Pages

Sunday, October 20, 2024

Dinner Di The Coffee Bean & Tea Leaf Dan Cuba Ayam Goreng Richeese Factory

Petang tadi early dinner di The Coffee Bean & Tea Leaf yang baru dibuka di Eco Grandeur. Bolehlah ayah guna kupon-kupon diskaun yang dapat masa pergi konsert Cipta 2, M. Nasir.

Tengahari skip lunch sebab dah ambil heavy breakfast, Kak Widad buat nasi goreng kampung. 

Mula-mula Kak Widad tak nak ikut tapi bila fikir nak makan bagel hangat-hangat kenalah dine in. 

Ibu ambil Chicken Lasagna.

Tuna Sandwich pilihan ayah.

  • Spanish Latte
  • Karak Chai (campuran teh, susu & cengkih)
Pepperoni Bagel untuk Kak Widad.
Sepatutnya ayah orderkan Chicken Pesto tapi entah macamana tak terorder. Kak Wi kata cukuplah bagel ni sebab roti ni pun padat dan mengenyangkan.

Keluar dari TCBTL, kami masuk Richeese Factory. Bersebelahan je.
Kedua-dua restoren ni boleh drive through. Kami nak take away.

Kak Widad nak rasa Fire Chicken, ambil ala carte 2 pcs sahaja.
Pilihlah nak level pedas macamana. Mula-mula order pedas tahap 4 bila tanya staff situ tahap pedas sos ni menyengat. Dia advise try level 3. Ok lah.. sebab nak try je kan. Next time boleh up level.

Bila rasa..... 3 ni pun dah pedas menyengat bagi kami. Pijar di hujung lidah. Kak Widad yang makan seketul kata pijar bibir.
Jadi, kalau nak pedas level 3 dah ok buat kami, lebih pedas dari itu dah tak enjoy makan.

Next time kalau kami nak makan, lebih baik ambil yang original atau pedas 1 dan 2 dah cukup.

Bila ibu google, Richeese Factory ni dimiliki oleh Nabati Group dari Indonesia. 
Patutlah ejaan sos dieja sebagai "saus".

Pernah dengar Nabati?

Ni ha.... wafer cheese.

 

24 comments:

  1. X cuba lg Richeese..asal nak beli je sold out..termasuk burger dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Famous kot tempat ni sampai ramai orang dan kehabisan stok. Kat Eco Grandeur ni baru buka, orang tak berapa ramai sangat lagipun banyak juga restoren lain pun baru buka.

      Delete
  2. anak2 cie suka la nabati tu. nampak sedap je chicken lasagna tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wafer Nabati ni makan banyak-banyak muak pula mungkin sebab cheese.
      Chicken Lasagna ni rasa tomato kuat.

      Delete
  3. ooo...satu company dengan nabati..igtkn company korea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citarasa Korea sebab sekarang kan trending makanan korea.

      Delete
  4. Macam sedaplah menu dekat CBTL tu ... Pernah beli kopi je, tak dine in situ.
    Ada mi segera juga rasanya jenama Richeese ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah try PH, tempat pun cozy je. Rasa sama je tempat lain ala-ala Starbuck juga.

      Delete
  5. Dania suka juga wafer Nabati ni. Suka yang perisa strawberry jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah rasa yang strawberry.
      Haritu member office bagi perasa keladi. Dah macam-macam flavour ada.

      Delete
  6. Wah saya baru tahu lo
    dan saya belum pernah mencobanya
    biasanya saya suka yang tidak penas
    maklum, lambung tidak kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba dulu yang original baru perlahan-lahan rasa yang pedas. Takut perut tidak selesa nanti.

      Delete
  7. Mbak, saya penasaran dengan Karak Chai yang ada campuran teh, susu dan cengkeh. Yang membuat penasaran itu bagaimana aroma cengkeh dalam minuman tersebut.

    Eh ada nabati chees wafer... Sering beli itu, enak juga memakannya sambil santai atau sambil nonton tv.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try Pak Asa.. kalau jumpa Masala Chai pun boleh rasa juga bagi saya lebih kurang je. Teh rasa rempah.. tapi saya tak boleh minum selalu sebab rasa pelik 😅

      Cheese wafer sesekali makan enak kan.

      Delete
  8. Oh Nabati.
    Biasa makan Nabati
    Teringin pula nak makan ayam yang sangat pedas tu. Tapi kena sedia air panas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terus makan yang pedas sangat kak.... takut tidak tertanggung😀

      Delete
  9. yg lain sy x ingin, pepperoni bagel tu je ingin nak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan expect lebih sangat KM😁
      Bayangkan dulu ia adalah roti padat berbentuk donat dan berperisa.

      Delete
  10. Dinner di coffee bean tu.. kita kalau pergi layan coffee jer.. tak sanggup tgk harga hahaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun 1st & last mungkin dinner di situ😅
      Buat ghaso².
      Sebelum ni masuk ngopi² je.

      Delete
  11. Saya dah kapok makan recheese fire wings level 5. Padahal awalnya saya sempat ngomel2, pas liat porsi , kok kecil banget 🤣🤣. Cuma ada 4 wings. Ternyata pas dicoba, hajaaab, 😭🤣🤣 . Saya cuma bisa habiskan 2 wings, itupun selesai makan, sampai rumah tak bisa bangun dari bed 🤣 gastric saya langsung kumat. 1 hari tuh saya di kamar.

    Sejak itu saya turunkan level, jadi 4. Tak sanggub juga. Akhirnya cuma level 3 yg bisa dihabiskan 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Level 3 pun sudah pedes apetahlah lagi level 5.. betul² took the challenge tu Fanny.
      Kalau udah kapok kepedesen, ye makan yang perut boleh terima aje.

      Delete