Pages

Sunday, March 12, 2023

#wantoten : Majlis Akad Nikah

Majlis pernikahan Cik Fatin dan Cik Wan dijadualkan selepas solat sunat Jumaat.
Aduhh.. ada peristiwa ngeri dan lucu.
Masa kami nak masuk perkarangan masjid, jemaah solat Jumaat baru keluar dari masjid. Jadi nak masuk ke masjid tu jalan agak jem. Dah lah jalan agak sempit. Ayah pulak dah telefon beberapa kali sebab tok kadi sudah tunggu. Tinggal pengantin perempuan je belum sampai padahal jarak masjid dan rumah dekat je dalam 2-3 minit drive. Tambahan pula hujan turun sangat lebat. Ibu yang bawa Cik Fatin pun dah cuak. Bila dapat masuk ke perkarangan masjid, ibu minta Cik Fatin dan Kakak Widad turun dulu. Ibu park kereta kemudian. Kelam kabutlah mereka masuk. Rombongan sebelah lelaki sudah siap menunggu.

Kalau ikut plan, memang ibu taknak ke masjid sebab ibu ada masalah bila adik-adik nikah atau sesiapa sahaja, ada rasa sedih dan sebak. Tak tau lah mengapa, lemah sangat bab-bab ni.
Disebabkan Cik Fatin tak ada yang nak hantar sebab yang lain belum siap, ibu bawak lah juga. Takkan nak biar Cik Fatin naik motor hahhaha... kereta Cik Wan guna untuk kegunaan keluarga sebelah sana.

Gambar tak tersusun.

Masa ibu masuk masjid dan duduk, tak lama lepas tu majlis akad nikah pun berlangsung.
Aiseyyyy... tak sempat nak sedih dan sebak.
Ini memang rasa kelakar.


Sebelum tu sampai2 sudah kena marah dengan Cik Ana sebab lambat 😁😁😁😁. Masa tu Cik Ana seorang family perempuan sampai.
Nak buat camne.. hujan lepat di tengah jalan dan nak masuk parking pun susah hehhheee...
Yang penting pengantin sampai on time.
Geng-geng lelaki memang menunggu terus selepas solat Jumaat jadi mereka dah bersedia.
Masa Cik Wada, Cik Elis, Cik Baya dan Cik Elis sampai tu diorang pun terpinga-pinga sebab tak sempat menyaksikan Cik Wan akad nikah. Senyum je lah. Tak sangka pulak majlis cepat sangat. Pengantin lelaki pun tak sempat nak gabra kot hahahha

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Cik Fatin selamat bergelar isteri!

Ini sebelum bergerak ke masjid.

Selepas keluarga Cik Wan bergambar barulah kami adik beradik bergambar beramai-ramai.

Sempat live batalkan air sembahyang je lah.





11 beradik, 2 adik ipar.

Family kita.

Family Cik Wan.

Cepat-cepat bergambar sebab kami perlu jemput keluarga sebelah Cik Wan datang ke rumah untuk lunch.


6 orang je lah adik perempuan yang join, lagi 4 kat rumah standby.
Jap nak tengok yang tak ada... ummi, Cik Nora, Cik Cha dan Cik Biela.

3 orang yang rapat dari kecil.

Pengantin!

Cik Ujang sebagai wali tapi wakilkan tok kadi untuk nikahkan Cik Fatin.

Gambar dari photographer pula.

Gambar ni macam ummi dan Cik Elis tutup mata.

Hah.. yang ni ok.

Huntonglah Cik Fatin dapat nikah di masjid baruπŸ˜…

Macam sopan je semuanya bergambar!


Sudah kena candid!


Cantik pelamin Cik Fatin.
Colourful dengan bunga-bunga tapi takde sarat sangat.

Sempat lagi mereka photoshoot outdoor di Eco Grandeaur.

Selamat semuanya buat adik bongsu ibu!
Semoga Allah merahmati perkahwinan, bahagia hingga akhirnya.
 

4 comments:

  1. 11 adikberadik ye kak meriahnya keluarga besar

    ReplyDelete
  2. tudia..keluar besar akak...SA sekarnag jadi seriau tengok oarang nyer majlis..hahahah...terus dup dap2 tu bertalu2 datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepatlah bulan 9 ya.. dah setel lega.. cuma nak sampai ke bulan 9 tu banyak lah nak kena fikir, kan. Insyaallah semua ok tu SA terutama bab makanan sebab guna katerer.

      Delete