Sebenarnya salah satu cara nak release tension. Semalam petang kat ofis rasa down sangat pasal kerja. Biasanya kalau gitu akan membawa ke malam. Pagi tadi terjaga awal bila ingat kembali.
Pagi ni perasan ada almari buku kat salah satu area Taman Tasik Shah Alam.Menarik pula konsep yang diketengahkan oleh MBSA ni. Kot nak bersantai depan tasik sambil membaca.
Lepas BW reload carbo pula. Kak Widad dah lapar. Itu yang singgah gerai kat sebelah pasar Seksyen 6.
Ibu teringin Nasi Dagang Ikan Tongkol. Lama gak tak makan sebab kat area rumah tak jumpa orang jual. Nak masuk kereta nampak plak orang jual Bingka Ubi. Belilah satu. Kak Widad pulak tak boleh nengok orang jual putu mayam. Wajib beli. Itu putu mayam Ustaz.
Ibu tapaukan utk ayah nasi kerabu dan nasi berlauk untuk Bami. Terus makan berat tak adalah ibu nak masak untuk lunch😅
Lepas ni nak ke NSK pulak. Topup barang dapur. Nak puasa dah ni. Minggu depan sure padat NSK. Balik rumah bolehlah siang apa yang patut.
Sekarang ni jarang dah BW. Tak lama lagi puasa memang tak BW dah la.
ReplyDeleteBetul tu, bulan puasa mmg tak BW... lepastu raya dok sibuk beraya sakan.. nak mula balik tu yang payah huhu..
DeleteIngatkan petang tadi nak BW tapi tertidur keletihan selepas balik dari ladang hihihiii.
ReplyDeleteekekeke... biasalah tu mencipta alasan 😂
DeleteKalau x puasa esok nak santai-santai la....suami nak cat pintu pagar rumah..sebelah dh cat, tinggal sebelah lagi...haha
ReplyDeleteHarap dah dicat sebelah pagar tu SA... karang sebelah kaler lain😅
DeletePaling sukaa saya kalo sedang jogging di taman dan ada tempat utk buku. Di sini pun rata2 taman ada lemari buku juga. Tp bukunya dari sumbangan orang2 yg ingin melepas buku yg mereka punya di rumah. Jadi bukan dari pemerintah setempat.
ReplyDeleteTp kdg ada juga orang jahat, yg malah membawa seluruh isi lemari buku 😤. Pernah terjadi soalnya. Ntahlaah memang suka mencuri sangat bawaan orang2 begitu
òooo.. bagus juga tu banyak tempat ada lemari buku. Akak rasa pertama kali jumpa di sini. Mungkin ada di tempat lain tapi tak pernah ke sana.
DeleteBagus juga ada yang donate buku. cuma perlu ada yang monitor juga. Adoiii... melampau juga tu dengan lemari sekali diangkut bawa lari😫