Pages

Saturday, December 6, 2025

Habis Dah Cuti Mid-sem Dan Kelas Online

Hantar Kak Widad ke Terminal Bas Klang Sentral. Bas 8 pagi.

Baru dah sekarang.. kena scan boarding pass. Sebelum ni tunjuk je tiket online pada driver bas. 

Print boarding pass kena bayar RM1.70. Staff kata kalau beli dari Easybook dah ada QR boarding pass. Ibu ada je account Easybook tapi Kak Widad beli sendiri dari platform Redbus.

Penumpang je boleh masuk platform. Sebelum ni sekampung boleh hantar sampai depan pintu bas takpun sampai seat😆

Jenuh juga lah Kak Widad nak heret beg. Ada satu lagi beg besar isi air fryer dan barang lain.

BFF Kak Widad, Raven ni pulak jam 8 baru sampai... Kak Widad yang kalut.. nampak je Raven terus turun bas pi tolong angkat barang masuk kabin.

Ibu bekalkan nasi putih, sayur campur dan ayam masak merah. Masak banyak boleh makan dengan housemate nanti.

Sambal dah siap masak malam tadi, pagi tinggal goreng ayam dan masuk semula dalam sambal. Jadi taklah lama masaknya. 

Sandwich tuna untuk makan dalam bas. Kak Widad minta bungkuskan sandwich dan nasi berlauk untuk Raven juga.

Rasa belum sampai Shah Alam dah habis sandwich😁. Kat rumah memang taknak breakfast lagi.

Jumpa pokok² ni kat parking lot.

Lagerstroemia genus, commonly known as Bungor or Crape Myrtle. 

Pink Shower Tree (Cassia javanica).

Lepas hantar Kak Widad, ibu ayah breakfast tosai kat Mamak HQ.

Tengahari ada jemputan kahwin.

Kembali berdua semula🥹
 

24 comments:

  1. Dah macam naik flight ye bas sekarang canggih dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. kat Klang Sentral ni baru je implement.. kat TBS dan Shah Alam dah lama.

      Delete
  2. Senang sekali nak beli tiket bas. Semua dah serba canggih, scan je QR. Lepas tu boleh add insurance sekali. Ada geng kak Widad balik. Rezeki Raven dapat bekal juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Senang boleh beli online.. beli relax² pilih seat. Cuma QR tu lah.. certain platform kena print pulak.
      Kebetulan Raven pun nak balik sama.. Kak Widad seat single.. Raven kat sebelah sana.

      Delete
  3. canggih nak naik bas sekarang ye..ada orang kenal teman,kurang sikit risau hati ibu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga ada kawan... lama trip tu, 11 ½ jam baru sampai rumah sewa.

      Delete
  4. Assalamualaikum, salam perkenalan..
    Cantik dan bersih terminal bas Klang sekarang.. Canggih juga fasiliti yang ada.. tak macam dulu serba kekurangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. salam perkenalan juga LZ.
      Terminal bas Klang masa awal² memang cantik...ada 2 terminal.A & B. Yang B khas untuk Sani Express. Yang terminal A lama² tak terjaga, kedai pun tak banyak. Hidup segan mati tak mahu huhu.. Sekarang semua kat terminal B. Nampak lebih hidup sekarang.

      Delete
  5. Canggih ye, macam naik flight dah kekdahnya. Terkulat² la Acik PH nak naik bas kalau gini hihi ...
    Bagus Kawi, ingat kawan 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... nak pi mana tu naik bas😅
      Mujur Stesen Klang Sentral ni tak besar sangat... tempat print tiket dan scan boarding pass tu dekat je...😁
      Cuma yang tak best tak boleh tolong angkat beg ke bas.

      Delete
  6. Alhamdulillah ada geng.

    Kat Putrajaya pun gini jugak stesen basnya. Penumpang je boleh masuk dalam tempat menunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yang dah canggih macam kat TBS dan Shah Alam S17. Klang Sentral je baru nak mula bila semua bas express ditempatkan kat terminal Sani Express.

      Delete
  7. Senang dah naik bas sekarang..tiket pun boleh cari online je..dulu masuk je bulan puasa, dah book tiket raya..takut takde tiket nak balik nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. lambat kalu... naik bas tambahan😁
      Sekarang dihujung jari.. bila dah buka route boleh terus beli.

      Delete
  8. Hari tu nk beli tiket bas espress guna apps tp rugi jugak mak & bapak dah boleh guna rate warga emas, tu yg queue jugak la di kaunter, rasa macam ketinggalan zaman pulak kena queue kaunter, hihi.. tp nk beli rate warga emas guna apps xtau pulak caranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beratur jugalah tu nak dapat rate warga emas. Kalau bas tak reti tapi kalau ETS kena register dulu. Untuk warga emas, student dan OKU.

      Delete
  9. Wah sarapan bersama jiran di dalam bas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih.. adalah kawan sembang sekejap, lepas tu masing² zzzzzzz😁

      Delete
  10. Oooo bas canggih mcm ni ke Pantai Timur je...patut la x jumpa yg ke JB..ke ada tp SA x perasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. akak perasan gak... bila hantar budak² ni kat stesen bas nampaklah bas² yang ke pantai timur kebanyakannya canggih² dan nampak baru compared to yang ke utara dan selatan. Masa Rahimi dan Widad naik bas ke JB ada gak diorang komplen.. bas tak macam yang ke Ganu.

      Delete
  11. Aiiih sepi kalau anak2 dah balik asrama ya kak...😁. Saya belum merasakan lagi, tp jika mereka pergi sekolah saja, memang rumah sepi langsung.

    Red bus saya juga suka pakai, jika booking bus tiap ke Malaysia. 👍

    ReplyDelete