2 minggu dah.. minggu pertama tu beli ubat kurangkan bengkak kat farmasi. Ada kala rasa sakit pula. Tahan je lah. Minggu kedua pergi klinik panel.. dapatlah ubat tahan sakit, kurang bengkak, antibiotik dan ubat sapu. Macam tak baik lagi.. ada tambah bengkak kat gusi gigi lain. Itu yang cari doktor gigi pula.
Jumaat semalam buat appointent untuk pagi ni jam 10.30 pagi.
Doktor tanya ada tukar ubat gigi?
Betul...dari Colgate tukar ke Sensodyne bila gusi ibu bengkak. Tapi ibu bagitau, rasanya ia berpunca dari guna berus gigi yang medium masa kat Ipoh lepas balik hantar Wafi ritu. Berus gigi tu Wafi beli 2, jadi ibu ambil lah satu dan guna. Sebelum ni memang ibu guna yang soft sahaja.
Jadi doktor advise guna berus gigi yang soft sahaja, jangan pakai yang medium atau hard. Juga, tukar ubat gigi seperti sebelum ni which is Colgate (minta maaf... jangan kecam🫡).
Tadi doktor buat scaling juga sebab dah ada karang gigi... last sekali buat scaling June 2025. Jadinya doktor kata sudah sampai masa scaling yang patut buat 6 bulan sekali.
Bil hari ni RM160.Mouthwash & ponstan RM20


Biasanya kalau gusi bengkak boleh jadi ada infection jugak. Cie hari tu gitu la. Tapi mujur pergi klinik kerajaan je jadinya free jela. Dentist suh datang semula tapi dah tak bengkak terus la tak datang dah.
ReplyDeleteTakut tang infection tu Cie.. tu yang gagah juga gi klinik.. tapi takde specific ubat pun.
DeleteFree kalau gi klinik kerajaan tapi nak kena ambil cuti pulak... tu yang kena mikir. Nampaknya akak kena follow-up juga nanti sebab lenakali pun ke klinik yang sama.. karang kena tanya pulak.. napa tak datang.. kurang² pun mesti depa call atau mesej ingatkan pasal temujanji 😃
pernah kena gusi bengkak ni. rasa berdenyut jee. nak makan pun rasa tak selesa. lagi2 bila gusi tu tgh kering, lagi rasa sakit
ReplyDeletesemoga cepat sembuh!
Betul tu Maz.. nak makan pun kena slow².
DeleteSemoga cepat sembuh...
ReplyDeleteAamiinn... harapnya gitu lah Linda.
DeleteSA hari tu tampal, scaling, polish...RM710, RM500 guna elaun office...tambah RM210....jenuhhhh...tapi ebtul kak..kita dah umur2 ni kena pakai berus gigi soft aje..x leh yang medium or hard..semoga cepat elok ye..SA baru nak ok tapi still x leh mengunyah macam sediakala...
ReplyDeleteSedaplah ada peruntukan untuk dental... tiap² tahun kena utilise tu. Macam company asben akak juga RM500.
DeleteBengkak masih lagi ni SA.. cuma kuranglah sakitnya.Ritu cam dah nak baik, ni sakit plak kat area geraham.
Memang menyiksa lah kalau gusi sakit. Sayapun biasanya disebabkan ganti sikat gigi. Memang tak bisa pakai bulu yg medium - hard. Wajib yg soft
ReplyDeleteSudah menyesal sekarang... lambat pula nak baiknya... cuma sakit sudah kurang.
Delete