Pages

Sunday, October 27, 2024

Kumpul Adik Beradik

Impromptu plan untuk berkumpul dengan adik beradik malam tadi. Solat Maghrib jemaah dulu itupun lewat sikit dalam 7.20 pm. Menunggu Cik Elis dari Shah Alam. 

Biasanya kalau nak balik rumah nenek sebelah malam, masing² akan potluck sahaja. Senang.. boleh terus makan.

Ibu bawa kerang rebus, ayam masak lemak cili api + pucuk paku dan tembikai.
Masa nak masak ayam tu Kawi cakap tak pelik ke bubuh pucuk paku. Biasa nampak bubuh kentang. Ehhh.. kita yang buat dia. Ada je orang bubuh pucuk ubi dan segala jenis sayur yang sesuai. One pot meal. Senang.

Cik Wada bawa mushroom soup, garlic bread dan salad telur.

Cik Elis - makaroni goreng
Cik Baya - creampuff
Nenek - lepat ubi marvelous

Nenek - daun betik rebus
Cik Biela - ubi pikul rebus, sambal ikan masin talang dan bubur pulut hitam (lupa nak snap😅)

Cik Cha bawa spegheti meatball cheese version pedas.

Air kesedapan wajib nenek yang buat. Cik Wada bawak aiskrim Malaysia pujaan anak². Nasi putih tu terselit kat sini plak.. Aqil masak.

Sorang bawak sikit, penuh juga 1 meja.
 
Sebelum makan uji minda dulu. Teka nama nabi. 


Seronok tengok semua berselera makan.

Malam tadi yang takde family ummi, Cik Ujang, Cik Nora, Cik Ami dan Cik Fatin.

Lepas makan sambil makan kacang baru lah sembang pasal family day yang agak huru hara tahun ini. Kali ni memang betul² short trip tidak seperti tahun² sebelum ni.

Insyaallah kita kasi jadi!


10 comments:

  1. Sikit-sikit share jadi banyaklah menunya.
    Betul tu, ayam boleh masak dengan apa saja yang kita suka. Kadang saya masak dengan labu, kundur atau betik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik gak labu, kundur dan betik. Belum cuba lagi. Sayur² camni anak² tak makan, jadi bila masukkan sekali dalam masakan ayam takde lah dua kali masak sebab kita je yang makan.

      Delete
  2. Seru sekali kalau ada pertemuan dengan keluarga-keluarga saudara ya Mbak.
    Sajian makanannya...wah menarik sekali ini menu-menunya.
    Semoga tetap rukun antar keluarga-keluarga ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
  3. Kerang rebus tu tetap menjadi pujaan hatiku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat carikkkk.. karang teringat² lagi😅

      Delete
  4. Meriahnya nampak makanan. Sorang sikit bawa lama-lama banyak dah.

    ReplyDelete
  5. Issshhhh seruuuuu kalo banyak yg bisa datang dan masing2 bawa makanan. Sedap pula semuanyaaa. Apalagi yg es Malaysia tuh. Kami sebut es lilin. Macam2 rasa kan. Dah lamaaa tak makan itu . Yg jual pun masukin sedikit. Nak buat sendiri tuh adaaa aja mood yang menghalangi 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. es lilin kat sana.
      Sekarang macam² perisa ada. Dulu biasanya sirap, milo, nenas & limau.

      Delete