Pages

Friday, December 19, 2025

Satu Malam Di Chulia Heritage Hotel

Barulah rasa masuk Penang bila ada gambar Jambatan Pulau Pinang. Sayang juga dah tiada perkhidmatan feri.

Dari sekolah Wafi ke Chulia Heritage Hotel mengambil masa 1 ½ jam sahaja. Kat sekolah baru book hotel sebab awal² tak confirm lagi, nak tunggu consent Wafi samada nak bercuti atau balik rumah terus.

Masa kami sampai tu lebih kurang jam 1.15 pm, dan bilik belum siap. Check in jam 2 pm.

Bilik semua di tingkat bawah. 
Tingkat atas lebih pada dorm with sharing toilet tapi sekarang dalam renovation.

Staff bernama Dayang yang sangat friendly dan helpful walau baru sebulan kerja di sini.



Hotel ni ada sediakan parkir.


Hotel berdekatan dengan Armenian Street yang terkenal dengan lukisan mural walking distance je dalam 10 minit berjalan kaki. 

Krismas hampir sampai. Patung Gingerbread ni di setiap tombol pintu yang berpenghuni.

Bilik petite je😃
Satu malam RM118.80 melalui Booking.com

Deposit RM100, sebelum check out staff check bilik dulu sebelum pulangkan deposit.

Pancuran mandi tu bila buka² pintu atas kepala. Masa mandi toilet bowl dan sinki basah.

Muatlah untuk solat  in between almari dan katil. Ayah cam biasa tidur bawah, kebetulan ada comforter Wafi.

Plug point mencukupi... walau bilik kecil ada 6 plugpoint termasuk untuk TV dan kettle.

Iron dan iron board betul² di sebelah receptionist. Guna je lah kat situ. Kalau letak dalam bilik pun tak muat.

Kelengkapan air disediakan tapi tak sempat buat air pun. Jajan² beli kat 7E. Ada juga Family Mart. Dua²nya dalam beberapa ratus meter je dari hotel.
 

No comments:

Post a Comment