Wafi dari puasa haritu rekues nasi lemak. Tanya lagi semalam. Jadi pagi ni ibu masakkan.
Inilah set nasi lemak yang tersedia. Sambal kosong dan sambal udang. Masak apa yang ada je lah since kedai berdekatan pun tak buka lagi. Jadi takde lah bilis dan timun.Ini pun Wafi menambah-nambah. Lapar katanya bila bau nasi lemak dan sambal.
Buat lebih agar boleh dimakan sepanjang hari. Tidak perlulah asyik memasak sepanjang hari (mode malas sebenarnya😊😊😊)
Ini ibu ulang makan waktu tengahari. Ada tambahan pucuk ubi rebus yang diambil dari rumah nenek. Benda dah masak kan.... minta je lahðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Telur rebus tu masak kat Noxxa 2 HP.. mungkin terlebih pressure. Tu yang menggemuk semacam hahah
Antara nasi lemak yang menjadi. Susah sangat nak dapat yang perfect. Lembut dan berderai. Ini sebab guna beras basmathi jadi ikut measurement yang tepat.
Resepi Nasi Lemak
Bahan-bahan
1. 6 pot beras Basmathi Pusagold Steamed 1126
2. 7 1/2 santan (nisbah beras dan air 1 : 1 1/4)
3. 1 1/2 SK garam
4. 2 inci halia mayang
5. 5 helai daun pandan disimpul
Cara-cara
1. Beras basuh dan rendam 30 minit
2. Toskan sehingga kering
3. Masukkan beras dan bahan-bahan lain dalam pot Noxxa. Kacau rata
4. HP 7 minit
5. Bila dah bunyi beep biarkan sehingga wap keluar semua
6. Buka penutup dan kuis-kuis nasi dari tepi ke tengah.
Nota : kalau guna santan kotak, tambahkan 1 SB minyak agar nasi lebih berkilat.
Resepi Sambal
Bahan-bahan
1. 30 pcs Cili kering blend (sederhana pedas)
2. 5 biji Bawang merah besar blend
3. 1 labu Bawang putih blend
4. 5 helai Daun pandan
5. 1 keping Gula nise/putih
6. Garam
7. Perasa
8. Minyak masak
9. 3 pcs Asam gelugur
Cara-cara
1. Panaskan minyak masak
2. Masukkan daun pandan, bawang putih dan bawang merah dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah cili blend dan masak sehingga naik minyak. Masukkan 3 kali air sehingga cili masak.
4. Tambahkan gula, garam dan secukup rasa juga asam gelugur
5. Masak sehingga warna bertukar gelap dan berkilat
6. Adjust rasa sambal
Nota
1. Sambal kena lebih minyak agar ia betul-betul masak. Bila dah masak boleh diceduk lebihan minyak untuk memasak mi, nasi goreng dan sebagainya.
2. Sambal perlu ada rasa lebih manis. Masin dan sedikit masam.
3. Sukatan sambal adalah agak-agak sahaja.
No comments:
Post a Comment