Pages

Saturday, December 20, 2025

Makan Malam Di Medan Renong Padang Kota Lama

Dari depan Pasar Chowrasta kami naik Grab (RM6) menuju ke Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama.


Pasembur Gani, ambil 2 pcs cucur udang kecil, 1 pc cucur kosong, 1 pc tauhu dan 1 pc kentang berharga RM16.

Peniaga tambahkan  carrot dan timun.

Samalah macam makan sebelum ni, kuah manis. Cicah² je lah.

Sotong kangkung, RM16

Air yang diambil. 
Tembikai laici tanpa gula tu sedap, terasa refreshing.

Jom makan.

Wafi order megi goreng.... camni je.. dia kata. Kosong takde sayur. RM6

Nyaman medan selera ni sebab ada kipas besar dan kedudukannya pun tepi laut.

Lepas makan, ambil angin.


Laluan pejalan kaki.

Budak² suka betul bila corak² ni bertukar dan bergerak².

Canggih.
Lampu² tu yang keluarkan corak atas laluan pejalan kaki.

Dah kenyang, ajomlah balik.
Ambil Grab RM5 sahaja.
 

7 comments:

  1. Wah, pekena pasembor Ghani. Zaman Fuad kerja di Penang banyak kali dia bawa kami makan di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo Fuad dah tak keje Penang eh.. kalau masih ada sana mesti Kak Amie akan gi Penang.

      Delete
  2. Sejenis tak makan sayur jugak Wafi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia makan sayur Cie... tapi dapat megi goreng tu kosong, nampak lah dia tak puas hati.

      Delete
  3. Senang pergi dengan grab..kalau bawa kete, jenuh cari parking..lama nya Linda tak p Padang Kota tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Linda... Penang tu agak hazab juga parkingnya.

      Delete
  4. mahalnya megi goreng kosong camtu sampai rm6...
    dulu masa kakak saya blajar penang, kami slalu makan pasemboq ngan sotong kangkung kat padang kota ni. cuma skrg dah lama tak gi padang kota, tktau kedai tu masih ada atau tak

    ReplyDelete