Setelah sebulan berpuasa, hari ni kita meraikan hari kemenangan.
Hari raya puasa 2021 disambut semasa musim Perintah Pergerakan Kawalan PKP 3.0
Tahun 2020 disambut pada Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat PKPB. Masa tu bolehlah beraya tapi dihadkan kepada 15 orang (kalau tak silap) pada satu2 masa.
Kali ini tidak boleh beraya ke mana-mana.
Dah rumah pun banyak sofa maka kita posing2 je lah.
Jam 8.30 kami sudah bersiap-siap untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri.
Teks tu dari JAIS.
Dimasak : nasi impit, nasi tomato, ayam masak merah, gulai daging dan acar.
Dibeli : ketupat palas dan serunding
Ditapau dari rumah nenek : lontong, kuah kacang dan sayur lodeh
Diberi : lemang
No comments:
Post a Comment