Pages

Wednesday, January 28, 2026

Jadi Kakak Buddy | Minggu Awal Persekolahan

Cerita Wafi.

Selasa, 13/1/2026

Pendaftaran pelajar baru Form 1 & Form 4
Semua pelajar Form 4 kena turun padang.
Ada yang bertugas di kaunter pendaftaran, jaga parking dan bawa pelajar baru ke dorm yang telah ditetapkan.
Nampak dah kakak buddy... 
Kat asrama naik je Form 2, pelajar Form 1 dah panggil kakak 😄. Sesama girl je panggil kakak... tidak dibenarkan sama sekali memanggil abang kepada pelajar lelaki senior. Kecuali sesama boy.

aishhh lah Kakak Wafi... lucu pula bila diingat kembali. Budak yang hari-hari berzikir minta balik.. naik Form 4 dah.

Kakak dan abang buddy bawa adik-adik ke dorm masing-masing.
Nanti tunjuklah mana blok, dorm mana... tunjuk cara susun barang dalam locker, kemaskan katil dan cadar. 

Wafi beritahu dapat duit dari parents adik baru tu.
Alhamdulillah.. rezeki buat beli jajan.

Minggu pertama setiap batch sibuk lah dengan pemilihan jawatankuasa persatuan, permainan dan pakaian beruniform.

Kalau nak ZIZO (zoom in zoom out) Wafi kena cari signature ✌ dia.

Pemilihan jawatankuasa rumah biru, Laksamana yang diadakan di Dewan Terbuka.
Nampak kan ✌ tu 😁
 
Isnin, 19/1/2026 
Perhimpunan pertama pelajar dan guru.

Sudah zizo banyak kali pun masih tak nampak Wafi.
Cari yang bertudung purple... gagal!

10 comments:

  1. Gambar last tu kalau nak zizo mmg tak nampaklah unless kalau wafi duduk didepan

    ReplyDelete
  2. Teringat dulu² duduk asrama..dah kalau senior lelaki yang panggil..takkan nak balas nama dia balik.. kita ni terkulat² lah.. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. serba salah dibuatnya 😆
      kalau panggil abang nanti kakak senior jeling 😜

      Delete
  3. Replies
    1. betul tu kak... ibu dia dah risau sebab tahun depan F5 huhu

      Delete
  4. Eh jadi kalau panggil senior lelaki, harus apa, kalau tak boleh Abang? Panggil kakak juga kah?

    Kalau di sini memang kebiasaan nya lelaki dan perempuan yg lebih tua dipanggil kakak oleh junior.

    Kalau ramai begitu, sayapun menyerah cari foto anak saya. Dahlah pula mata saya rabun ,🤣🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelajar perempuan kena panggil senior lelaki nama je...
      Kalau panggil abang kebarangkalian akan menimbulkan rasa sayang berbeza jantina.
      hahaha... sama lah Fanny, ni dah pakai spec pun terpaksa buka.. tak nampak juga walau sipi-sipi 😁

      Delete
  5. gambar last tu halus sangat memang jenuh la nak ZIZO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. gambar tu pun akak dah cerahkan... sama gak dah zizo tak nampak 😁

      Delete