Pages

Thursday, September 18, 2025

Takut Api

Wafi ni baru nak belajar masak semula. Nak masak tapi takut api. Tak sure ada trauma ke tidak. Sebelum ni ibu ada belikan periuk elektrik serbaguna.

Adalah 1-2 kali Wafi guna sebelum masuk asrama. Masak pun simple macam panaskan coklat buat roti coklat. Kalau nak goreng-goreng nugget ke dia masuk dalam air fryer je. Periuk ni ibu guna bila berdua dengan ayah. Senang masak pakai ni sebab masak pun tak banyak.

Beberapa hari lepas Wafi nak goreng onion ring tapi kakak kata kurang sedap kalau masuk air fryer. Kakak plak malas nak gorengkan jadi ibu cadangkan gunalah induction cooker jadi tak ada api keluar. 
Wafi kata nak try.

Dia punya takut tu nak masukkan onion ring pun pakai sudip. Tak berani masukkan guna tangan. Ibu cakaplah.. masuk pelan-pelan, jangan campak. Dia insist pakai sudip je.
Takpe lah pelan-pelan. Api pun guna P3 je tu. Belum berani laraskan lagi tinggi. Ok je guna P3 sebab onion ring tu nipis je cepat garing.

Lulus dah goreng frozen food. 
Masakan lain tak tau lah bila dia nak try. 

2 hari lepas buat bubur nasi dalam periuk, hangit sikit katanya.. nak buat masker. Laaa pulak.....

Tuesday, September 16, 2025

Hidangan Nasi Kuning Di Hari Malaysia

16 September 2025
Selamat Hari Malaysia.
Hari terakhir cuti empat hari sob sob 😪

Teringatkan Wafi gemar makan Nasi Kuning jadi ibu buatkan hari ni. 

Untuk melengkapkan sajian Nasi Kuning, ibu hidangkan bersama
  • Sambal Sotong
  • Ikan Siakap goreng
  • Terung goreng
  • Telur rebus
  • Bilis dan kacang goreng

Monday, September 15, 2025

Filem Tabayyun

Tak ada apa nak buat hari ni, jadi ibu tonton filem dari Indonesia, Tabayyun.

Mengisahkan Zalina (lakonan Titi Kamal) ialah seorang ibu tunggal membesar dan menjaga anaknya, Arka, sendirian. Kehidupannya menjadi rumit bila Arlo, anak majikannya, mula menyimpan perasaan terhadap Zalina walaupun dia sudah dijodohkan dengan Arum. 

Walau begitu, Zalina cuba menjaga jarak disebabkan pandangan masyarakat dan masa lalu yang disembunyikan. Apabila Samira (ibu Arlo) mengetahui tentang Zalina, beliau meminta bertabayyun (meminta kejelasan) terhadap hubungan tersebut dan mendedahkan kisah silam Zalina yang mengejutkan semua pihak. 

Watak Arum yang cantik seorang yang sangat memahami.. biasa filem ada watak perempuan penggoda dan jahat tapi tidak bagi filem ini. 



Maksud tabayyun ialah proses menyelidik, menyiasat, memeriksa, dan mengklarifikasi sesuatu perkara atau maklumat sebelum mempercayai atau menerimanya. Secara ringkas, ia adalah usaha untuk "memeriksa dan mengulang pemeriksaan" (check and recheck) terhadap sesuatu maklumat untuk memastikan kebenarannya dan mengelakkan salah faham atau fitnah. 

Dalam bahasa Arab: 

Kata ini berasal dari perkataan tabayyana-yatabayyanuu-tabayyunan yang bermaksud mencari kejelasan tentang sesuatu sehingga jelas keadaannya.

Secara istilah:

Tabayyun adalah kaedah dalam tradisi Islam untuk membezakan antara yang benar dan salah dalam menerima maklumat. 

Ia merupakan tindakan teliti dalam meneliti kesahihan berita atau informasi sebelum membuat keputusan atau menyebarkannya

Sunday, September 14, 2025

Mandi Kolam Pak Ngah

Sepanjang cuti 4 hari ni nak kata tak kemana pun tak juga... keluar rumah juga untuk gathering adik beradik. Ayah sudah book kan homestay yang ada kolam mandi khas buat anak² buah. Bercuti jugalah walau tak jauh dari rumah dalam 20-30 minit. Homestay uncle Wak Sir di Bandar Tasik Puteri.

Owner dari syurga, walaupun book 1 malam Sabtu/Ahad tapi Jumaat petang dah boleh masuk. Manakala check out Ahad malam. Disebabkan anak² buah Jumaat sekolah sampai petang, Jumaat malam lah baru masuk homestay.

Lalat belum bangun tapi budak² ni dah mandi kolam. 

3 Jemputan Kahwin Hari Ini

Hari ni dapat penuhi 3 jemputan kahwin. Mujur juga ketiga² event tidak begitu jauh antara satu sama lain.

Jam 11 pagi baru ibu dan nenek bergerak dari homestay.

Jemputan pertama rakan sekerja ibu. Majlis di The Valley, Meru.

Saturday, September 13, 2025

Aktiviti Anak²

Walaupun cuti panjang dan tiga² anak ada di rumah tapi masing² sudah ada program yang diatur.

Kak Widad follow Cik Elis dan Cik Zie gi panjat Gunung Angsi. Intan ikut sekali.. seronok lah dia dapat panjat gunung kat Malaysia. Beberapa bulan lepas panjat Gunung Sinai di Kaherah. Nampak je rupa ustazah² tapi aktiviti lasak dia sepupu lain pun kagum. Satu lagi mungkin membesar dengan 4 orang adik beradik lelaki.

Bawa Nenek Ke Jemputan Kahwin

Jam 11 lebih tadi sampai dah ke Gerbang Hall Meru. Ibu bawa nenek menyantuni majlis perkahwinan anak En. Hanafiah dan isteri. Ibu tak kenal, ini kenalan nenek yang merupakan pemilik bengkel motor. Bila motor nenek ada masalah ke situ nenek hantar. 

Sarapan Bakwan @ Cucur Sayur

Selamat berhujung minggu semua.
4 hari cuti kan... pasti ramai yang sudah mempunyai perancangan utilise cuti yang panjang.

Pagi ni ibu buat sarapan Bakwan @ Cucur Sayur sahaja. Tinggal berdua dengan Wafi jadi masak pun ringkas.. ehhh.. biasa pun ringkas je😆

Wednesday, September 10, 2025

Sweet² Time

Lepas ofis ibu sesaja me time di Setia City Mall. Kununnya selesai monthly closing dan sebelum buat task yang lain. Sambil tu nak cari baju jalan juga.

Ibu masuk Ah Cheng Laksa dulu.

Makan ini je buat alas perut.
  • Mini Popiah
  • Soya Cincau
Tak nak makan berat sebab Kak Widad dah masak special.

Sunday, September 7, 2025

Ahad Nak Santai²

Pagi ni kelekaran je lepas Subuh. Wafi call awal... nak breakfast katanya. Menu Ahad adalah nasi lemak. Hari ni Kedah cuti ganti Maulidul Rasul hari Jumaat ritu.

Disebabkan malam tadi baca blog Cie yang bersarapan lempeng cicah sardin, pagi tadi ibu buat juga. Bila teringin tu kita kasi jadi. Mujur ada lagi tepung dalam container. Sardin ada satu tin besar jadi masaklah semua. Boleh buat lauk tengahari.

Family Day 2025 - Day 1 : Bernam Nature Hut

Entry 1

Ini kali kedua Family Day diadakan di Bernam Nature Hut. Pertama kali 3 tahun lepas, tahun 2022. Keadaan sama je tak berubah. Kali ini datang, crowd agak kurang.

Gambar-gambar ni random je lah.. malas pula nak susun.

Jam 9 pagi Cik Cha dah sampai dulu. Unloading barang.

Saturday, September 6, 2025

Lama Tak Briskwalk

Pagi ni paksakan diri juga briskwalk. Bila check Strava last BW 9/8/25.. entah apa yang di busy kan bila weekend.

Keluar jam 7 pagi tu yang bila pusing dua kali tasik dah terasa bahang.

Ambil route bawah pokok nak redup².

Friday, September 5, 2025

Makan Malam Ayam Gepuk Kebun

Hari ni cuti sempena Maulidul Rasul tapi ibu kerja ganti cuti raya puasa ritu. Cuti gantian terakhir. Balik kerja singgah rumah ambil ayah dan singgah rumah nenek ambil Bami pulak. Ajak nenek, Aqil dan Amira sekali makan.

Cuaca elok namum ada pelangi pula. Amira yang tunjuk tadi.

Thursday, September 4, 2025

Laksa Untuk Makan Malam I Haiwan Peliharaan



Ni Kak Widad yang masak, katanya teringin makan laksa. Bahan² semua beli sendiri, pergi Econsave dengan nenek dan Cik Biela.

Monday, September 1, 2025

Makan Malam Di Taste Of Pakistan

Seharian di rumah hari ni, nak nap pun tak boleh. Walaupun cuaca agak redup terasa bahang juga. Tu yang petang ajak semua makan kat luar. Dinner terus sebab tengahari tak masak. Masing² kenyang makan nasi goreng.

Taknak makan berat sangat, jadi Taste Of Pakistan jadi pilihan. 

Milo ais, teh tarik, Teh Pakistani dan Teh Masala.

Family Day 2025 - Day 1 : Sarapan Di Kedai Makan Ayah Din

Ini cerita Family Day Shohari Clan yang diadakan pada 30/5/2025 sehingga 1/6/2025 yang diadakan di Bernam Nature Hut.

Baru sempat update.

Sabtu 30/5/2025 kita mulakan perjalanan Family Day seawal jam 7.45 am. Keluar awal untuk mengelakkan jammed yang dijangka sempena cuti 3 hari, weekend bersambung Hari Keputeraan Agong.
Perjalanan mengambil masa sejam ke Tanjung Malim. 

Seperti biasa bila jalan jauh ni, kami gemar singgah ke sesuatu tempat sebelum sampai ke destinasi. Kali ni singgah pekan Tanjung Malim untuk bersarapan dahulu. Search dulu kedai makan yang dapat rating tinggi. 
Exit je PLUS ke Tanjung Malim menuju pekan disajikan mural ni.

Santai² Di Bulan Baru

Hari terakhir cuti 3 hari.
Malas nak buat apa².. kunun pagi tadi nak golek² atas katil tapi tak boleh juga. Buatlah sarapan sikit.

Roti putih tinggal 4 keping dan semalam dapat 3 biji telur dari kenduri.  Telur tu ibu lenyek² kan bubuh blackpepper dan serbuk cheese. Mayonnaise habis pula. Tambah sikit air suam supaya tidak terlalu kering. Salutkan telur yang dikocok² dan masak atas pan yang dilenserkan butter.

Jadilah sandwich telur.

Nasi goreng belacan ni ibu tambah carikan ayam leftover beli di AEON sabtu lepas. Taknak pedas sangat, 7 biji cili padi ibu tumbuk kasar je. Letak carrot dan kobis. Biasa goreng nasi ibu bubuh sos ikan/sotong je tak bubuh garam.

Kopi susu... guna kopi serbuk cap Kapal Api. Tak habis² kopi tu sebab biasanya minum 3 in 1 je.

Ajom lah sarapan.

Santai² di hujung minggu.