Impromptu plan untuk berkumpul dengan adik beradik malam tadi. Solat Maghrib jemaah dulu itupun lewat sikit dalam 7.20 pm. Menunggu Cik Elis dari Shah Alam.
Biasanya kalau nak balik rumah nenek sebelah malam, masing² akan potluck sahaja. Senang.. boleh terus makan.
Ibu bawa kerang rebus, ayam masak lemak cili api + pucuk paku dan tembikai.
Masa nak masak ayam tu Kawi cakap tak pelik ke bubuh pucuk paku. Biasa nampak bubuh kentang. Ehhh.. kita yang buat dia. Ada je orang bubuh pucuk ubi dan segala jenis sayur yang sesuai. One pot meal. Senang.
Cik Baya - creampuff
Nenek - lepat ubi marvelous
Cik Biela - ubi pikul rebus, sambal ikan masin talang dan bubur pulut hitam (lupa nak snap😅)
Air kesedapan wajib nenek yang buat. Cik Wada bawak aiskrim Malaysia pujaan anak². Nasi putih tu terselit kat sini plak.. Aqil masak.
Malam tadi yang takde family ummi, Cik Ujang, Cik Nora, Cik Ami dan Cik Fatin.
Lepas makan sambil makan kacang baru lah sembang pasal family day yang agak huru hara tahun ini. Kali ni memang betul² short trip tidak seperti tahun² sebelum ni.
Insyaallah kita kasi jadi!
Sikit-sikit share jadi banyaklah menunya.
ReplyDeleteBetul tu, ayam boleh masak dengan apa saja yang kita suka. Kadang saya masak dengan labu, kundur atau betik.
Menarik gak labu, kundur dan betik. Belum cuba lagi. Sayur² camni anak² tak makan, jadi bila masukkan sekali dalam masakan ayam takde lah dua kali masak sebab kita je yang makan.
DeleteSeru sekali kalau ada pertemuan dengan keluarga-keluarga saudara ya Mbak.
ReplyDeleteSajian makanannya...wah menarik sekali ini menu-menunya.
Semoga tetap rukun antar keluarga-keluarga ya Mbak.
Salam,
Aamiin.. terima kasih Pak TA.
DeleteKerang rebus tu tetap menjadi pujaan hatiku
ReplyDeleteCepat carikkkk.. karang teringat² lagi😅
DeleteMeriahnya nampak makanan. Sorang sikit bawa lama-lama banyak dah.
ReplyDeleteItu lah... ni kalau semua ada lagi meriah.
DeleteIssshhhh seruuuuu kalo banyak yg bisa datang dan masing2 bawa makanan. Sedap pula semuanyaaa. Apalagi yg es Malaysia tuh. Kami sebut es lilin. Macam2 rasa kan. Dah lamaaa tak makan itu . Yg jual pun masukin sedikit. Nak buat sendiri tuh adaaa aja mood yang menghalangi 😂
ReplyDeleteoo.. es lilin kat sana.
DeleteSekarang macam² perisa ada. Dulu biasanya sirap, milo, nenas & limau.