Pages

Tuesday, April 30, 2019

Kurma Telur

Kurma Telur
Bahan2 tumis
1. 1 biji sederhana bawang besar - dimayang
2. 2 ulas bawang putih - ketuk dan potong2
3. 1 inci halia - mayang
4. 3 sekawan (bunga lawang, pelaga dan kayu manis)
5. 1 tangkai daun kari - daun sahaja
6. 1 paket rempah kurma
7. Santan
8. Minyak untuk menumis
9. 5 biji telur
10. 1 biji kentang

Cara2
1. Rebus telur kemudia kupas kulit
2. Goreng sebentar dan ketepikan.
3. Panaskan minyak
4. Masukkan bahan 1 hingga 5 berturut2, tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Biar mereneh sekejap.
6. Masukkan telur dan kentang.
7. Agak2 kentang dah masak, masukkan santan. ( Ibu guna susu cair je sebab takde stok santan)
8. Perasakan garam dan gula.
9. Didihkan sebentar dan tutup api.

Monday, April 29, 2019

Kek Coklat Moist

Lepas buka tadi tiba2 teringin makan kek coklat. Google dulu resepi.
Minta Bami gi kedai beli telur, susu cair dan gula. Bahan lain dah ada. Kena buat juga waktu berkeinginan... kalau tak akan malas dan tak akan buat😁

Kids seronok bila tau ibu nak buat choc cake.


Kek Coklat Moist
Bahan2 A
1. 1 cawan serbuk coklat
2. 1 cawan susu pekat
3. 1 cawan susu cair
4. 1 cawan minyak masak
5. 1 cawan gula pasir (3/4 cawan sahaja)
6. 3 biji telur

Campurkan semua bahan di atas dan blend/mix selama 5 minit (guna whisk sahaja sebab tak jumpa blender😂😂😂 dan wayar mixer tikus plak dah gigit2😢😢)

Masa ni dah boleh panaskan kukusan.

Bahan2 B
1. 1 1/2 tepung gandum
2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
3. 1 sudu kecil baking powder

Bahan di atas ayak sekaligus.

Cara2
1. Masukkan bahan A dalam bekas besar
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kaup balik sahaja
3. Tapis dan masukkan dalam loyang (mula2 tapis tapi lambat lah pulak.. sebab dah penat.. masukkan je dalam loyang.. tu yang nampak ada bintil tepung.. tapi takpe.. boleh cungkil keluarkan😀)
4. Kukus selama 1 jam/60 minit😁 api sederhana.

Topping coklat
1. 250g coklat masakan
2. 1/4 susu cair
3. 1 sudu besar minyak masak (untuk kilatkan topping)
4. Coklat rice atau cip

Masukkan bahan 1-3 dan masak secara double boil.

Curah atas kek yg sudah suam dan taburkan coklat rice/cip.

Sedia dihidang😍
 Ni masa 1/2 way masak... lap tudung periuk taknak bagi wap air turun atas kek.. bila dah masak kembang lagi.

Ada plak bintil tepung... is alright... cungkilkan je😀

 Topping double boiled.

Terus curah topping sebab nak keluarkan kek susah plak.. lupa nak bubuh baking paper😁

Tak jadi hal... kek menten moist. Resepi ni kurang manis sebab dah kurangkan gula.

Malam ni habis 2 potong.. owhhh... bertambah kalori malam ni.
Ok. esok boleh puasa😶

So esok Kawi & Wafi boleh bawa bekal kek🤗


Sambutan Hari Guru 2019 SKBK & SRA BKT

Tahun ini sambutan hari guru diadakan awal berbanding 16 Mei yang jatuh pada bulan puasa.
Latih anak2 beri cenderahati dengan ikhlas. Ye lah... walaupun cikgu2 ni tak minta hadiah tapi didik anak2 untuk beri ucapan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar.

Macam biasa... ibu pecah kepala juga memikir nak beri hadiah apa...kalau dulu zaman sekolag bagi sabun mandi buku atau tisu kotak sebab masa tu, itu sahaja yang termampu. Beli pun kumpul duit sendiri😥 

Sebab ibu pun belum gaji.. maka marilah mencari di Mr DIY. Cari di Klang Parade.. banyak lah pilihan.

Untuk 11 guru dari SK & SRA.. semua sama je. Sebab beli pun petang semalam.. maka print sahaja ucapan tu.. nak suruh Wafi tulis.. banyak masa pulak nak menunggu dia.

Sebetulnya nak masukkan dalam bekas plastik dan seal dengan reben.. tapi tak muat lah pulak.
Nak beli pembalut pun dah petang... guna je plastik seal Ikea.. susun2.. jadi juga.

 Ini Kakak Widad punya.. tahun ni beli mahal sket sebab dah tahun akhir persekolahan. Food container, buku nota, stationeries, tudung bawal dan coklat. Adalah dia mix & match.

 Ni lah container nya.. kalau masuk coklat mungkin ok. Kalau camtu kena simpan lagi lah bekas2 ni.

Guru kelas Wafi, Cikgu Karim
Mengajar BM, Maths & PJK
Gambar kiriman Cik Ana.
Alahai... kalau teringat kelakar lah pulak.. sebba Wafi dok komplen cikgu bagi homework selalunya banyak😀

Semoa cikgu2 redhokan ilmu yang diajar dan semoga cikgu2 diberikan kesihatan yang baik untuk terus mendidik anak2 murid semua.

Selamat Hari Guru
Cikgu2 semua.

Sunday, April 28, 2019

2D 1N i-Liberty, Shah Alam

Shortbreak before Ramadhan.
2H 1M... kunun nak spent time ler sebab dah beberapa kali ayah ulang alik ke Kulim jaga maktok.
 Pandangan dari Blok C 7-07
Swimming pool di tingkat 2

 Sogo i-City di depan mata😀
Ada link bridge di UG sebab bawah bangunan ni memang sebahagian dari parking Sogo.

Check in jam 3 pm.
Harga booking.com RM100 sahaja
Apartment 1 bilik complete with dapur masak washing machine. Tapi vacay kali ni memang takde masak2... kedai semua dekat dan ibu memang nak relax2 je🤣

Late lunch di Little Nyonya Sogo.

 Sambung plak makan soft ice scream jipangi.  Kids suka lah pulak.

 Ada Sawasdee Thailand. By the way, Sogo ni operated by company from Thailand.

After maghrib turun lagi dinner di foodcourt.
Macam biasa je kat mana2 tempat pun food dia tu.

Lepas tu masuk bilik salji i-City di i-Liberty.
Yang ni bayar RM10 seorang je.. nak rasa salji.
Kalau di i-City berpuluh2 lah juga.
Bukan boleh lama pun... sejuk.

Kakak Widad dan Wafi je masuk.

Salji yang memutih.

Tahan sejuk.

Nak rasa bergambar dengan Queen Elizabeth.
Kawi ingat orang betul... dia kata... cantiknya nenek tu😀 hahahhahaha

Lawaklah lah Kawi.
Tapi memang macam real.

Balik bilik layan Cerekarama Sehelai Selendang Putih.
Dah lama tak tengok movie TV3.
Sebab itu je channel yang jelas.

Pagi masuk gym sebab rasa bersalah semalam makan macam2😂😂

Lepastu belikan breakfast untuk anak2 burung😁

Ayah and Wafi je mandi kat pool.


Check out jam 12 pm.
Nak beli hadiah untuk hari guru esok.

Tunggu next vacay... lepas raya kot😉😉

Wednesday, April 24, 2019

Cara Mengumpul Duit (1)

Jom kita check cara2 yang menyeronokkan untuk kumpul duit😀

Haha... apa yang seronok sangat entah... tapi sebwnarnya sengsara juga nak menyimpan kan.

Cara ni dengan simpan not RM20
Sebab kaler dia oren kan... lawa.

Kalau dapat note ni
1. Simpan terus dalam bekas
2. Kalau dalam purse ada duit RM20 dan RM50 lepas tu barang yang dibeli berharga RM6... pejam mata.. guna note RM50.
3. Kalau keluarkan duit dari ATM RM200 yang mana itu sahaja duit yang ada, kebetulan note yang keluar RM20 sebanyak 5 keping dan selebihnya RM50, sebolehnya simpan semua note RM20 tu tak pun paling maksimum yang kita boleh simpan.
4. Kalau terguna sebab masa tu dalam purse hanya ada note itu sahaja... mesti kena rasa berslah dan cuba untuk top up semula.

Tetapkan sasaran kenapa kita simpan duit.
Contoh :-
1. Jangkamasa setahun tanpa mengira berapa banyak yang perlu dikumpul
2. Nak simpan RM5k tanpa had masa atau RM1K dalam masa setahun
3. Simpan untuk beli barangan yang dihajati
4. Saja2 simpan pun boleh🤣🤣

Ini contoh yang ibu disimpan.... kalau tak silap hampir setahun, berjumlah RM1,300
Yang ni memang tiada sasaran jumlah sebab simpan untuk vacation.

Jadi,  masa ke Terengganu akhir tahun lepas, ibu bawa wang tersebut untuk shopping.. habis juga dalam RM650.

Untuk perjalanan kumpul duit lain pula😭😭😭

Begitu lah kalau kita nak menyimpan... kena ada target disebabkan keperluan melainkan duit dah berlebih2 tak tau nak buat apa hahaha.

Ok.. nanti kita share cara menyimpan yang lain.


Monday, April 22, 2019

Persiapan menghadapi putus bekalan air

Beberapa hari lepas Syabas telah mengumumkan hampir seluruh Selangor dan Kuala Lumpur akan menghentikan bekalan air.
Ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.
Ia akan dilakukan dari 24 hingga 27 April 2019 dan bekalan akan dilakukan secara berperingkat.

Maka bergegaslah mencari tong2 air untuk diisi 😁
 Segala macam tong ada.
Plastik sampah yang dilapik dalam bakul pun boleh. Cari plastik putih tak jumpa pula.
Plastik hitam tu pun ada yg bocor... adeh.. kena isi semula.. tapi plastik yang bocor tu jangan dibuang pula.. jemur dan boleh diguna semula.

2 tong ni pula sebenarnya isi air hujan.. berkeladak dalam tu. Bersihkan molek2 dan boleh isi air letak dalam bilik air.

Perkara lain yang disediakan :-
1. Beli bahan basah... macam ayam. Cuci siap-siap.
2. Sediakan paste contohnya pes kari, sambal, asam pedas dll. Tapi ibu beli yang dah siap je😁. Bila nak.masak tinggal masukkan ayam, ikan, telur atau lain2.
3. Basuh pinggan mangkuk periuk belanga.
4. Basuh pakaian yang kotor.
5. Sediakan air minuman secukupnya. Boleh juga beli air minuman dalam botol. Kan kita ke arah environmental friendly... jadi kurangkan pembelian botol2 minuman.
6. Ingatkan anak2 untuk berjimat cermat gunakan air.
7. Kalau ada tanam bunga-bungaan letaklah di tempat teduh agar tidak perlu disiram dengan banyak air.
8. Petang2 anak2 tidak perlu main yang keluarkan peluh yang banyak... sebab bila badan berpeluh dan panas berpotensi untuk mandi menggunakan air yang banyak.
9. Masak makanan dalam kuantiti yang banyak... packkan dan boleh buat frozen. Bila nak makan tinggal panaskan.
10. Guna pinggan dan cawan pakai buang tapi cara ni ibu tak gemar sebab kisah environmental friendly juga😉 cuba kurangkan/elakkan penggunaan plastik/polisterin.
11. Berpuasa... selain sebagai ibadah dapat juga mengurangkan keperluan untuk ke tandas dan juga aktiviti masak memasak.

Rasanya itu dulu... kot ada yang terfikir boleh tambah.

Saturday, April 20, 2019

Xtvt keluar peluh, birthday treat dan meraikan cinta

Seawal jam 7 am dah siap-siap untuk berjogging.
Dah plan nak ke taman rekreasi, Puncak Alam.

Pagi ni ditemani Ain dan Wafi.
Kakak Widad tak nak join sebab malam sebelumnya balik lewat dari tuisyen.

Dapatlah ibu round 4 kali. Target nak buat 5 round tapi fikirkan ada appoinment.
Hampir sejam juga di situ.

Balik singgah rumah atuk hantar Wafi.

Jam 10 am ada breakfast appointment dengan Mira..
Kira birthday treat lah since hari sebelumnya adalah birthday beliau😘

Mr Dakgalbi.. Korean food tapi ibu rasa dah ditukar citarasa Malaysia.
1st time makan.... rupanya diorang masakkan😀😀
Ambil set 2 orang RM70.. siap boleh tapau lagi.
Disediakan air kosong sebotol. What a good compliment here😊

Sampai rumah dalam jam 1 pm
 Cakap kat Kawi ibu nak rehat kejap sebelum pergi kenduri rumah Teacher Ann.

Amboiiii...  ticer yang sporting.

Aktiviti Sabtu bersambung dengan mengemas2 rumah dan berehat2 je..

Kebetulan nisfu Syaaban 15hb.
Marilah kita menambah ibadah😊😊😊

Friday, April 19, 2019

Tahniah Kakak Widad

Hari ni Kawi naik pentas.
Terima hadiah kecemerlangan 2018 Kelas 4PN3.

Sori tau ibu tak dapat datang.
Malam tadi Kawi baru bagitau😁

Ibu bangga dengan kakak.
Tempat ke 3.

Bersama rakan-rakan sekelas.

Teruskan usaha.. teruskan perbaiki matapelajaraan yang lemah.
Solat di awal waktu.

Semoga anak2 ini dianugerahi kesihatan yang baik... berjaya dunia dan akhirat.
Aamiiin....

Sunday, April 14, 2019

SAHTK April 2019

Kali ni kami berlima je dalam Misi Jom Sihat April 2019.
Kali ni ada Perdana Fun Run sempena Hari Bumi sedunia. 
Penganjur ada sediakan Tshirt dan medal dengan bayaran RM50
Kami tak daftar pun sebab macam biasa nak lari2 keluarkan peluh je.

Cik Ana dan Denin ada sukan SKBK manakala Cik Elis dan ada komitment yang lain.

 Double chin🙊🙊🙊

Masa flag off agak slow sebab peserta larian yang ramai... dalam 5k orang gitu.
MC dah pesan.. lari rilex2 je sebab semua yang mendaftar akan dapat medal😂😂
(Confirm takde meja yang terbalik hikhik)

Ibu macam biasa... lari2 anak je.. juga jalan sebab temankan Wafi.
Sian Wafi... malam dan pagi tadi semangat.. half way dah penat.. ni kalau ada Alma dia tak terasa sangat sebab sambil jalan berdua sambil membawang😀

 Singgah colouring kejap.
Ada beberapa booth ingat nak join xtvt tapi agak ramai pula.

 Persediaan... mula2 nak sangat join sebab Denin & Adam dah potong kayu sebelum ni
.. bila nak sampai turn dia malu plak.. pujuk2 ok lah.

 Guna gergaji paling kecil.. comel je.

 Yayyyy... tahniah Wafi sebab berjaya menyahut cabaran. Banyak pula token untuk kanak2😘

 Wowwww... mereka bertiga berjaya menghabiskan 5km.
Ibu shortcut je sebab Wafi dah penat.
Cantik medal tu weiihhh..

 Ibu pun nak juga. Beli RM15
Kalau kita daftar ritu RM50 dapat Tshirt, medal dan e-cert.
Kalau nak medal kena beli sebab penganjur ada keluarkan sebanyak 400 medal tambahan.. so boleh dapat beserta e-cert.

Cik Ujang beli 3 mula2 tu.. lepas tu beli lagi 2 untuk Denin & Cik Ana...katanya karang berhaduh🤣🤣

Ibu beli 2.. tanda support. Lagi pun sebelum2 ni takde medal pun.. saje buat kenangan. Cik Elis pun kirim satu.


 Happy Wafi dapat satu.

 Breakfast di Piknik Dhuha.
Kali ni tajuk tentang Imunisasi.
Disediakan bihun goreng dan aiskrim Malaysia. Air panas takde🤣

Kelaparan ke tu?

Tak tunggu sampai piknik dhuha habis sebab rasa macam penat sangat.

Salah satu tujuan ke SAHTK kali ni nak buat health screening. Booth Kementerian Kesihatan memang ada tapi takde check kolestrol.. aiseyyy.... tu yang nak tau since last month bacaan 5.8
Agak kecewa lah juga.

Sekali tu bila nak balik baru nampak booth KPJ Shah Alam.. aiseyyyy... nak buat ramai plak yang sedang menunggu giliran.

Takpe lah... tiada rezeki kali ni.
Insyaallah next month.




Friday, April 12, 2019

Hibah tahunan Tabung Haji 2018


Hurmmmm... punahlah harapan untuk belikan Kakak Widad laptop..
Haritu kira2 dok korek sana sinun bolehlah beli i5 atau i3😁

Nampaknya macam kena beli desktop 2nd hand je😥

Sabar dulu lah Kawi..
 Nanti pikirin kot2 sapu2 sampah jumpa duit selonggok.. bolehlah beli laptop untuk kegunaan Kawi (juga ibu.... agak2 macam nak sambung drama korea je😂😂).
6 tahun dah stop.. eh

Monday, April 8, 2019

i-City 2019

Khamis, 28.3.2019
Last minute plan sebenarnya sebab Khamis yang ibu cuti clear leave. Malam takde program. Mylanya ayah ajak ke Putrajaya tengok belon panas.. adeh.. nak sampai jam berapa kalau gitu.
Jadi kita sepakat gi i-City je yang dekat.

 Lampu2 tu masih sama😁
Izzatun memang susah betul nak bergambar.

 Queue naik Disco Ride. Token RM15
Rasanya 3 minit je kot. Nengok pun ngeri.

 Sian Wafi... nak naik ride tapi banyak yang tak lepas sebab ketinggian. Main yang kanak2 pulA macam budak2 sangat. Redho je lah.
Malu2 naik benda tu.

 Kawi dan nenek.

 Muka tak nampak.. kena cari Oppo yang ambil pic malam🤣

Cik Fatin tukang ambik gambar.
Dalam 2 jam di sini.. banyak juga RM keluar.. haishhhh.