Petang tadi keluar ke pekan Kapar. Niat di hati nak survey langsir kot ada yang berkenan nak belikan nenek. Ada few choices yang harga mampu milik.
Masa sampai jam 5 pm tu cik Fatin dah siap kemas dan mop. Cepatlah kerja ibu camni. Minta kak Widad gosokkan langsir sementara ibu masukkan cangkuk. Cik Fatin gantung pula. Kerja buat sama-sama cepatlah siapnya. Dekat jam 7 pm baru siap.
Selepas terawih lap2 cermin dan meja. Basuh bunga2 orkid. Lapang dah almari nenek. Minta anak2 buah tolong apa yang perlu. Alhamdulillah masing2 ringan tulang.Tinggal nak pasang karpet dan meja kopi je. Sementara ni biar lapang. Senang cucu2 nenek nak main.
Siap awal dah boleh relax2 nanti.
Tinggal masak juadah raya sahaja.
No comments:
Post a Comment