Pages

Monday, August 31, 2026

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69! 🇲🇾

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera. Bersama kita melangkah maju, dengan penuh semangat dan cinta kepada tanah air.

Pagi ni ibu prepare breakfast awal sikit. Tak ke mana sebab nak tengok Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2026.

  • Nasi Goreng
  • Telur Mata
  • Keladi Goreng
  • Lempeng
  • Sambal Tumis Ikan Bilis
Malam tadi Wafi dah pesan nak makan lempeng cicah sambal pagi ni.

Pagi anak² bangun awal sama² tonton parade.

Ibu rasa sebak sikit bila Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris yang mengetuai pertunjukan udara TUDM berucap sebelum memulakan formasi. 

Biar darah, keringat dan jiwa menjadi taruhan, Malaysia tetap kami pertahankan.

Terima kasih buat semua pejuang barisan hadapan yang memastikan keselamatan negara menjadi keutamaan.

Tahun² sebelum ni kami menyambut ambang Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor di Dataran Shah Alam. Tahun ini diadakan di Stadium Kajang... tak ada lah nak pergi sebab rasa jauh lagi pun tak tau keadaan kat sana. Kalau kat Shah Alam tau lah ceruk mana nak duduk sebab laluan lebih open dan ada padang dan skrin besar andai tak dapat spot area astaka.

Hari ni ibu nak rehat² je kat rumah layan lagu² kemerdekaan 🥰🇲🇾

22 comments:

  1. salam kemerdekaan yang ke 69 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam merdeka dan selamat bercuti juga buat MT.

      Delete
  2. Banyak pilihan sarapan akak masak. 😋 Salam Hari Merdeka, kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar kenyang semua.. lunch ibu takmo masak😅
      Salam merdeka dan selamat bercuti Tot🥰

      Delete
  3. Selamat hari merdeka sista... aha saya pun tgk live kat hp je sambil cuci baju kat dobi 🤣🤣 eh sama la masa dengar panglima tu berucap mcm syahdu je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan.. tak tau pasaipa.. kedengaran ikhlas sangat ucapannya.

      Delete
  4. selamat hari merdeka Rawiwa. akak br je nak buat semula blog ni haaah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lama sangat menyepi kak.. kami dah rindu Afghanistan🥰

      Delete
  5. Selamat merayakan hari kemerdekaan kak 🎉🎉🎉🎉. Tak libur k JKT kah.. lagi ramai turis Malaysia di sini. Kemarin makan di restoran dalam mall Grand Indonesia, bisa saya pastikan majority Malaysians yg sedang libur long weekend 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fanny🥰
      Long weekend terutama orang Selangor tapi kakak tak boleh liburan jauh sangat sebab Wafi esok sudah mula online class.

      Delete
  6. Selamat Hari Merdeka!
    Samalah kita, lepak depan tv je semalam. Perarakan Merdeka tu wajiblah tengok kan...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Selamat Hari Merdeka juga buat Cie. Habis dah cuti ya.

      Delete
  8. Salam kemerdekaan kak..SA masa ni lepak je kat rumah kepenatan...

    ReplyDelete
  9. Semangat kan kita nak tengok perbarisan pagi-pagi Hari Merdeka. Semangat tu lain macam.
    Walaupun sudah berlalu. Tetaplah nak ucapkan Selamat menyambut Hari Merdeka Malaysia. Semoga Malaysia terus aman makmur hidup aman sejahtera harmoni berbilang kaum dan bangsa. Aamiin..

    ReplyDelete
  10. Mantap breakfast nya. Sajak betul menjadi peneman semasa tengok perbarisan Hari Kemerdekaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak banyak supaya tidak perlu ke dapur lagi😊

      Delete
  11. Salam Merdeka. Moga negara kita terus aman dan makmur. Dari tempoh 446 tahun perjuangan baru 69 tahun usia negara kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA.
      oo 446 tahun perjuangan ye... adehhhh.... lupa sejarah dah.

      Delete