Pages

Wednesday, May 19, 2021

Apa yang dibuat cuti HRP PKP

Fizikal dan mental dah bersedia bila kerajaan umumkan PKP di seluruh negara. Sebelum tu memang Selangor telah diisytiharkan PKP memang tak boleh ke mana. Ini bagi mengekang penularan wabak Covid19 yang semakin membimbangkan.

Tak susah pun sebab tahun lepas PKPB pun tidak boleh beraya. Jadi dah ada experience. Kami tidak mengunjungi saudara mara. Hanya rumah mak sahaja.

SOP tidak membenarkan beraya ke sana ke sini. Hari ke dua ibu mula berpuasa. Raya ke tiga tak puasa sebab nak masak nasi lemak sambal udang.. so kena makan sedap hahah... Raya ke 4 buat bihun sup.

Sabtu dan petang ahad kami beriadah.  So kita berjogging je lah.

Sabtu tu kami ke taman tasik Puncak Bestari. Waktu nak sampai tu pelik gak sebab takde kenderaan parking.

Sekali dah kena seal oleh Majlis Daerah.

Macamana tu.... kerajaan benarkan beriadah tapi taman tasik tutup🤔🤔🤔🤔

Kesian pada kakak Widad dah berminggu2 nak berjogging. Minta dia cari taman terdekat.

12 minit je dari Puncak Bestari.

Open je taman tasik ni.


 Cantik taman ni cuma ramai budak-budak muda lepak. Satu pusingan dalam 1km lebih. Buat 4 kali pusingan dapatlah 4.6 km macam tu. Tak boleh lama sebab almost 7.10 pm


Ahad petang kami sampai awal sikit.. ramai gak orang.. yang budak2 motor pun sama.melepak.. preng2 sana sini. Bila polis peronda sampai memcicit lari. Yang melepak2 pun angkat kaki. Hurmmmm... korang ni tak ikut SOP lah.. tak dapat beraya melepak2 pulak dengan kawan-kawan. Tiada penjarakan sosial... tiada memakai mask.. hurmmm

Lari bila polis sampai.. takut polis tapi tak takut covid. Dari melepak2 korang jogging je lah beramai-ramai, dapat keluarkan peluh. Tapi still kena jaga jarak.

Ok... itu je leteran.

Habislah 4 hari cuti raya. Sambung semula hari Isnin. Cuti paling lama lah gitu 9 hari start dari 9-17.5.21


No comments:

Post a Comment