Ibu simpan sini gambar-gambar Wafi masa Kejohanan Merentas Tahun 2026 pada Khamis 22/1/2026.
Wafi tak adalah dapat nombor apa-apa 😁
Dia setakat lari je... tapi ritu kata cam tak lari sebab tolong cikgu.
Nanti lah ibu confirm semula.
Kalau penuh 30 orang pelajar satu tingkatan rumah Biru, sepatutnya ada 150 orang. Tapi less lah ni sebab setiap tingkatan pun tak penuh.
Ibu dok membayangkan perkara yang sedang viral sekarang bila satu kelas tingkatan ada 58 orang murid. Sedangkan sekolah Wafi ni setiap kelas paling ramai 30 orang je. Pelajar patut rasa bersyukur bila Allah beri nikmat keselesaan di dalam kelas.
Abang Imi kata very easy😆



Ramainya kalau sekelas ada 30 orang
ReplyDeleteTu kira standard yang sepatutnya kak.... bila ada kelas yang hampir double bilangan pelajar tu yang ramai sangat.
DeleteSemakin ramai budak2 sekarang ni. Kelas anak Cie KAA pun limit 30 orang je. Ada yang pindah masuk, ada yang pindah keluar sekarang tinggal 29 je.
ReplyDeleteKalau gitu memang sedang elok Cie.. ni yang ramai mostly kelas sekolah di kawasan penduduk tinggi. Banyak taman perumahan dibuka tapi sekolah tak tambah.
DeleteKalau SK lagi padat...lagi² kalau dekat pekan²
ReplyDeleteHaah... betul tu.
DeleteYang menengah pun ada.. macam sekolah lama akak dulu SMK Meru, sekolah paling ramai murid di Malaysia. Bila buka sekolah baru kat kampung kami, baru lah split kuranglah sikit.
Sayapun takjub kalau 1 kelas sebanyak itu. Macam mana nak belajar. Bisa fokus tak? Saya dulu 1 kelas hanya 19 orang. Krn kelas khusus. Tak pernah merasakan lebih dari 30 😅😅.
ReplyDeleteBila dah ramai rasa sempit dan kurang selesa. Kasihan murid-murid.
DeleteHihihi... confirm ye cari anak sendiri dulu.. mak-mak sangat
ReplyDeleteDia akan ada instinct 😁
DeleteDah mula dah merentas desa ni. Nampak ada sekolah berlari juga kawasan rumah saya.
ReplyDeleteOwhhh ada lagi sekolah yang baru buat merentas desa. Jalan rumah akak pun kawasan larian juga tapi tak pernah terserempak sebab buat waktu sekolah dan akk bekerja.
Delete