Pages

Sunday, August 31, 2025

Ambang Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan Ke 68

Cerita semalam Sabtu.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, ibu ayah akan bawa anak-anak untuk datang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Selangor. Tahun ini Ambang Kemerdekaan jatuh pada hari Sabtu tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pada hari bekerja.

Selepas beli barang Wafi di AEON Mall Shah Alam, terus ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Jam 6.10 pm sampai, orang ramai mula memenuhi spot berhampiran pentas utama.

Majlis Kahwin Di Paut Event, Sijangkang

Hari ni lepas hantar Wafi di KTM, ibu ayah terus ke Sijangkang, Klang bagi menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu ibu. 

Najah Alyaa bersama pasangannya, Muhammad Firdaus. Pagi tadi diadakan majlis pertunangan diikuti dengan akad nikah. 

Lahaiiii.... besar² dah anak buah semua.

Tahniah Alyaa dan suami.

Semoga mawaddah sakinah warrahmah❤️

Acik Atim, sepupu ibu dari Subang. Jumpa waktu nak balik jadi tak sempat berbual lama sebab mereka sekeluarga akan ke Pahang pula.

Acik Ani dan Cik Hadi, ibu bapa pengantin perempuan.

Sementara tunggu pengantin sampai, sempat jumpa Cik Anim dan Cik  Yan.
Walau rumah sebelah rumah nenek, bukan selalu dapat jumpa.

Menariknya menu majlis hari ni pastinya lemak labu dan ulamnya bendi celur juga sambal belacan. Ada ulam² lain tapi yang menarik perhatian ibu adalah bendi. Lauk kenduri lain seperti ayam masak merah, daging masak hitam dan dalca.

Dapatlah tulis satu entry sementara tunggu tren Wafi sampai SP. Tunggu sampai teksi hantar sekolah baru boleh relax.

Nak juga bawa balik haiwan tu.. buat penuh tangan pegang😬

Saturday, August 30, 2025

Sisters Day Out

Wafi PB 3 malam... Khamis sampai, pagi Ahad dah kena balik sekolah. Ini Abang Imi ambil dari Stesen KTM.
Hari ni ajak kakak jalan². Kakak onz je.. lagi lah dia suka.

Lepas abang dan ayah balik solat Jumaat baru dak dua orang ni keluar. Mereka ke i-City sebab kakak nak bawa Wafi makan di Suki-Ya.

Kak Widad kata berapa kali lah Wafi cakap sedap. Puaslah makan kat sini. Kebetulan belum makan langsung dari rumah.

Ni sesi makan yang aman damai lah kiranya.
auchhhh .... so sweet🤩

Ibu masih tertanya²... kenapa tak ajak abang eh?

Sorang agak feminin.. yang satu lagi masih mencari identiti😁

Suka sangat guna filter.. hurmmm....

Tq Kak Widad bawa Wafi jalan². Masuk i-City semata² nak makan. Ingatkan nak jalan² beli barang.... selamat duit ibu.😁

Petang balik singgah rumah nenek nak tengok baby Hana. Nak main² dengan baby. Wafi geram sebab Hana good girl je... Wafi nak kacau² bagi Hana nangis. 

Ehh... awak ingat Hana tu ciwek macam awak😁

Lepas Isyak Kak Widad ambil nenek dari masjid. Bawa pergi medang kat mamak. Nenek cakap dah lama tak medang. Alamak😃
Bawa sekali Abang Aqil temankan. 

 

Pagi Sabtu

Salam hujung minggu.
Happy sket... 3 hari cuti🥰 dan anak² semua ada di rumah.

Pagi ni ibu masakkan nasi lemak. Ingat nak buat sambal sotong. Bila tengok kat kedai berdekatan rumah, sotong tak berapa nak segar. Malas nak gi NSK, karang banyak lah yang dibelinya. Jadi ibu beli kangkung je. Kat rumah ada kepak pedas frozen, bolehlah buat tambah² lauk. Bilis belah rangup dari Amie's Little Kitchen. Last pack... eman² masaknya😅 

Tengahari nanti tak masak sebab anak² sarapan pun lewat. Petang bolehlah makan kat luar.

Lepas tu nak ke Dataran Shah Alam menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat Negeri Selangor. Wafi dah teruja nak pergi bila tahun lepas tak dapat join. 

Happy weekend semua🤎🤎
 

Wednesday, August 27, 2025

Cuba Tepung Segera Bestari Goreng Cempedak

Masa mula² musim cempedak dijual, nak beli tapi macam tak sempat nak goreng. Weekend banyak tak ada di rumah. Jadi minggu lepas beli jugalah masa balik kerja. Bila dah teringin tu, malam lah goreng.

Kedai buah jual RM6/kg. Tinggal 2 biji je pun.. ambil sebiji dan bila ditimbang 3 kilo lebih. Sebiji dalam RM22.++

Beli cempedak ni nasib-nasib je lah.. mujur buahnya elok, tebal dan manis.

Banyak dapat, boleh digoreng beberapa kali. Masuk dalam freezer.

Pertama kali goreng guna tepung segera. Beli 2 brand, Bestari dan Nona.
Cuba jenama Bestari dulu. Sebungkus ni harga RM4.50 di Kedai Jimart.
Bila guna semua terbanyak pula, jadi simpan dalam fridge, esoknya balik kerja sambung lagi goreng. Cuma kena tambah air sebab dah pekat.

Ini lah kejadiannya. Tergelap sikit sebab tepung ni cepat garing.
Cempedak goreng guna tepung segera ni macam yang kita beli kat luar lah.. sedap je. Cuma bila makan banyak-banyak akan cepat muak. 
Ibu lebih prefer guna tepung gandung dan sedikit tepung beras. Biasanya guna tepung gandum je.

Tuesday, August 26, 2025

Ribut

Kejadian malam tadi lebih kurang jam 9.30 .. masa ni ibu nak masuk tidur dah sebab badan rasa letih. Tiba-tiba dengar angin kuat kat luar rumah. Bunyi zink mancave ayah berlaga-laga. 
Family members dan kawan-kawan pun ada update kat grup. Masa ni takde hujan pun semata-mata angin.
Tak berani nak jenguk keluar... bila buka tingkap sikit terasa habuk masuk mata.. tutup balik.
Dalam 10 minit tu buka sikit tingkap, ambil video.
Nak tidur pun takut.. ye lahh.. takut apa-apa jadi huhu
Rasa 20 minit lepas tu baru hujan turun
Tak lebat tapi masih datang dengan ribut yang semakin perlahan.

Jabatan Metetologi Malaysia (MetMalaysia) ada keluarkan amaran ribut petir yang pada 8.35 malam. Bukan Klang je.. sampai ke Puncak Alam ributnya.
Mujur juga masa kejadian tidak berada di luar rumah.

Garaj rumah Cik Ujang runtuh.. sempat lagi alihkan kereta walaupun dah half runtuh.
Zink tu jatuh kat situ kalau terbang lagi memang kena kereta Axia.
Kawan ada beritahu bumbung rumah jiran diterbangkan ribut dan ada kereta rosak akibat pokok tumbang.

Monday, August 25, 2025

Naik Pangkat

 


24/8/2025 secara sah ibu dah jadi nenek.
Naik pangkat atas kelahiran cucu sulung, baby perempuan kepada Abang Muhammad dan Kakak Fareha🥰

Adik-beradik ibu sedang memikirkan panggilan diri apa yang sesuai.
Ada yang taknak panggil diri nenek sebab terasa tua 😁
Maklum lah usia mereka baru 20 - 40 an.

aishhh... tunggu je lah panggilan apa yang keluar nanti.

Ayah gelarkan diri tokngah, ikut style Kedah.
adoiii..... takkan ibu kena jadi tokngah juga 😅