Bila
perihal tentang wang tidak dituntut digembar gemburkan sejak beberapa bulan
lalu hati terasa macam ada WTD. Dalam fikiran ada akaun bank BSN dan CIMB yang
tidak aktif. Kedua-duanya untuk sponsorship dan pinjaman masa di sekolah
menengah dan U.
Plan
dan beberapa kali tertangguh atas factor masa dan kerja. Ajak ayah pergi juga
sebagai chauffeur. Sebab tak biasa area tu.
Untuk penduduk Selangor dan sekitarnya boleh check di
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Selangor
Seksyen 14, 40990 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Bangunan takde nama. Hanya nampak papan tanda Affin Bank je..
Sampai
di JANM lebih kurang jam 8.45 am. Mula-mula bayangkan mesti
ramai orang berpusu-pusu..
Mula-mula
bagi original i/c dan pegawai akan bagi nombor. Masa tu dapat nombor 24. Duduk
dulu tunggu nama dipanggil. Pegawai akan check dulu.
Oh ya.. jika ada keluarga yang telah meninggal, kita boleh juga tolong checkkan dengan membawa Sijil Mati asal dan Sijil Lahir asal pemohon. Ibu ada bawak Sijil Mati arwah atuk dan sijil lahir ibu.
Sekejap
jer.. tak sampai 5 minit pun nombor sudah dipanggil. Ehh.. ada 2 print out.. Kedua-duanya insurance
refund. Tiada pula WTD dari mana2 bank. Mungkin masih aktif lagi.
Borang
tu camni. Ada tunjuk details. Yang ini bayaran balik life insurance masa lapse dulu.
Maksudnya.. pihak insurans ada keluarkan cek.. tapi client/kita tak bank ini.
Selepas 6 bulan cek akan tamat tempoh dan pihak insurans akan hantar amaun yang
sama ke JANM. Pihak insurans sudah melepaskan tanggungan dan Client kena tuntut
sendiri di JANM.
JANM
akan bagi kita sekeping borang tuntutan WTD iaitu Borang UMA-7.. Bersama dengan
borang tuntutan, perlu disertakan
- Salinan i/c pemohon
(hadapan dan belakang)
- Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oelh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam bank. Pengesahan nombor akaun bank yang aktif perlu ada :-
a. Cop bank
b. Nama pegawai
c. Tandatangan pegawai
Boleh
dihantar balik kepada mereka bila-bila masa tapi ibu malas nak ulang alik..
maka terus isi. Salinan i/c memang sudah bawa. Minta tolong kawan yang bekerja
di bank berdekatan dan minta beliau siapkan penyata bank. Dah siap, beliau call.
Buku bank pun memang dah siap2 bawa.. tapi since ada kawan yang boleh tolong..
mudahlah kerja. Kalau tidak memang kena copy dulu dan dapatkan pengesahan.
Agak
mengada… ayah ambik Grab.. malas nak cari berjalan dan cari parking.. ok lah..
sanggup nak bayar. 1.5 km je pun.. pergi RM7, balik RM6.. lap peluh.
Borang UMA-7 yang telah lengkap |
Untuk
hantar borang yang lengkap tak perlu ambil nombor mungkin sebab tak ramai orang
pun.. ada kaunter khas untuk hantar borang. Pegawai akan check dulu semua
details yang sudah diisi.. cop received.. tunggulah 3-4 bulan untuk duit masuk.
By
9.30 am.. settle segala urusan… Alhamdulillah.
Segala
urusan mudah sebenarnya kalau kita dah tau apa yang perlu dibawa. Jika uols
memang dah confirm akan dapat atau tak confirm dapat ke tidak WTD tu tak salah
untuk bawa Salinan IC (depan dan belakang) dan juga muka depan buku
bank/penyata bank yang telah disahkan. Lebih baik bersedia dari kena berulang
alik ke bank dan ke JANM semula. Bear in
mind… kalau lambat sikit.. parking berdekatan di sebelah bangunan PKPS
cepat penuh.
Waktu operasi JANM Negeri Selangor.
Perihal Wang
Tak Dituntut
Menurut Seksyen 8 Akta WTD 1965 terbahagi kepada
tiga kategori:
- Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayarkan dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah:
- Gaji, upah,bonus, komisen dan wang lain yang
kena dibayarkan kepada kakitangan.
- Dividen dan keuntungan yang diisytiharkan
untuk dibahagikan.
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk
bayaran.
- Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain
yang mempunyai fungsi serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput.
- Cagaran dan deposit di mana tujuan wang itu
dikutip telah pun dicapai.
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan
automatik) yang telah matang.
- Pemiutang atau penghutang pelbagai.
2.Wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak
dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekali pun dalam satu tempoh tidak
kurang dari tujuh tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah:
- Akaun simpanan.
- Akaun Semasa.
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan
pembaharuan automatik).
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang
telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga bagi satu tempoh masa tidak
kurang dari dua tahun.
No comments:
Post a Comment