Pages

Saturday, October 19, 2024

Pasar Pagi Pantai Remis

Lepas beli barang sikit kat Meru, kat trafik light menghala ke rumah ibu beritahu Kawi jomlah ke Pantai Remis. Saje nak tengok kot-kot ada kerang. Kak Widad setuju je sebab ibu kan dah isikan petrol penuh kereta dia.

Sampai-sampai Pantai Remis ambil gambar pantai dulu. Air surut sekarang ni jadi nampak lumpur je lah selepas benteng.

Darat, laut dan langit.

Pasar di belakang tu.

Masa ni dah mula panas.

Masa air pasang tempat ni pun naik air.

Jomlah tengok-tengok apa yang boleh dibeli. Kak Widad pesan tak payah beli banyak-banyak sebab kat rumah ada lagi lauk. Nak habiskan dulu. Ok lah.. ibu beli sikit-sikit.

Pucuk paku ni Kawi request masak lemak cili api.

Mostly sayur-sayur kampung dijual di sini.
Ada daun meranti tapi ibu tak beli, nanti ibu sorang je makan.

Rambai.

Kawi request siput sedut ni. Sekilo RM20.
Ibu beli 1/2 kilo je, minta peniaga buang ekor (tak tau betul ke tidak ayat ni 😅) terus, caj RM2.
Ini pertama kali ibu beli yang masih hidup. Biasa anak-anak makan kat kedai. Ibu kurang minat sebab bila disedut kurang menjadi.

Udang segar-segar.

Kerang saiz sedang. Beli sekilo je.

Ketam nipah masih bergerak-gerak. Tak beli sebab tak pernah makan.

Ikan pun elok-elok semuanya.

Ibu suka tempe balut daun atau kertas bungkus makanan tu. Tekstur kurang padat berbanding dibungkus dalam plastik. Jadi isi tempe lebih lembut.

Ibu ambil ikan merah saiz paling kecil kat sini. Sekilo lebih sikit, RM39.

Ada gerai buah-buahan, tapi ibu tak beli kat sini. Beli kat jalan keluar.

Goreng-gorengan tapi tak beli.

Fresh lagi sayur-sayur kampung ni.

Kak Widad teringin air kelapa. Sini jual RM5.
Kat jalan area rumah ada yang masih jual RM4.50
Padahal kat rumah pun ada pokok sendiri tapi takde siapa nak petik 😖

Gerai-gerai air balang.

Pasar kat Pantai Remis ni buka hari Sabtu dan Ahad sahaja. Hari biasa tak ramai peniaga dalam 2-3 orang je.
 
Tukang drive. Senang diajak kalau hari cuti.

Balik ibu cuci dan rendam dulu siput sedut. 
Rupanya walau dah dipotong ekor masih boleh menjalar lagi.
eeeiii... ibu geli kalau dia gerak-gerak camni.
Tutup dulu.

Sekali dengan tutup pun dia boleh panjat.

Sabar je lah.. nanti petang sikit baru masak.

8 comments:

  1. Boleh tahan harga siput sedut RM20.00 sudah.

    ReplyDelete
  2. Kat Seremban siput sedut cecah RM26 sekilo ye...kadang lelap mata je la beli..kerang tu..segar betul..hidup2 lagi ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makkkkkaihhh... ada lagi mahal rupanya.
      kan... pejam je lah beli, mujur bukan tiap2 hari beli.

      Delete
  3. Seram siput tu masih hidup. Hehe...boleh memanjat tinggi lagi tu kalau biar terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah... pernah baca ada yang panjat dinding.. ngeri betul lah.

      Delete
  4. Sayuran dan ikan-ikan laut yang dijual segar-segar ya Mbak.
    Aduh itu siput masih bergerak saja padahal sudah dipotong ekornya...

    Salam,

    ReplyDelete
  5. Hahahahahah saya pun geliiiiu kalo dia masih bergerak 🤣🤣🤣. Tapi sukaaa masakan siput ini.

    Ya Allah terliur bayangkan gulai daun pakis seperti yg sering dibuat mama. Sayangnya di jakarta macam rare sangat daun pakis itu. banyak di sumatera.

    ReplyDelete