Pages

Thursday, May 14, 2026

Lunch Di Rest. Mohd Chan, Sungai Buloh

Sabtu lepas solat Zohor ibu hantar ayah ke KTM. ETS ayah jam 4 jadi adalah masa nak lunch kat luar sama². Ayah ajak makan di resto Mohd Chan, Sungai Buloh yang berdekatan dengan stesen KTM.

Jus Epal Asam Boi & Ais Kosong

Menyerah Diri

Dah seminggu gigi/gusi? berdenyut².. makan kena guna bahagian kanan. Malam tadi kemuncaknya sampai terpaksa makan ubat tahan sakit. Ubat Mefenemic Acid dapat masa gusi bengkak awal tahun. 

Game Pemanas Badan

Simpan sini gambar² Wafi masa game pemanas badan yang dirancang sebelum ke pusingan kedua SBP. Namun sebab dah terkandas di pusingan 1, ia dijadikan game persediaan untuk Champion School.









 

Wednesday, May 13, 2026

Nak Drive Ke Sana @ Order Guna Apps

Jumaat lepas Wafi minta ibu belikan makanan luar.
Teringin Chicken Chop katanya.
Orderkan lah.. lagipun minggu dia exam nampak stress gayanya.

Monday, May 11, 2026

Ngeteh Di CBTL

Semalam bila dah petang tepu pulak rasanya dok dalam rumah je. Lepas Asar call nenek, ajak keluar. Ajak Bami bukan dia nak ikut pun.

Ibu bawa ke The Coffee Bean & Tea Leaf, Eco Grandeur. Ramai pulak orang, mujur ada meja untuk orang.

Dekat 15 mins juga menu yang dipesan baru siap. Sementara menunggu, nenek baca kitab.

Tragedi Pagi Isnin

Kejadian pagi ni. 

Masa turun kereta perasan kenapa tepi tapak kasut kanan kotor... dalam kepala fikir mungkin kena lecak masa balik hari Jumaat. Kan masa hari Jumaat seharian hujan.

Dah sampai bilik ofis belek semula.
Ya Allah..  kenapa jadi begini!

Mujurlah sama kaler.

Dalam kereta ada satu lagi sport shoes tapi malas nak turun. 
Halal je lah 🤗
 

Sunday, May 10, 2026

Kurma Kambing Teknik 5:30:7

Ada daging/tulang kambing sikit jadi ibu masak tengahari tadi. Cukuplah untuk ibu dan Abang Imi. Malam baru ayah sampai dari kampung.

Cadangnya nak masak kari tapi ada sepeket rempah kurma yang hampir tamat tempoh. Sengaja lah cuba guna teknik 5:30:7 sebab daging pun sikit je. 

Biasa nampak orang bubuh telur rebus dalam kurma jadi ibu follow, saje buat ramai² dalam mangkuk😅

Rezeki Pagi Ahad

Pagi ni keluarkan peluh... bersihkan pelepah kelapa kering dan bakar. Kena terus bakar kalau tak petang karang hujan pulak. Pekerja kebun sebelah bagi salam. Katanya nak bagi timun. Minggu ni baru boleh tuai.

Ibu kongsi dengan Cik Ana. Ibu ambil 2 je sebab timun mini beli 2 minggu lepas pun belum termakan.

Sebelum keluar tadi sudah sarapan dulu. Cik Ana bagi lempeng + sambal hijau. Sebenarnya baru nak prepare cucur sayur sebab nampak kat blog PH. Simpan balik lah bahan²nya.

Ibu just bancuh kopi-o.

Alhamdulillah rezeki pagi Ahad.

Nampaknya tengahari je nanti masak.

 

Saturday, May 9, 2026

Sabtu Yang Sejuk

Hujan seharian sehingga ke malam, sampai pagi ni terasa sejuk. Semalam niat pagi ni nak briskwalk... nampaknya tinggal niat je😂😂. Lebih Subuh lebih seronok ngelekar atas katil. Tapi sekejap je lah sebab mikirkan rumah tak bersapu dah seminggu. Sambil siapkan sarapan, jemur kain, bersihkan diri, jam 9 baru sarapan.

Ibu goreng kentang dan karipap je, bancuh kopi coklat Zus.

Plan nak rehat je hari ni & esok sambil cari drama apa nak tengok.

One the Woman mengisahkan seorang pendakwa raya korup yang hilang ingatan selepas kemalangan. Dia tersalah dianggap sebagai menantu keluarga kaya yang mirip wajahnya. Dalam usaha mencari identiti sebenar, dia membongkar rahsia keluarga, konflik kuasa dan cinta, sambil memaparkan watak wanita berani, lucu serta penuh karisma dalam kehidupan penuh cabaran.
 

Friday, May 8, 2026

Jumaat Dah Ye

Salam Jumaat buat semua.
Cepatkan rasanya masa berlalu.. hari ni dah Jumaat.
Minggu ni terasa semput sket sebab minggu closing.. hari ni report kena keluar 😨😨

Tak tau nak update apa tapi bila tengok ada lebih 250 draft unpublish. Dah letak gambar, tajuk semua, nak tulis takde idea. 

Pagi ni sampai ofis 7.10
Sarapan sandwich telur dan roti peanut butter. Tu semua Abang Imi bawa dari ofis beberapa hari lepas. Ada kakak kat ofisnya bagi. Masuk dalam fridge. Ibu je lah makan hari ni... masuk microwave  kat ofis.
Bancuh Kopi Coklat ZUS.

Kawan-kawan ibu breakfast apa hari ni?

Semoga semua terus bersemangat.
Its Fri-yay!
 

Wednesday, May 6, 2026

Makan Tengahari Di Salam Noodles, Alam Budiman

Ahad lepas hantar Wafi kat KTM Sungai Buloh, ayah ajak lunch di Salam Noodles cawangan Alam Budiman. Kami sampai jam 10.50 am tapi restoren dah buka walau tulis di situ jam 11 am. 

Tuesday, May 5, 2026

Shopping Barang Asrama

Disebabkan barang yang Wafi nak beli semua ada di Setia City Mall, jadi ibu susun mana nak pergi jadi tak adalah penat ke hulu ke hilir di tengah orang ramai. 1 Mei tu kemain ramai orang.. maklumlah public holiday.

Lepas keluar Montigo masuk Watson pula. Kan kedai wajib setiap kali outing😬

Masuk Miniso.

Monday, May 4, 2026

Minggu PPT

Bermula minggu ni Wafi dan kawan² akan menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT).

Ya Allah kurniakanlah ketenangan hati kepada Wafi, lapangkan dadanya dan permudahkanlah segala urusannya dalam menghadapi peperiksaan.

Ilhamkanlah dengan jawapan yang tepat, kuatkan ingatannya, dan jauhkanlah dia daripada rasa gelisah dan lupa.

Buat anak-anak lain yang juga menduduki peperiksaan, semoga Allah permudahkan segala urusan peperiksaan. Tenang-tenang menjawab, semoga dapat jawab dengan baik dan peroleh keputusan yang cemerlang. 

آمين يا رب العالمي

Good luck semua 💪

Mommies... tenang-tenang ya 🥰

 

Sunday, May 3, 2026

Beli Hadiah Untuk Sensei Di Montigo

Wafi ajak ke Montigo untuk beli tumbler hadiah Hari Ulangtahun Kelahiran buat guru kelas,  Sensei Asmahani sempena Beliau mengajar Bahasa Antarabangsa Jepun.

Makan Di Black Canyon

Selesai urusan di kedai cermin mata terus ke Setia City Mall. Budak berdua ni dah lapar. Sebelum tu solat di NSK, nak cari court shoes Wafi juga di XES. Takde saiz lah pulak.

Masuk SCM cari restoren dulu. Kak Widad ajak ke Serai tapi Wafi taknak. Dia nak makan kat Black Canyon. Punyalah banyak resto, BC juga dia nak masuk.

Jam 3.30 ingatkan orang tak ramai, penuh resto. Mujur dapat seat tak lama.

Minta dessert dulu.
Water Chestnut with Coconut Milk

Saturday, May 2, 2026

Tukar Cermin Mata Di Kedai Kacamata Nur Kaseh

Lepas kenduri, ibu balik rumah sekejap jemput Kak Widad sebab nak ke Kedai Kacamata Nur Kaseh. Kedai ni kat bandar Klang. Ikut plan, ayah nak bawa kami tapi kena lepas solat Jumaat. Lambatlah pulak nanti balik sebab ada beberapa tempat nak pergi. Takpe lah ibu drive sob.. sob..

Kak Widad dan Wafi pilih frame dulu. Dua² ni memang rabun walau tak tinggi tapi sejenis pakai spec on & off. 

Menelaah Sama²

Awal Wafi bangun (compared hari lain kalau kat rumah 😬) hari ni. Lapar katanya. Nak cepat, ibu buatkan cucur sayur. Gorengan 1-2 takde jagung sebab Wafi tak gemar. Siap goreng terus dia makan.

Friday, May 1, 2026

Dapatlah Pakai Baju Raya

Sebelum balik cuti Wafi ada tanya ibu ada lagi tak openhouse. Adehhh.... Syawal dah habis.. yang buat openhouse terlajak raya pun dah lepas.

Wafi kata bila kita nak pakai baju raya. Kesian dia ni, ritu raya setengah hari je. Lepastu balik kampung, pun tak beraya duduk rumah tokwan. Balik sini, ibu terus kerja. Ayah plak masih kat Kulim tunggu tokwan. Lepastu Wafi dah balik sekolah.

Jadi bila dapat jemputan aqiqah anak² Cik Apil memang kena pergi bawa Wafi sekali.