Masa nak raya puasa ritu Kak Widad ada cakap teringin nak rantai tangan lain. Ibu minta tangguh dulu lah, ada rezeki lebih boleh beli. Boleh juga nak trade-in yang lama tapi masa tu belum ada mood nak beli. Malam tadi ibu godek² emas yang rasa dah taknak pakai, cari sekali resit.
Petang tadi ke Habib Jewels Setia City Mall. Sampai² minta Kak Widad pilih dulu rantai tangan yang dia berkenan. Bagi lah range berapa karang dia belasah 50g pitam ibu🤣
Rantai emas (916) dan cincin (916) sebelah kanan tu ibu tak jadi trade-in. Simpanlah dulu. Sayang pulak sebab rantai tangan tu emas pertama Kak Widad. Ada sentimental value pada ibu. Cincin tu pulak 2 tahun lepas beli. Kak Widad jarang pakai sebab jari boleh gatal. Itu sebab bentuk bulatnya masih utuh.
Ini harga yang Habib beli.
Rantai tangan corak rama² yang Kak Widad ambil. Aduhhh.. haluih betul. Berat almost 5g. Tapi panjang pulak dan untuk potong kena tunggu 2 minggu baru siap. Mereka minta bayar deposit dulu dan bila dah siap akan ditimbang semula. Kat sini takde tukang potong.
Ini harga kalau beli di Shopee, banyak juga bezanya cuma kelebihannya boleh bayar guna SPayLater.
Bila dah buat bayaran semua, staff keluarkan tray rantai tangan untuk kanak-kanak. Ehh.. ada yang Kak Widad berkenan. Tukar yang ini pulak dan kebetulan ada saiz yang sesuai. Haaa.. senanglah.. terus ambil dan pakai. Berat 6.12g. Upah RM150.
Ini harga yang Habib beli.
Rantai leher (emas 375) dan loket (emas 375) tu yang dibeli 15 tahun lepas berharga RM1,833, sekarang RM3,479. Cincin putih (emas 750) mereka timbang cincin sahaja. Sekarang RM534, dulu tak ingat berapa sebab tak jumpa resit. Tapi rasa dulu mahal lah sebab dikira batu tu sekali.
Ibu baru tau yang emas 375 (9K) juga dipanggil suasa. Yang ibu ingat masa beli dulu, penjual beritahu emas ni kuat sebagai perhiasan. Maklumlah ada campuran bahan lain yang lebih banyak.
Kebanyakan emas perhiasan adalah 916 (22K). Ia juga boleh dibuat simpanan.
Kalau nak buat pelaburan kena ambil emas yang lebih padu iaitu 999 (24K).
Ada juga emas 850 (20K) juga dikenali sebagai emas kelantan. Emas 750 (18K) pula sesuai untuk mengikat berlian atau batu permata lain.
Masa nak trade-in loket, staff ragu² tentang ketulenannya, mereka takut ia emas sadur. Dia bertanyakan resit lama. Mujur ibu dah standby. Bila ibu tunjuk, terus dia proceed tapi resit mereka ambil. Jadi ibu snap sahaja resit ini.Rantai tangan corak rama² yang Kak Widad ambil. Aduhhh.. haluih betul. Berat almost 5g. Tapi panjang pulak dan untuk potong kena tunggu 2 minggu baru siap. Mereka minta bayar deposit dulu dan bila dah siap akan ditimbang semula. Kat sini takde tukang potong.
GB 10g (RM5,064) tu memang ibu niat nak topup bila ada rezeki lebih. Tambah² bila dapat trade in kuranglah membayarnya.
Bila dah buat bayaran semua, staff keluarkan tray rantai tangan untuk kanak-kanak. Ehh.. ada yang Kak Widad berkenan. Tukar yang ini pulak dan kebetulan ada saiz yang sesuai. Haaa.. senanglah.. terus ambil dan pakai. Berat 6.12g. Upah RM150.
Harga emas 916 hari ni RM482.
Wafi plak emas² ni takde nya dia nak pakai. Ini berpunca dari Kak Widadlah... masa kecik dulu dia pun tak suka pakai lalu diracun adiknya. Boleh berperanglah ibu dengan anak² masa nak pakaikan. Siap janji sebelum sekolah mula ibu akan buka rantai leher dan tangan. Perhiasan biasa² je buat manis².
Harga emas sentiasa naik. Dah rm400+ tahun ni. Tahun depan mau sampai rm500 tu.
ReplyDeleteBetul².... kena betul² buat budget dan simpan duit kalau nak beli design yang kita nak. Semalam akak tengok rantai² tangan jenis yang besar² 40 - 50g. Fuhhhh... serammmmm nengok.
DeleteSeramlah tengok harga emas sekarang.
ReplyDeletehehee... suka baca pakai emas untuk manis-manis....
Bila tengok harga sekarang rasa kenapa dulu tak beli tapi dulu pun rasa mahal juga huhu
DeletePada saya bila pakai perhiasan emas tu seseorang nampak lebih manis penampilannya, tak perlu banyak dan besar. Buat ado-ado je 😁.
Dania pun rimas juga emas2 ni tapi bila dah mula pakaikan sikit2 dia dah ok dah tapi request nak yang halus je tak nak tebal2.
ReplyDeleteRasanya anak muda lagi sweet pakai yang halus dan tidak begitu menonjol kan... akak sendiri pakak saiz sedang je. Yang besar² kurang minat (ehhh... lebih pada duitnya tak berapa nak besar😅)
DeleteAmmi tak byk perhiasan emas sbb dulu pun kurang suka pakai emas. Tp skrg belilah sesikit pakai satu kat leher, satu kat tangan buat simpanan sok lusa
ReplyDeleteComplete set dah tu Ammi. Buat ado..ado..
DeleteDania pun sama x suka emas...jenuh paksa pakai...pun x nak..ni SA nak trade in baang2 kemas dia masa dia baby dulu...x tau la berapa kedai emas nak amik...
ReplyDeleteKalau dari baby tinggi juga tu value nya nanti.. kot boleh tukar rantai tangan, ngam juga.
DeleteHarga emas disini sekarang mahal, Mbak.
ReplyDeleteCantik juga pilihan rantai tangannya kak Widad...
Salam,
oo sama mahal juga ya pak dengan di sini.
Delete