Setelah 2 bulan guna, boleh lah review.
Filter ni kena bersihkan setiap kali habis load.. yang ini
2 kali nyer load.. tebalkan. Kalau tak bersihkan performance pengeringan jadi
lambat. Ini adalah sisa sabun, debu2, rambut pun ada hehe dan kotoran yang tertinggal setelah baju2
dicuci. Means baju yang dikeringkan akan jadi lebih bersih.
Ibu dah cuba cara
Normal Dry
Yang ini pakaian akan dikeringkan sehingga semua kering..
kalau dalam tu bercampur cotton dan T-shirt, maka jangkamasa pengeringan akan
menjadi lama. Cotton dah kering tapi T-shirt panjang sikit. Kalau macam ni,
cotton akan terlebih kering dan memungkinkan pakaian jadi cepat rosak.
Jangkamasa Tetapan
Yang ni ikutlah berapa lama nak keringkan kain.. 30 min, 60
min dan 90 min. Kalau kain masih tak kering sepenuhnya.. tambahkan masa. Ibu
suka cara ni sebab boleh setkan terus masa.. contohnya kalau dah habis 90 min,
keluarkan pakaian yang sudah kering dan jika masih ada kain yang tak kering…
tambahkan je masa atau set kan normal dry pada baki pakaian tadi.
Untuk pengeringan yang lebih optimum, asingkan pakaian
mengikut jenis.. tapi ibu belasah je,, haha…. Masukkan semua kemudian bila dah
cukup masa keluarkan yang dah kering dan tambah je masa pada baki pakaian tadi.
Kebaikan dryer machine
- Tidak perlu jemur
pakaian dan takyah ler risau kain dijemuran bila tetiba hari hujan.
- Dah kering
pakaian, kalau rajin boleh terus lipat atau gantung
- Baju terasa bersih
dan ringan.. angkat panas2.
- Tiadalah lagi
pakaian bersidai di kerusi dan sofa jika tiada cukup ampaian.
- Proses membersihkan pakaian menjadi lebih singkat, basuh ->keringkan ->lipat instead of basuh -> sidai di ampaian ->tunggu kering -> lipat
Kekurangan dryer machine
- Kena tunggu mesin
sehingga siap proses yang mengambil masa 1 ke 1 ½ jam berbanding jika kita
jemur di ampaian… tak perlu tunggu sehingga kering. Jenuh nak tunggu sebab
perlu basuh kain dalam 45-55 min. Kemudian masuk dryer katalah dalam 1 ½ jam.
2 ½ jam semua. Bila cuci kain start
jam 8 pm.. habis dalam 10.30 pm.. huarghhhh.. dah ngantuk.
- Yang ini mungkin
terjadi… baju senang reput jika terlebih kering/panas terutama cotton.
- Baju akan komot jika kita angkat lambat.. contoh jam 11 pm dah kering tapi esok pagi jam 7 am baru keluarkan dari dryer.. sebab dari panas.. ia menjadi sejuk dan bergumpal dalam dryer. Untuk mengatasi masalah baju sejuk… boleh guna mode airing/ironing. Takde lah teruk sangat tahap kekomotan tu.
Bil elektrik dari penggunaan dryer machine
Bil elektrik akan bertambah dalam RM50. Ini kalau guna setiap hari dan sabtu & ahad full force.. berkali-kali lah ulang sebab waktu tu lah nak basuh selimut dan comforter bagai.
Bil letrik ni juga bergantung dengan jenis dryer machine ya.
Ini dryer biasa-biasa je.
Tanyakan pada seller untuk lebih info.
Overall dryer machine ni memang sangat membantu.. cuma ada sikitttt je... kain cepat kering tapi nak melipat pulak tak sempat haha
Mesin lipat kain ada tak yang murah2
hohoho... semua nak senang kan.. nanti dah lipat... Tanya ada tak mesin simpan kain..
Allah... manusia ni tak pernah puas.
Astaghfirullahalazim.
Bil elektrik akan bertambah dalam RM50. Ini kalau guna setiap hari dan sabtu & ahad full force.. berkali-kali lah ulang sebab waktu tu lah nak basuh selimut dan comforter bagai.
Bil letrik ni juga bergantung dengan jenis dryer machine ya.
Ini dryer biasa-biasa je.
Tanyakan pada seller untuk lebih info.
Overall dryer machine ni memang sangat membantu.. cuma ada sikitttt je... kain cepat kering tapi nak melipat pulak tak sempat haha
Mesin lipat kain ada tak yang murah2
hohoho... semua nak senang kan.. nanti dah lipat... Tanya ada tak mesin simpan kain..
Allah... manusia ni tak pernah puas.
Astaghfirullahalazim.
Thanks a lot for sharing us about this update. Hope you will not get tired on making posts as informative as this. LG, Whirlpool, Miele, Samsung, Sears Washer repair In Coronado
ReplyDeletegood sharing tq
ReplyDeleteTq infonya
ReplyDeleteKenapa klau setting nk keringkn baju naik 1 jam lebih. Tapi masa nk tnggu siap tu...2 jam lebih kdag²...knp ya??sebb lebihan kain ke apa
ReplyDelete