Pages

Monday, January 26, 2026

Naik F4 Dah Wafi

Sabtu Wafi call... banyaklah ceritanya... maklumlah... lum sum seminggu😅
Katanya check blog mama... lama tak update.. ibu bagitau lah sekian.. sekian....

Ni cerita masuk sesi persekolahan 2026. 

Alhamdulillah tahun ni Wafi takde bunyi nak quit🤗
Maka teruslah bersekolah di sanun.

Jumaat malam 9/1/26 gerak dari Klang, transit rumah ummi di Tapah.

Pagi ummi gorengkan cempedak dan nasi goreng. Sedap.... sedap... kata Wafi.

Abaikan ler abang² di belakang tu.

Sabtu gerak jam 7.30 pagi. Wafi dah siap² pakai baju batik, pakai tudung sarung dulu. Cik Fatin lah driver sebab ayah masa tu kan warded.

Siap dah semua bergosok termasuk cadar dan sarung bantal. Seperti biasa bila balik rumah ibulah yang uruskan semua. Ritu balik cuti, lepas basuh ibu terus iron siap². Mana yang nak kena bawa balik asrama, ibu masuk dalam luggage terus. Senang tak payah nak cari² semula.

Singgah sekolah ummi dulu sebab nak jumpa cikgu PK, nak sahkan dokumen sekolah.

No 11, 2 & 1.


Ummi dan Wafi.

Malam tidur jam 3.30 pagi... tak boleh tidur katanya. Haaaa.... sepanjang jalanlah tidur.

Sampai Sungai Petani jam 11.30 am.
Singgah makan di Medan Selera Taman Ria.

Gulai ikan, kembung bakar dan kerabu taugeh. Memang yummeh.

Tak berapa selera katanya, ambil ayam masak kicap ke. Sebelum sampai sekolah ada pasar, beli donut bolehlah makan nanti.

Cik Fatin drive solo, ibu nak tukar dia kata ok je bawak.

Sampai sekolah singgah Koop dulu, beli buku sekolah, buku kerja, tali leher PRS dan pin PRS. Semua RM139.90

Ni lepas hantar barang² 3-4 kali turun naik tangga tingkat 3. Tahun ni tukar ke Dorm D pulak.

Aishh... susah betul nak lepaskan budak kecik ni.

Orang kata nampak bumbung pun jadi lah 😆😆

Ni Cik Ami share gambar Nana... balik MRSM Tumpat. Mereka bermalam di Gua Musang malam sebelumnya.


Sementara tunggu Wafi angkut barang ke asrama tadi, ibu berbual dengan mama Kakak Nabiha & Abang Muhammad. Geng Parents Jauh ni, rezeki beliau tahun ni dapat balik bertugas di utara. Dekatlah dengan anak².

Alhamdulillah... ceria anak ibu masuk sekolah. Semoga terus bersemangat dan belajar dengan lebih gigih.

12 comments:

  1. Sekejap je cuti kan...all the best Wafi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 minggu je diorang cuti sebab nak selarikan sekolah tahun depan.

      Delete
  2. anakdara saya masih lagi moody tiap kali nak balik asrama,bila tanya nak keluar maktab ke,geleng2 kepala..dia cakap ada satu perasaan yang susah nak cakap macam mana haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selesa lah Pia tu kat sana....
      Perasaan susah nak cakap tu maybe sebab umiwaled takde kat sebelah je...

      Delete
  3. Dah seronok sekolah situ cuma ye lah kan jauh. Apapun semuga menjadi pelajar cemerlang ye wafi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nampak dah selesa kat sana. Jauh tu ibu ayah kena tempuhlah juga. Mujur ada ETS😆

      Delete
  4. Sekejap je dah f4 dah. Semoga baik2 jela sekolah berjauhan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan² yang dia selesa.. tu yang boleh stay.

      Delete
  5. Alhamdulillah..sekejap je lagi tu..pejam celik dah masuk F4.. berkenalan dengan ibu Wafi, masa tu Wafi baru masuk F1..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh... harap tak jemu baca kisah Wafi yang macam²ðŸ˜…

      Delete
  6. Dah makin betah wafi di sana yaaaa. Sebagai ibu pasti tenang hati kalau lihat anak2 happy balik sekolah. berarti tak ada apa2 yg buat dia tertekan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya tinggal 2 tahun ni dia teris bersemangat untuk belajar. Tahun depan ada exam besar.

      Delete