Malam tadi Kak Widad ajak jogging pagi ni. Ibu dengar kat Setia Alam. Keluar rumah jam 6.30 am. Tadi bila dia drive ibu pelik kenapa tak masuk simpang ke Setia Alam. Rupanya nak ke Shah Alam. Adehhh.... ibu kurang gemar sebab nak ke sana pun dekat 20 minit. Ikut je lah sebab ini pertama kali Kak Widad nak ke sana. Nanti dah pandai pergi lah sendiri macam kat Taman Tasik Seksyen 7 hari tu.
Taman Tasik Shah Alam ni terbahagi kepada 3 tasik buatan.
- Tasik Barat
- Tasik Tengah
- Tasik Timur
Ibu bercadang untuk briskwalk je sambil tu ambil gambar. Ini pertama kali pusing tasik. Sebelum ni hanya tertumpu kat satu tempat di tepi tasik. Hari ni kita ronda-ronda sambil ambil gambar. Masa kami sampai tak ramai orang lagi. Mungkin juga hari Sabtu.
Pejabat Renjer di situ.
Taman Warisan Melayu.
Kompleks PKNS di sebelah kanan.
Masa ni bunyi guruh. Ni kalau hujan jauh lah kena pusing berlari ke kereta. Mujur cuaca elok cuma redup je lah.
Hari Landskap Negara 2024.
Tertulis Air Terjun C2 ni terletak di Tasik Tengah tapi takde pula terjunannya. Mungkin certain event kot baru dibuka.
Taichi pun ada. Geng-geng veteran Chinese.
Ada few toilet sekitar tasik. Ibu masuk sini. Bersih.
Tertarik dengan orkid-orkid yang ada.
Pokok yang ditanam oleh Raja Muda Selangor.
Kalau suka aktiviti Zipline bolehlah naik di sini. Anak-anak pernah naik ni.
Redup je sebab banyak pokok-pokok.
Menghala ke Tasik Timur ada aktiviti Zumba. Open to public. Tapi kami lalu je lah. |
Tasik Timur.
Kalaulah air tasik ni jernih mesti seronok kan. Bayangkan kelihatan ikan-ikan berenang 😊
Nak sampai ke parking terserempak dengan Cik Elis berlari dari rumah. Tiap kali lari target 10km.
Nasi lemak + sambal ikan bilis petai.
Rasa segar dapat hirup udara tasik.
ReplyDeleteBetul tu... kalau dapat seminggu sekali pun dah bagus.
DeleteSA dan husband ntah bila nak insaf and mulakan briskwalk ni...manjang xde masa je ha...
ReplyDeleteTak apa kak, sesekali ganti suasana ☺️😄. Baguuuus juga tempat ini. Apalagi danaunya 3, besar pula. Memang cukup sangat buat mencapai target 10k langkah. Lebih pun 😄. Saya sukaaaa kalo briskwalk di tempat rindang, banyak pohon seperti ini.
ReplyDelete