Pages

Sunday, December 14, 2025

Kermes MTS

Kermes Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah diadakan dari 12 - 14 Disemebr 2025
Kita support lah aktiviti tahfiz yang merupakan jiran selang 2 lot.
Kermes ni dalam Bahasa Turkiye... kita panggil Bazar dan ada juga dipanggil Jualan Amal.

Anak-anak tahfiz yang sediakan makanan.

Ibu ayah pergi semalam lepas solat Zohor. Kiranya nak lunch kat situ.
Saing dengan Cik Baya sekeluarga.

Jualan menggunakan kupon. Jadi beli kupon dulu di kaunter. Kupon pun bukan jenis macam kat sekolah, pakai kertas dan chop. Kat sini kuponnya berkualiti. MTS ni kan international tahfiz jadi nampak serba-serbi nya moden.

Makanan Turkiye yang dijual pun pelbagai ditambah juga beberapa makanan Malaysia. Dessert seperti kunafa, baklava, cheesecake dsb pun ada cuma kami tak beli.

Ambil gambar menu air je.

Osmanli Serbetti

Minuman tradisional Turki yang kaya rempah dari era Kesultanan Uthmaniyyah, terbuat dari rebusan bunga-bungaan (terutama mawar), buah-buahan (seperti delima, anggur, lemon), dan rempah-rempah seperti kayu manis, cengkih, dan jahe, yang disajikan dingin sebagai minuman penyegar, simbol penghormatan, serta kaya manfaat kesehatan dan aroma, seringkali berwarna merah keunguan. 

Sedap... rasa refreshing.

Kumpir Carbonara
Kentang Bakar dalam ada campuran ayam carbonara dan cheese.
Packaging pun bukan biasa-biasa.

Ayam gunting, ni menu Malaysia πŸ˜†

Kumpir ni display atas meja, ada topping jagung dan acar kobis.

Ibu ingatkan bunga rosπŸ˜…

Alya dan Dina.

Mojito

Kunafa.. tak sempat nak rasa sebab ayah sekali ngap je.

Kebab Doner
Beli daging dan ayam

Makanan yang dibeli semua sedap.
Puas hati makan kat kermes ni.

7 comments:

  1. Replies
    1. Haah.. betul.
      Kalau pakai kertas biasa pun dah ok sebenarnya. Cut cost.

      Delete
  2. Replies
    1. Ada banyak lagi menunya.. tapi beli mana yang teringin je.

      Delete
  3. acar kobis rupanaya yg warna pink tu, ingatkan bunga kertas dia tabur atas tu.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Wahhh festival makanan turki la....dulu teringat makan kat Turki ada nasi warna kuning2....ke gandum....tapi sedap juga....kebab tu ok la boleh la makan kan....kumpir tu kalau nak try pun sikit je dulu....rasa ok baru try banyak.

    ReplyDelete