Ini kali pertama ibu join Iftar sekolah. Tahun lepas tak ada program ni sebab setiap minggu boleh PB, manakala masa Wafi Form 1, waktu tu Wafi belum register lagi. Intake 1 & 2 je dapat merasa.
Jumaat malam lepas Isyak gerak ke Tapah. Tidur dulu rumah ummi. Jam 10 am sambung perjalanan ke Sungai Petani. Slow² je lah bawa kereta sebab nak sampai on time.
Jam 3.30 pm sampai SP. Singgah dulu Amanjaya Mall sebab nak beli nasi ayam The Chicken Rice Shop.
Jam 4.30 pm beli makanan dan minuman sampingan di Bazar Ramadhan Taman Ria. Bazar Ramadhan terpanjang di Kedah. Kami pergi tak sampai pun suku jalan sebab dah dapat apa yang nak dibeli.
Masa masuk kawasan sekolah tu terkejut gak napa banyak sampah kertas putih atas jalan. Rupa²nya depa chop tempat tulis nama.
alololo.... comelnya😁😁
Jam 6 lebih tu... hujan sangatlah lebat. Siap angin dan kilat.
Mujur bila masuk waktu berbuka, walaupun masih hujan tapi takde dah angin kuat.
Selain dari Dewan Terbuka, boleh juga duduk di kantin, dewan makan dan dewan anjung. Plan asalnya bolehlah duduk di dataran terbuka namun disebabkan hujan lebat itu yang duduk dalam dewan.
Naik Form 3 dengan isu yang lain pula.
Ibu doakan Wafi dapat hadapi cabaran di sekolah dengan baik 🤲
Airin, Afiqah, Wafa, Pipah, Alya.. masa ni kawan yang lain masih dengan parents mereka.
Ika, Syamil, Fatini dan.....
Allahu... ada yang ibu lupa nama. Minta maaf ya anak² 🤲
Sebelum balik, ibu titipkan duit raya buat anak² ini.
Kak Widad demam sepanjang hari, sekejap je duduk kat dewan lepastu masuk dalam kereta.
By jam 9.50 pm kami gerak ke Kulim tidur semalam.
Seronok la wafi dapat berbuka ibu ayah. Ramai2 camtu seronok meriah je. Kesian pulak ye yang parents tak dapat datang tu.
ReplyDeleteWafi dok pujuk² ibu ayah datang... kasihan pula bila teringatkan survival nya kat asrama masa mula² masuk dulu.
DeleteAda juga parents yang tidak dapat hadir walaupun dok Kedah tapi ada sahaja parent lain yang santuni anak² tersebut.
Bahagianya Wafi dapat iftar dengan ibu.
ReplyDeleteMoga Kak Widad cepat sembuh.
Senyum je bila nampak kami.
DeleteAlhamdulillah sihat dah dia hari esoknya. Itu yang dia teruskan niat duduk dengan tokwan. Masa demam tu berbelah-bagi juga
Bestnya!
ReplyDeleteSekolah Abang In Sha Allah Nuzul Al Quran ni
Comel la Wafi sekarang ...
Bazar Ramadhan Taman Ria tu mmg meriah, tak larat nak jalan habis :)
Pertama kali kami join jadi excited. Sampai.sekolah pun jadi orang pertama😁
DeleteNext week lah ya sekolah abang ada iftar. Mesti umi masak special tu.
Panjang betul bazar tu dan meriah. Kalau sengaja jalan² nak juga jalan dari hujung ke hunjung cuci mata.
Alhamdulillah
ReplyDeleteSeronok wafi
Ia WP... seronok dia. Kawan² pun tumpang happy.
DeleteBagus betul. Siap-siap cop tempat makan.
ReplyDeleteKami pun tak terfikir budak² tu cop tempat. Alih² yang kat dataran tak dapatlah piknik kat situ sebab hujan lebat.
DeleteBahagia Wafi sebab ibu datang ya.
ReplyDeleteAah... happy sangat dia. Dia pun tak sangka ibu ayah setuju untuk datang.
Deletebestnya dapat buka puasa dengan anak...saya belum berkesempatan lagi ni...cuma dapat hantar juadah berbuka je..sedih
ReplyDeleteAlhamdulillah berkesempatan buka sama².
DeletePun tak dapat spent time begitu lama sebab mereka solat Maghrib jemaah dulu. Jam 8 baru dapat makan sama². Before 10 parents dah kena tinggalkan sekolah sebab anak² nak prepare untuk sekolah esoknya.
oo.. Pia belum PB lagi. Tunggu sikit masa lagi lah tu Afzan. Seronok juga tu bila dapat hantar makanan.
Sepanjang saya ddk SP...bazar taman ria tu sekali jer pernah pergi...
ReplyDeleteoo la... mungkin ada bazar lain yang Sueann pergi ya.
DeleteRamaiiiiii orang... gerai² pun banyak dan nampak tersusun. Kalau takde hal nak juga kami cuci² mata.