Dari Putrajaya kami ke Universiti Malaya pula untuk menghadiri Jamuan Raya Persatuan Alumni UUM. Majlis dari jam 3 - 5 pm.
Ada namalah kan.. sebab 30 years back ada je orang yang tak pernah dengar Universiti Utara Malaysia😅
Masuk² cafe ibu hanya kenal beberapa muka sahaja. Kebanyakannya adalah senior/super senior.
Walau ibu batch ke 10, 1997 (biasa di U kita ikut batch tahun bila konvo) ramai yang tidak dikenali. Tambahan ibu bukan jenis yang terlalu aktif di kolej. Berkawan pun dengan batchmate dan coursemate kebanyakannya. Juga bukan jenis yang peramah.. agak² pemalu gitu🤭🤭
Untuk attend jamuan ni sumbangan RM30 dikenakan setiap kepala. Disediakan juadah seperti mi kari, ketupat, rendang, kuah kacang, lodeh dan beberapa menu tambahan. Kalau terasa nak makan hidangan kafe boleh je beli seperti biasa.
Sebelum meminta diri, ambil gambar dulu dengan Uncle Bad dan owner He & She Cafe, Uncle Joy. Unimate juga.
Alhamdulillah seorang usahawan yang berjaya. Setakat ini He & She Cafe ada 42 cawangan di seluruh Malaysia. Belum sampai Borneo lagi.
Semoga kawan² ibu ayah terus sukses dunia akhirat dan sentiasa sihat.
Tahniah
ReplyDeleteWak sempat tenguk U dari jauh aje
Sekolah pun tak pandai
Wak tengok dari jauh je tapi pengalaman wak sendiri jauh lebih bagus. Kehidupan adalah sekolah terbaik.
Deletemacam familiar la cafe He & She ni...mana erk SA nampak...
ReplyDeleteCafe He & She ni banyak mereka set up di universiti tempatan. Marketplace mereka untuk student.
DeleteKat KPJ Tawakkal ada satu,