Ala-ala mencari kekuatan diri🤭

      Delete
  3. Aduhai..kenapa plak masuk ward tu...SA perasan dalam gambar macam muka suami akak sembab...maaf banyak tanya...semoga yang baik- baik untuk suami akak dan akak sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA.
      Terima kasih SA 🥰
      Husband perasan ada luka kat kaki tepi tapak kaki.. tu yang kena surgery. Sebelum tu check rupanya ada diabetes, baru tau.. Lama lah on antibiotiknya sebab luka tu. Masih sambung dressing lagi.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Alhamdulillah kesihatan lain ok. MC sampai 26/1/26, nanti tengok cemana masa follow-up doktor.

      Delete
  4. lama juga Ayah warded...kenapa kak?harap semuanya baik2..
    moga dipermudahkan semua urusan ye kak,akak pun jaga diri jaga kesihatan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA.
      Terima kasih Afzan 🥰
      Luka kat tepi tapak kaki.. tu yang kena surgery. Bila check rupanya ada diabetes, baru tau.. Lama lah on antibiotiknya sebab luka tu. Bila diabetes lambat lah sikit baiknya. Masih sambung dressing lagi tapi buat kat klinik je setiap hari.

      Delete
  5. patutla lama menyepi. semoga cepat sembuh..
    uihh sedap pulak makanan hospital dpt buttermilk chicken xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA.
      Terima kasih Maz 🥰
      Memang mood ke laut betul masa tu.. bila fikir balik.. ramai lagi orang berat ujiannya. Tu yang slowly bangun semula.

      Delete
  6. Alhamdulillah...semuanya baik² saja..moga terus sembuh.. ingatkan ajak bz ngantor Wafi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. terima kasih Linda.
      Nganto Wafi 2 hari kat jalan cukupin😅

      Delete
  7. Bila ada diabetes kena jaga sebab luka yang kecil je boleh jadi besar. Semuga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik kak.. terima kasih. Saya pun tolong perati juga takut asben tak sedar. Belajar sama.

      Delete
  8. Saya sempat bertanya2 juga, lama kakak tak update. Ternyata suami sedang di rawat yaaa. Baca2 komen di atas, sebab luka di kaki dan diabetes. Harap2 sekarang makin membaik ya kak. 🤗☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. makin sembuh Fanny. Sekarang memang kena jaga makan betul².

      Delete