Ibu sudah menjalani 7 kali rawatan fisioterapi untuk sakit lutut ibu. Yang ke 7 pada 23/3/2024
Ada lagi satu sesi, nantilah lepas raya buat.
1st terapi pada 6/1/2024.
Sepatutnya seminggu sekali tapi disebabkan jadual yang tak menentu itu yang drag sampai bulan Mac 😆
2 minggu sebelum terapi terasa sakit lutut di bahagian pelipat terutamanya bila nak turun sujud. Rasa macam ada bunyi² kat atas lutut tu. Bila malam terasa nyeri di bahagian lutut. Sama pula bila bangun pagi.
Sama juga kalau masuk tandas cangkung. Bila nak bangun tu terasa seksa. Terpaksa bangun pelan² dengan menampung tangan ke lantai atau dinding. Kalau guna tandas public memang ibu pilih tandas cangkung.
Ibu rasa sakit lutut ni start dari balik Terengganu bulan October tahun lepas. Masa kat homestay tu ibu baring meniarap sebab layan HP. Masa tu terasa lutut tu terkehel. Tapi masa tu tak sakit apa². Lepas dari tu kadang² sakit bila naik dan turun tangga.
Sehari sebelum ke Kuching ibu dapatkan rawatan di salah sebuah klinik di Bandar Bukit Rajah.
Nahhh... 3 jenis pain killer ibu dibekalkan. Dari yang ringan sampai yang kuat. Ambik je lah buat standby. Kalau tak sakit tak perlu makan.
Masa kat Kuching tu walau berjalan jauh tak ada pula sakit lutut.
Hamboiii.. bila berjalan tak terasa pun sakit eh
Samalah juga, bila ibu buat briskwalk atau jogging tak ada pun masalah.
Bila nak solat baru mengada nak sakit lututlah.
Samalah kalau duduk dalam kereta lama-lama, mulalah lutut rasa kebas.
Mulalah stress, dok mikir takkan sampai nak kena buat pembedahan atau masukkan gel dalam lutut atau rawatan perubatan lain. Ibu google lah apa yang perlu dilakukan jika lutut sakit. Ada nampak rakan FB post yang beliau mendapatkan rawatan fisioterapi bagi masalah lututnya.
Why not ibu cuba!
Ibu dapatkan temujanji dahulu.
Ibu pakai skirt je, senang tak terlondeh.
Antara peralatan yang digunakan seperti :
Hot pad.
Ia akan diletakkan di keliling lutut bagi mengendurkan otot-otot.
Lepastu ada urutan.
Adakala ibu menjerit kesakitan 😝
Ultrasound
Mesin TENS (Transcutaneous Electrical Neuromuscular Stimulation) yang berfungsi dengan merangsang sistem saraf dan untuk mengurangkan rasa sakit.
Setiap sesi terapi ada perbezaan rawatan selepas penggunaan mesin TENS ni.
Ada yang ibu perlu mengayuh basikal.
Ada pula senaman lutut.
Setiap sesi selama 1 jam.
Terapist yang sama untuk setiap patient unless kalau patient ok untuk dapatkan terapist yang berbeza jika tidak suit dengan jadual masing-masing.
Rasa seronok pula dan kesakitan berkurangan.
Jadi ibu ambil lagi 4 sesi, ada lagi balance 1 sesi.
Seronok tu bukan apa... sebab macam "me time" lah bila pergi fisio ni.
Masa letak hotpad dan mesin TENS tu boleh tertidur dibuatnya jika betul-betul penat.
Walau sakit tak hilang 100% tapi ibu boleh manage.
Alhamdulillah ibu dapat mengerjakan solat dengan lebih baik.
Kalau sebelum ini risau juga jika tak dapat buat solat sunat Terawih, Alhamdulillah Allah permudahkan.
Jika ada kawan-kawan ibu yang mengalami sakit lutut, ibu sangat sarankan cepat-cepat dapatkan rawatan perubatan agar tidak memudaratkan.
Teringat masa berbual dengan seorang patient yang datang ke centre ni, beliau pernah mangalami sakit lutut sehingga perlu melakukan pembedahan pada kepala lutut. Beliau membiarkan sakit lutut hampir 5 tahun dan apabila sudah teruk ia terpaksa dibedah. 5 tahun selepas itu, bedah pula lutut yang sebelah lagi. Sekarang nak solat memang perlu duduk atas kerusi sebab lutut tidak dapat dilipat dengan baik. Katanya kesal kerana tidak dapatkan rawatan segera.
Oh ya, patient ni datang ke centre untuk terapi setelah mengalami patah tangan akibat jatuh dari bilik air.
Allahu... kita yang dengar ni pun rasa seram.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Cepat sembuh utk kakak yaa. Semoga semakin membaik lututnya. Dulu mertua saya pun rutin fisio lutut. Tapi memang mama mertua dah berusia saat itu. Wajar kalo lutut sering sakit. Cuma saya masih terbayang saat mama disuntik lututnya, katanya sakit, ya Allah saya bayangkan saja ngiluuu ,😔. Jangan sampailah seperti itu.
ReplyDeleteJanganlah sampai kena suntik masuk gel.. menakutkan bila dibayangkan.
Deleteaduhai...cepat sembuh ye kak..lutut kalau sakit memang x selesa..SA xde sakit lutut tapi sakit pergelangan tangan yang terseliuh masa angkat mak pah dulu...dengan sakit sendi kaki je...nak kena buat rawatan jugak tu
ReplyDeleteAamiin.. insyaallah berharap agar lebih baik. Itu yang buat rawatan cepat². Jika tak serasa cara A, kita cuba pula plan B.
DeleteSA pun sama, cepat² buat treatment juga ya.