Pages

▼

Saturday, October 31, 2026

25 Tahun Pemerintahan I Beli Lipbalm




Ibu simpan sini gambar² Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Tahun 2026 merupakan tahun yang amat bermakna bagi rakyat Selangor kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj genap 25 tahun memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan. Sambutan ini dikenali sebagai Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor, yang menandakan perjalanan suku abad baginda menaungi negeri dan rakyatnya.

Baginda merupakan Sultan Selangor yang ke-9 dan dimasyhurkan pada 22 November 2001.

🤲🏻 Ya Allah, kurniakanlah kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan kepada DYMM Sultan Selangor. Semoga baginda terus memerintah dengan adil dan bijaksana.

👑 Daulat Tuanku! 
Amin Ya Rabbal Alamin.

Cuti Isnin 26/10/2026 breakfast sampai lunch makan bihun goreng. Petang ibu keluar dengan Kawi sebab kami nak isi petrol. Bawa kereta asing². Sebelum balik dinner dulu di Hock Kee Kopitiam. Order sama je macam selalu. Kaya Butter Toast dan Hock Kee Signature Laksa juga Hor Ka-Sai (kopi-milo).

Singgah Watson juga.

Ibu bercadang nak beri kawan² Wafi souvenir bila jumpa mereka akhir tahun ni. Nak cari yang ringan dan senang dibawa. Tahun lepas ibu belikan pocket perfume jadi tahun ni tukar barang lain. Di rumah masa ibu buka apps Watson ada promotion Lipbalm Buy One Free One. Lipbalm macam ni memang Wafi guna untuk elak bibir kering. 

Itu yang pergi Watson sebab nak beli offline. Promo sama juga dan berakhir 26/10. Cuma tak banyak stok yang tinggal jadi ibu ambil semua yang digantung atas rak. Lipbalm jenama Watson berharga RM14.90/pc. Promo Buy One Free One jadinya 1 pc Lipbalm hanya RM7.45 

Ibu tambahkan lagi Lipbalm dari jenama Alia (RM8.93), nampak Ezna post. Jadi semua ada 22 pcs. Tengok nanti kalau ada promo lain ibu tambah.
 

22 comments:

  1. Daulat Tuanku!
    Ala, dah lepas promo Watsons tu :(

    ReplyDelete
  2. Kalau dah masuk Watson, lihat promo ini memang langsung kalap lah 😄. Penasaran pula nak coba lip balm Alia ini. Mungkin sesuai juga untuk anak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram nengok promonya. Brand Alia ni 1st time beli..

      Delete
  3. Katanya tak sihat kan tuanku. influenza.

    ReplyDelete
  4. Oh yang dapat cuti baru ni tu kan. Sekejap je dah 25 tahun. Rasa ada baca tuanku gering terkena influenza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca kat medsos gitulah. Semoga Tuanku Sultan segera pulih.

      Delete
  5. idea yang menarik ni bg souvenir kawan-kawan Wafi. Lipbalm ni memang senang nak dibawa. Lagi best bila dapat promotion Buy One Free One, bolehlah jimat sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap kawan-kawan Wafi suka.. lipbalm mesra poket 😁

      Delete
  6. Lip Balm Alia tu warna dia sangat la sweet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. semua kaler Alia sweet ya.. akak tak berani ambil tart cherry banyak takut terang sangat warnanya sebab tak pernah guna. Ambil yang luarnya nampak soft colour.

      Delete
  7. sedap tgk menu Hock Kee Kopitiam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far makanan di Hock Kee menepati citarasa kami cuma yang dah tak best kaya butter toast je.

      Delete
  8. Eh..Dania pun dah nak last semester..semester 8 nanti dia intern plak..macam bagus je idea macam ni nak bagi kawan2 dan pensyarah dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah riki riki hadiah yang sesuai untuk mereka.
      Nak intern dah eh Dania.

      Delete
  9. Owh.. nk buat goodies .ingatkan nak buat apa la banyak² gitu . Hihihi

    ReplyDelete
  10. Cuti Isnin sempena Jubli Perak pemerintahan baginda, ammi santai2 lunjur kaki je kat ruamh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best arrr... memang cari peluang kan cuti.
      Ni minggu depan 9hb cuti lagi kan.. yeayyyy

      Delete