Pages

Friday, May 3, 2024

Jamuan Hari Raya Persatuan Alumni UUM

Dari Putrajaya kami ke Universiti Malaya pula untuk menghadiri Jamuan Raya Persatuan Alumni UUM.  Majlis dari jam 3 - 5 pm.

Sampai pun dah jam 3.30 pm sebab masa kat The Mines tu entah mana² lah jalan yang kami lalu. Ibu rasa ini kali pertama ibu masuk Universiti Malaya, universiti tertua dan terulung di Malaysia.
Ada namalah kan.. sebab 30 years back ada je orang yang tak pernah dengar Universiti Utara Malaysia😅

Majlis di adakan di He & She Cafe.
Masuk² cafe ibu hanya kenal beberapa muka sahaja. Kebanyakannya adalah senior/super senior. 
Walau ibu batch ke 10, 1997 (biasa di U kita ikut batch tahun bila konvo) ramai yang tidak dikenali. Tambahan ibu bukan jenis yang terlalu aktif di kolej. Berkawan pun dengan batchmate dan coursemate kebanyakannya. Juga bukan jenis yang peramah.. agak² pemalu gitu🤭🤭

Nampak Uncle Dato Taqi dari jauh. Coursemate ibu. Hi² Bye² je sebelum beliau balik awal.

Acara lucky draw.

Untuk attend jamuan ni sumbangan RM30 dikenakan setiap kepala. Disediakan juadah seperti mi kari, ketupat, rendang, kuah kacang, lodeh dan beberapa menu tambahan. Kalau terasa nak makan hidangan kafe boleh je beli seperti biasa.

Dapat souvenir juga berupa mug sempena Tahun Melawat UUM 2024.

Sebelum meminta diri, ambil gambar dulu dengan Uncle Bad dan owner He & She Cafe, Uncle Joy. Unimate juga.

Alhamdulillah seorang usahawan yang berjaya. Setakat ini He & She Cafe ada 42 cawangan di seluruh Malaysia. Belum sampai Borneo lagi.

Semoga kawan² ibu ayah terus sukses dunia  akhirat dan sentiasa sihat.
 

4 comments:

  1. Tahniah
    Wak sempat tenguk U dari jauh aje
    Sekolah pun tak pandai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak tengok dari jauh je tapi pengalaman wak sendiri jauh lebih bagus. Kehidupan adalah sekolah terbaik.

      Delete
  2. macam familiar la cafe He & She ni...mana erk SA nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cafe He & She ni banyak mereka set up di universiti tempatan. Marketplace mereka untuk student.
      Kat KPJ Tawakkal ada satu,

      Delete