Pages

Sunday, March 9, 2025

Iftar Perdana Sekolah Wafi

Ini cerita semalam...  Iftar Perdana di sekolah Wafi. Minggu ni baru sekolah keluarkan surat tentang program iftar ni. Ramai juga parents jauh yang tak dapat datang sebab ada yang baru minggu lepas hantar anak ke sekolah.

Ini kali pertama ibu join Iftar sekolah. Tahun lepas tak ada program ni sebab setiap minggu boleh PB, manakala masa Wafi Form 1, waktu tu Wafi belum register lagi. Intake 1 & 2 je dapat merasa.

Jumaat malam lepas Isyak gerak ke Tapah. Tidur dulu rumah ummi. Jam 10 am sambung perjalanan ke Sungai Petani. Slow² je lah bawa kereta sebab nak sampai on time.

Jam 3.30 pm sampai SP. Singgah dulu Amanjaya Mall sebab nak beli nasi ayam The Chicken Rice Shop.

Jam 4.30 pm beli makanan dan minuman sampingan di Bazar Ramadhan Taman Ria. Bazar Ramadhan terpanjang di Kedah. Kami pergi tak sampai pun suku jalan sebab dah dapat apa yang nak dibeli.

Jam 5.15 pm sampai dah sekolah Wafi.
Masa masuk kawasan sekolah tu terkejut gak napa banyak sampah kertas putih atas jalan. Rupa²nya depa chop tempat tulis nama.
alololo.... comelnya😁😁

Wafi minta kami pergi ke Dewan Terbuka. Sama gak... dah chop tempat.

Tu haaa... nama Wafi😃

Juadah berbuka kami. Pertama kali beli makanan luar dan bazar Ramadhan.

Jam 6 lebih tu... hujan sangatlah lebat. Siap angin dan kilat.

Tempias jugalah bila duduk di tepi.
Mujur bila masuk waktu berbuka, walaupun masih hujan tapi takde dah angin kuat.

Selain dari Dewan Terbuka, boleh juga duduk di kantin, dewan makan dan dewan anjung. Plan asalnya bolehlah duduk di dataran terbuka namun disebabkan hujan lebat itu yang duduk dalam dewan.

Ibu duduk sebelah mama Alya.

Rindulah budak seketul ni🥰🥰

Afiqah join sekali sebab family tak dapat datang. 

Duduk sebelah family Alya.

Laparlah mereka. Biasanya buka dengan minum air manis, solat Maghrib jemaah baru makan berat.

Meriah.

Curhat😫

Semoga yang baik² buat Wafi.
Naik Form 3 dengan isu yang lain pula.
Ibu doakan Wafi dapat hadapi cabaran di sekolah dengan baik 🤲

Antara kawan² baik Wafi yang banyak bantu.
Airin, Afiqah, Wafa, Pipah, Alya.. masa ni kawan yang lain masih dengan parents mereka.
Ika, Syamil, Fatini dan.....
Allahu... ada yang ibu lupa nama. Minta maaf ya anak² 🤲

Sebelum balik, ibu titipkan duit raya buat anak² ini. 


Bergambar pula dengan ayah.

Kak Widad demam sepanjang hari, sekejap je duduk kat dewan lepastu masuk dalam kereta.

By jam 9.50 pm kami gerak ke Kulim tidur semalam.
 

16 comments:

  1. Seronok la wafi dapat berbuka ibu ayah. Ramai2 camtu seronok meriah je. Kesian pulak ye yang parents tak dapat datang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wafi dok pujuk² ibu ayah datang... kasihan pula bila teringatkan survival nya kat asrama masa mula² masuk dulu.

      Ada juga parents yang tidak dapat hadir walaupun dok Kedah tapi ada sahaja parent lain yang santuni anak² tersebut.

      Delete
  2. Bahagianya Wafi dapat iftar dengan ibu.
    Moga Kak Widad cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum je bila nampak kami.
      Alhamdulillah sihat dah dia hari esoknya. Itu yang dia teruskan niat duduk dengan tokwan. Masa demam tu berbelah-bagi juga

      Delete
  3. Bestnya!
    Sekolah Abang In Sha Allah Nuzul Al Quran ni
    Comel la Wafi sekarang ...
    Bazar Ramadhan Taman Ria tu mmg meriah, tak larat nak jalan habis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali kami join jadi excited. Sampai.sekolah pun jadi orang pertama😁
      Next week lah ya sekolah abang ada iftar. Mesti umi masak special tu.
      Panjang betul bazar tu dan meriah. Kalau sengaja jalan² nak juga jalan dari hujung ke hunjung cuci mata.

      Delete
  4. Replies
    1. Ia WP... seronok dia. Kawan² pun tumpang happy.

      Delete
  5. Bagus betul. Siap-siap cop tempat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun tak terfikir budak² tu cop tempat. Alih² yang kat dataran tak dapatlah piknik kat situ sebab hujan lebat.

      Delete
  6. Bahagia Wafi sebab ibu datang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... happy sangat dia. Dia pun tak sangka ibu ayah setuju untuk datang.

      Delete
  7. bestnya dapat buka puasa dengan anak...saya belum berkesempatan lagi ni...cuma dapat hantar juadah berbuka je..sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berkesempatan buka sama².
      Pun tak dapat spent time begitu lama sebab mereka solat Maghrib jemaah dulu. Jam 8 baru dapat makan sama². Before 10 parents dah kena tinggalkan sekolah sebab anak² nak prepare untuk sekolah esoknya.
      oo.. Pia belum PB lagi. Tunggu sikit masa lagi lah tu Afzan. Seronok juga tu bila dapat hantar makanan.

      Delete
  8. Sepanjang saya ddk SP...bazar taman ria tu sekali jer pernah pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo la... mungkin ada bazar lain yang Sueann pergi ya.
      Ramaiiiiii orang... gerai² pun banyak dan nampak tersusun. Kalau takde hal nak juga kami cuci² mata.

      Delete