Pages

Saturday, February 22, 2025

Santai Sabtu

Hari ni gagahkan juga briskwalk. Bila check Strava, last BW 1/2/25. Hampir sebulan juga berhibernasi😎

Sebenarnya salah satu cara nak release tension. Semalam petang kat ofis rasa down sangat pasal kerja. Biasanya kalau gitu akan membawa ke malam. Pagi tadi terjaga awal bila ingat kembali. 

Pagi ni perasan ada almari buku kat salah satu area Taman Tasik Shah Alam.

Kiosk Buku yang dikelolakan oleh Perpustakaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menarik pula konsep yang diketengahkan oleh MBSA ni. Kot nak bersantai depan tasik sambil membaca.

Beberapa kali datang taman ini, baru hari ni nampak air terjun mini ini dibuka.

Lepas BW reload carbo pula. Kak Widad dah lapar. Itu yang singgah gerai kat sebelah pasar Seksyen 6.

Ibu teringin Nasi Dagang Ikan Tongkol. Lama gak tak makan sebab kat area rumah tak jumpa orang jual. Nak masuk kereta nampak plak orang jual Bingka Ubi. Belilah satu. Kak Widad pulak tak boleh nengok orang jual putu mayam. Wajib beli. Itu putu mayam Ustaz.

Ibu tapaukan utk ayah nasi kerabu dan nasi berlauk untuk Bami. Terus makan berat tak adalah ibu nak masak untuk lunch😅

Lepas ni nak ke NSK pulak. Topup barang dapur. Nak puasa dah ni. Minggu depan sure padat NSK. Balik rumah bolehlah siang apa yang patut. 

8 comments:

  1. Sekarang ni jarang dah BW. Tak lama lagi puasa memang tak BW dah la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bulan puasa mmg tak BW... lepastu raya dok sibuk beraya sakan.. nak mula balik tu yang payah huhu..

      Delete
  2. Ingatkan petang tadi nak BW tapi tertidur keletihan selepas balik dari ladang hihihiii.

    ReplyDelete
  3. Kalau x puasa esok nak santai-santai la....suami nak cat pintu pagar rumah..sebelah dh cat, tinggal sebelah lagi...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dah dicat sebelah pagar tu SA... karang sebelah kaler lain😅

      Delete
  4. Paling sukaa saya kalo sedang jogging di taman dan ada tempat utk buku. Di sini pun rata2 taman ada lemari buku juga. Tp bukunya dari sumbangan orang2 yg ingin melepas buku yg mereka punya di rumah. Jadi bukan dari pemerintah setempat.

    Tp kdg ada juga orang jahat, yg malah membawa seluruh isi lemari buku 😤. Pernah terjadi soalnya. Ntahlaah memang suka mencuri sangat bawaan orang2 begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. òooo.. bagus juga tu banyak tempat ada lemari buku. Akak rasa pertama kali jumpa di sini. Mungkin ada di tempat lain tapi tak pernah ke sana.

      Bagus juga ada yang donate buku. cuma perlu ada yang monitor juga. Adoiii... melampau juga tu dengan lemari sekali diangkut bawa lari😫

      Delete