Pages

Saturday, January 24, 2026

Jumpa Dentist Masalah Gusi Bengkak

Hari ni terpaksa menyerah juga ke doktor gigi. Gusi ibu kat beberapa gigi jadi bengkak. 

2 minggu dah.. minggu pertama tu beli ubat kurangkan bengkak kat farmasi. Ada kala rasa sakit pula. Tahan je lah. Minggu kedua pergi klinik panel.. dapatlah ubat tahan sakit, kurang bengkak, antibiotik dan ubat sapu. Macam tak baik lagi.. ada tambah bengkak kat gusi gigi lain. Itu yang cari doktor gigi pula.

Jumaat semalam buat appointent untuk pagi ni jam 10.30 pagi.

Doktor tanya ada tukar ubat gigi?

Betul...dari Colgate tukar ke Sensodyne bila gusi ibu bengkak. Tapi ibu bagitau, rasanya ia berpunca dari guna berus gigi yang medium masa kat Ipoh lepas balik hantar Wafi ritu. Berus gigi tu Wafi beli 2, jadi ibu ambil lah satu dan guna. Sebelum ni memang ibu guna yang soft sahaja.

Jadi doktor advise guna berus gigi yang soft sahaja, jangan pakai yang medium atau hard. Juga, tukar ubat gigi seperti sebelum ni which is Colgate (minta maaf... jangan kecam🫡).

Tadi doktor buat scaling juga sebab dah ada karang gigi... last sekali buat scaling June 2025. Jadinya doktor kata sudah sampai masa scaling yang patut buat 6 bulan sekali.

Bil hari ni RM160.

Scaling RM140
Mouthwash & ponstan RM20

Lagi satu doktor kata kat satu gusi yang bengkak tu nampak macam ulcer. Jadi doktor nak monitor... lagi 2 minggu datang semula.

😵‍💫😵‍💫

 

10 comments:

  1. Biasanya kalau gusi bengkak boleh jadi ada infection jugak. Cie hari tu gitu la. Tapi mujur pergi klinik kerajaan je jadinya free jela. Dentist suh datang semula tapi dah tak bengkak terus la tak datang dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut tang infection tu Cie.. tu yang gagah juga gi klinik.. tapi takde specific ubat pun.
      Free kalau gi klinik kerajaan tapi nak kena ambil cuti pulak... tu yang kena mikir. Nampaknya akak kena follow-up juga nanti sebab lenakali pun ke klinik yang sama.. karang kena tanya pulak.. napa tak datang.. kurang² pun mesti depa call atau mesej ingatkan pasal temujanji 😃

      Delete
  2. pernah kena gusi bengkak ni. rasa berdenyut jee. nak makan pun rasa tak selesa. lagi2 bila gusi tu tgh kering, lagi rasa sakit

    semoga cepat sembuh!

    ReplyDelete
  3. SA hari tu tampal, scaling, polish...RM710, RM500 guna elaun office...tambah RM210....jenuhhhh...tapi ebtul kak..kita dah umur2 ni kena pakai berus gigi soft aje..x leh yang medium or hard..semoga cepat elok ye..SA baru nak ok tapi still x leh mengunyah macam sediakala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaplah ada peruntukan untuk dental... tiap² tahun kena utilise tu. Macam company asben akak juga RM500.
      Bengkak masih lagi ni SA.. cuma kuranglah sakitnya.Ritu cam dah nak baik, ni sakit plak kat area geraham.

      Delete
  4. Memang menyiksa lah kalau gusi sakit. Sayapun biasanya disebabkan ganti sikat gigi. Memang tak bisa pakai bulu yg medium - hard. Wajib yg soft

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah menyesal sekarang... lambat pula nak baiknya... cuma sakit sudah kurang.

      Delete