Pages
Saturday, April 27, 2024
Hantar Abang Imi
Rezeki Daging Dendeng
Sedap.
Taugeh mentah ibu letak dalam mangkuk dan siram dengan sup kambing panas. Jadilah buat² ada sayur.
Rezeki hari terakhir puasa ganti + sunat, dapat makan daging.. kira dah boleh raya lah ni🤣🤣
Bihun Sup Kambing
Balik rumah terus masuk freezer sebab takde idea nak masak apa. Hari Rabu lepas petang hujan lebat jadi teringinlah makan something yang panas² untuk berbuka puasa hari ke 8.
Tingggg... terus teringat sup kambing macam kat resto mamak. Singgah kedai nak beli perencah sup tapi yang ada peket besar. Mau berapa tahun nak habis.
Balik rumah prep bahan2 yang ada. Tumiskan 4 sekawan dalam Noxxa, masukkan 2 helai daun pandan.
Masukkan bawang merah+bawang putih +halia+ lada putih yang telah kisar. Masukkan daging+tulang, kacau bagi nampak kecut sikit. Tambahkan air secukupnya dan guna HP 35 minit.
Bila cukup masa keluarkan wap dan tambah garam dan secukup rasa. Biarkan mendidih dan daging empuk sebelum offkan Noxxa.
Condiments untuk bihun supWednesday, April 24, 2024
Hidangan Nasi Lemuni di Syawal ke 12
Ahad lepas kami menyantuni jemputan kawan ayah di Precint 11, Putrajaya. Sekali jalanlah lepas Kajang terus ke Putrajaya.
Uniknya mereka menghidangkan Nasi Lemuni. Inilah kali pertama ibu tengok nasi lemuni. Ingatkan nasi ulam tapi kalau nasi ulam pelbagai dedaun dihiris halus. Menurut tuan rumah ia ada campuran daun lemuni berwarna purple dan dikisar untuk ditanak bersama beras.Tuesday, April 23, 2024
Beraya Di Rumah Bella
Saturday, April 20, 2024
Beraya Di Rumah Paksu Shafiq
Alhamdulillah.. puas makan makanan raya hari ini.
Maksu Fatin ni memang pandai masak, sedap hasil air tangannya. Kemahiran memasak dari mak beliau yang memasak untuk katering dan kenduri-kendara.
Majlis Aqiqah dan Jamuan Raya
Turun dari Genting jam 4.30 am. Lajak pula ke Masjid Sendayan solat subuh kat sana. Kemain jauh diorang punya lajak. Breakfast pula roti canai Kakak Cantik @ Kakak Rose. Rasa sampai rumah jam 9 lebih tadi.
Cik Cha yang ada kat rumah Atuk Leh. Cik Biela dah balik dulu.Ibu tak adalah lapar sangat jadi ambik rojak buah, sate 2 cucuk dan 2 keping kek pisang.
Tiba² ada Cik Elis. Baru sampai tu tadi.Version belum ready.Minta Aqil ambilkan gambar.. snap fews, ambik sekeping je🤣Dapat goodie bag berisi berkat makanan, set pisau dan handwash.Next... ke Bandar Seri Putra.
Hantar Widad Pula
Panggangkan ayam dalam airfryer dan masak nasi putih.
Sandwich telur untuk sarapan dan bawa bekal atas bas.
Semoga Allah permudahkan perjalanan jihad menuntut ilmu Kakak Widad.
Tinggal Abang Imi di rumah. Katanya lecturer buat kelas online lagi.
Wednesday, April 17, 2024
Banjir Di Meru
Lagi 1.7 km pun merah lagi. Orang-orang taman mula letak kenderaan di bahu jalan sebab taman-taman lagi cepat naik air.
Tuesday, April 16, 2024
Bagai Pungguk Rindukan Bulan
Ibu rindulah kat awak.
Haritu masa hantar, Wafi dah pesan akan kurang call sebab dah mula sibuk dengan sukan/permainan dan persediaan Ujian Diagnostik 1 (UD1).
Biasa Wafi akan call antara jam 10.30 - 11.00 pm. Jadi ibu kena tunggu Wafi sebelum tidur. Delay sampai 11.30 pm.
Esok tengok camne 🤧
Sunday, April 14, 2024
Sayur Bening Di Syawal Ke 5
- Sayur bening pak choy + brokoli
- Telur dadar
- Sambal belacan
- Telur masin
- Ikan masin
- Buah pelam
Perjalanan Balik Melalui WCE
Beraya Di Rumah Tokwan
Kak Widad tak join sebab belum bersiap lagi.Family Makngah Shila.Family kita dan Tokwan.Abang dan adik sepupu.2 beradik bersama tokwan.
Kami mulakan perjalanan pulang ke Klang jam 1.50 am pagi ni.
Semoga perjalanan lancar dan selamat sampai.
Hujan di pagi hari.
Saturday, April 13, 2024
Hantar Wafi Balik Asrama
Makan Tengahari Di Restoren Taulat
Ini yang kami order.
- Pasembor
- Maggie goreng
- Mi sotong
- Mi goreng
- Mi rebus
Kakak tak nak ikut sebab nak duduk dengan tokwan je.
Sedap makan kat sini. Kebetulan masa kami sampai tak ramai orang lagi.
Friday, April 12, 2024
3 Syawal : Dinner Di Boat Noodle
Rasanya ini kali kedua ibu makan di Boat Noodle, pertama kali makan di Klang Parade.
Ayutthaya Rice Noodle ambil 2, beef dan chicken, RM2.55 semangkuk.Lava Egg Krapow, RM18.09
Wafi muka² taknak ikut, camne abang dia pujuk tak tau ler, akhirnya setuju.Orang lain puasa berat badan turun tapi Abang Imi naik berkilo². HurmmmmAyah dan Abang Imi.Thai Fried Chicken, RM17.18Sangkayaa, RM8.64