Lepas hantar Wafi tadi, ibu ayah terus ke rumah nenek. Berkumpul di sana untuk sama-sama ke rumah Cik Wan di Meru. Family Cik Wan buat majlis menyambut menantu. Ibu pun baru tahu last week Friday malam bila Cik Wan maklumkan dalam grup family. Cik Wan kata mula-mula nak buat kenduri kesyukuran je tapi end-up buat majlis panggil lebih ramai tetamu. Oh ya... majlis Cik Fatin ada di sini.
Kalau ikut perancangan sepatutnya kita nak memenuhi undangan Majlis Perkahwinan Suria Amanda di Seremban tapi terpaksa dibatalkan sebab majlis bertandang Cik Fatin pun pada hari yang sama. Tahniah SA dan suami yang telah selamat diijabkabulkan semalam. Alhamdulillah telah bergelar suami isteri. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina sentiasa dalam keberkatan Allah. Insyaallah di lain masa kita berjumpa.
Berbalik kepada cerita Cik Fatin hari ni ibu share lah gambar-gambar dari lensa HP ibu dan whatsap group.
Kita bertolak jam 12 tengahari dan sama-sama berkumpul dahulu sebelum sama-sama masuk ke perkarangan rumah Cik Wan.
2-3 hari lepas barulah decide nak pakai tema kaler. Tak sempat nak matchy-matchy beli baju baru. Pakai lah baju yang ada. Cik Wada suggest purple colour. Ada juga yang tak baca whatsapp dan ada juga yang tiada baju purple. Ahhh... tak kisah lah janji berbaju ππ
Adik beradik ibu dan anak-anak buah je yang hadir. Juga Nenek Lilik dan Atuk Usu. Nenek pun tak panggil saudara-mara yang lain. Nenek Lilik haritu dah pesan kalau majlis Cik Fatin nak join juga, itu yang nenek ingatkan.
Ada lah gambar ibu sekeping ni ha.
Masa ni Cik Amie dan Cik Nora tak sampai lagi.
Indah Cempaka jadi flower girl lah.
Baju persalinan pengantin pun last minute baru beli dari Hijabistahub. Lepasni boleh pakai untuk raya.. haaaaa gitew!
Entah apa yang mereka gelak-gelak tu, masing-masing happy kemain.
Since tak ada perarakan kompang semua, jadi sampai-sampai tetamu terus dijamu hidangan. Pengantin lama yang sudah lapar. Tu mesti dari pagi tak makan.
Sedap betul lah makan kat rumah Cik Wan ni. Makanan dimasak secara gotong royong. Walau duduk di taman perumahan semangat bergotong-royong masih diamalkan.
Nenek, Nenek dan Atuk Su.
Ini special.
Laksa Kelantan kuah berwarna putih.
Laksa Terengganu kuah berwarna merah.
Pertama kali jumpa, ummi ambil dengan mencampurkan kedua-dua kuih. Walaupun begitu ia sangat sedap.
Dessert fruit punch.
Rojak buah pun ada.
Macam-macam juadah termasuk kuih-muih disediakan tapi tak boleh nak makan macam-macam sebab perut dah penuh..
Kakak no.2 dan adik no. 11.
Alhamdulillah selesai sudah majlis melengkapi perkahwinan #wantoten.
Semoga perkahwinan ini sentiasa mendapat keberkatan dari Allah.
Sebelum balik tu nenek tanya kata nak pergi majlis kahwin kawan kat Seremban... adehhhh mak.. tak sempat dah nak pergi, nanti sampai tinggal khemah je.
Ahhhh... love sangat ππ
Salut, dalam komplek perumahan tapi masih gotong royong bantu masak untuk acara ini π. Dah jarang seperti itu yg tinggal di perumahan .
ReplyDeletePengantinnya cantiiik , dan saya suka warna baju mereka, hitam silver. Jarang2 ada yg menikah dengan warna hitam π. Unik lah.
Betul tu Fanny sebab kat kampung pun sudah ramai yang menggunakan khidmat katering. Jarang jumpa duduk taman perumahan yang masih masak secara gotong royong.
DeleteNi pengantin hipster pakai warna begini. Mula-mula mereka plan pakai champagne colour tapi malam sebelum majlis adik tunjuk bajunya kaler hitam pula. Last minute decision lah tu.