Semenjak ibu follow page FB Ezzah Haris, ada 3 benda yang berkenan dan beli. EH ni kerap up video masak² dan nampak semua masakannya sedap dan nampak mudah. Biasalah bila masak tu adalah beliau tunjuk perkakasan memasaknya juga bahan yang digunakan.
Ini yang ibu TERBELI.
Pensonic Induction Cooker
Kotak keriangan.
Ni kalau gas habis boleh guna tapi sekarang ibu dah guna. Bawa ke Family Day memang ngam. Banyak jasanya.
Kepanasan sampai 9 tapi kat rumah ibu guna tahap 3 je. Masa FD ritu ibu dah try 8-9 sebab nak cepat.
Periuk Redchef
Periuk nonstick ceramic ni nak guna untuk induction cooker. Ada gak periuk flat kat rumah tapi induction cooker tak boleh detect. Itu yang beli juga Redchef ni sama seperti EH guna. Ada kaler lain tapi sebab EH guna putih ibu pun follow🫣
Ibu ambil yang 5 set sahaja, ada 2 pan saiz 20 dan 26 cm, 1 milk pan saiz 20, 1 penutup dan 1 pemegang boleh tanggal.
Esoklah baru try guna.
Itu je lah buat masa ini yang terpengaruh. Semalam dah nampak sambal keluaran EH. Pagi tadi nampak beliau share tong simpanan.
Aduhhh.. ya Allah.. lindungilah hambaMu ini 🤲🤲
Menarik jugak periuk tu. Macam terbekenan jugak. Hahaha
ReplyDeletepi lekaih follow ezzah harris biar sama² teracun😅
DeleteSelalu juga saya tonton siaran Ezzah Harris.
ReplyDeleteMacam terpikat pula dengan serbuk ikan bilis dan udang niigata tu tapi belum pernah beli.
Serbuk ikan bilis niigata yang kata nak buang bau hanyir memang betul kak... saya lumur dulu kat ayam yang sebelum goreng, rasa lebih sedap.
DeleteKalau jenis yang rajin masak memang akan suka dengan Pensonic ni. Ni dok menahan ni. Hehe
ReplyDeleteAkak dah guna... rasa best sebab kurang bahang panas compare guna api.
DeleteAmmi follow EH di FB dan TT sebab suka cara dia masak tp takat ni belum terpengaruh check out lagi. Baru dok dalam cart serbuk nigata tu
ReplyDeletehehe.. boleh dah tu check out 😀
DeleteSama la follow EH kat FB dan TT, memang dah lama terjebak dengan barnagan yang beliau guna.tapi blom beli lagi...ingat nak beli yang set redchef tu..tapi kena jeling ngan suami....serbuk ikan bilis dan udang Nigata tu pun dah ada dalam cart cuma lom check out..ingat nak order tapi tukar ke alamat office...ok x?
ReplyDeleteBijak... bijak.. kena ada strategi 😁
DeleteEh eh kita pulak nak terpengaruh dengan akak. Macam menarik pulak Pensonic Induction Cooker dengan periuk Redchef tu.
ReplyDeletehahah.. jangan.. jangan.. saya tidak mahu jadi pempengaruh 😂😂
Deletepan saiz 20 tu akak rasa kecil sangat.. macam untuk goreng telur atau lempeng je
Harga not bad jugak lepas tolak2 voucher. Btw kaler tu lawa, pastel gituhh 🤭
ReplyDeleteNi kalau masak megi, masak steamboat best jugak ni