Barulah ibu dapat luruskan kaki.. siap masak, kemas dapur, bersihkan diri. Belum nak makan lagi.. ingat nak layan Netflix kejap lagi.
wife to @ jalan rebung
Pages
Saturday, November 21, 2026
Habis Dah Setengah Hari Sabtu
Labels:
Family
Friday, November 20, 2026
Sarapan Nasi Kerabu (tidak asli)
Hari ni Jumaat seperti biasa ibu akan ambil sarapan berat di ofis. Hari lain kebiasaannya makan biskut atau kuih.
Pilihan ibu pagi ini adalah Nasi Kerabu Ayam. Satu set ini berharga RM7
Bancuh juga Indocafe panas tanpa gula.
Rupanya selama ini nasi kerabu yang ibu makan bukan authentic Kelantan sebab accessoriesnya ada kobis juga guna pewarna biru dan bukan dari bunga telang.
Ini info yang ibu baca dari media sosial.
Nasi Kerabu Kelantan telah didaftarkan secara rasmi sebagai Cap Kolektif (Collective Mark) di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan bukannya dipatenkan secara individu. Pendaftaran ini berkuat kuasa sejak 29 Julai 2026 dan dilancarkan secara rasmi di Kota Bharu pada 17 November 2026.
Inisiatif ini dibuat melalui kerjasama MyIPO dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) bagi melindungi keaslian, reputasi, serta meningkatkan nilai komersial makanan warisan tersebut.
Piawaian bahan asli. Pengusaha yang menggunakan cap ini wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menggunakan bahan tradisional seperti bunga telang, daun kesum, daun selom, dan bunga kantan. Penggunaan bahan moden atau gantian seperti kubis putih dan pewarna tiruan tidak dibenarkan di bawah piawaian ini.
Ibu suka taugeh dalam nasi kerabu.
Acaner tu.
Labels:
Makan2
Wednesday, November 18, 2026
Tak Berbaloi Nak Baiki
arghh... sudah.. nak taknak terpaksa lah ibu belikan luggage yang lain. Actually luggage ni elok lagi.. takde kemik.. roda pun function dengan baik dan paling penting ia ringan. Memang untuk Wafi bawa balik asrama.
Labels:
Family
Monday, November 16, 2026
Kobis Mana Lagi Sedap?
Ada satu hari ibu nak beli sayur kobis, ada seorang Chinese muda tanya kat auntie Chinese. Auntie ni tua lah.. umur nenek-nenek. Rasa Chinese muda tanya kobis bulat mana yang bagus. Auntie ni tunjuk lah kobis Cameron.
Lepas tu ibu saje lah tanya auntie ni, kenapa kobis Cameron.
Labels:
Shopping
Sunday, November 15, 2026
Hadiah Top Komentator Oktober 2026 Blog Suria Amanda
Semalam petang masa otw balik dari kenduri ibu dapat notification dari J&T ada parcel sampai. Ibu dah expect ia dari SA sebab memang ibu tak ada beli barang secara online.
Labels:
Friends
Sudah Hari Ahad 😩
Rasa hari ni tak ada apa nak buat jadi gigihkan lah diri briskwalk. Bila check Strava, last BW 15 Aug 26.. teruk betullah perangai 😅
Labels:
Family
Saturday, November 14, 2026
Sarapan Pagi Ini
Pagi ini buat cekodok bawang. Impromtu fikir nak buat ni sebab tepung je yang ada kat dapur. Cicah pula dengan sambal sardin. Kurang pedas pulak sardin tu.
Labels:
Main masak2
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)



