Pages

Thursday, May 16, 2024

Tonton Filem Sheriff

Plan asal balik dari rumah Uncle Mizan kami ingin ke Sijangkang untuk ke kafe kawan UUM tapi terpaksa cancel sebab mereka suami isteri tiada di kafe. Hanya staff sahaja. Dah cantik dah plan time tu sebab masa tu ada Uncle Azrul yang ayah tumpangkan sekali. Jadi terus sahaja ke Petaling Jaya rumah Uncle Azrul. 6.30 pm baru gerak balik. Lepastu plan lain sebab balik rumah pun tak buat apa. Ayah ajak tengok wayang filem Sheriff. 

Sampai SCM solat Maghrib dulu kemudian baru check ticket, ambillah slot 8.40 pm walau seat dah tak best 😁. Nak tunggu 9.40 pm lambat sangat lah pulak.

Sempatlah kami dinner di Teh Tarik Place.

Gambar Abang Imi

Ayah share gambar Abang Imi kat grup whatsapp pagi tadi. Katanya nampak kat profile tapi ibu tak tanya profile mana satu.

Ini pertama kali ibu nampak gambar ni. Biasalah Bami tu, bukan dia nak share pun gambar dia masa jalan-jalan ke Langkawi dengan Abang Imran & Abang Izzat last year.

Ibu suka gambar ni sebab Bami berlatarbelakangkan langit, laut dan bukit bukau.

Ibu beritahu Bami nak masuk dalam blog buat kenangan. Mujur Bami kata terpulanglah sebab muka pun tak nampak. Elehhh... kalau tak bagi pun ibu masukkan juga 😁

 

Wednesday, May 15, 2024

Jemputan House Warming & Hari Raya

Sabtu lepas ibu ayah memenuhi jemputan Uncle Mizan di Cyberjaya. Uncle Mizan ni kawan SAS ayah dan ramailah lagi geng2 mereka yang hadir. Kali ni ramai juga yang bawa keluarga bersama. Mereka plan untuk meet up jam 2.30 pm. Ada juga yang sampai jam 3 sebab Lebuhraya Elite tu boleh tahan banyak kenderaannya.

Dapatlah kami tour house rumah 3 tingkat ni bila tuan rumah mahu bergambar beramai2.

Ibu tertarik dengan lampu gantung ni.
Pandai puan rumah menata rias rumah mereka. 

Pertama kali bergambar beramai-ramai dengan family.

View belakang tu dah cantik tapi sebab mengadap cahaya, itu yang gambar gelap.

Tuesday, May 14, 2024

Belian Pertama dari Tik Tok

pin.. pin..

Awal tahun Cik Elis ada buatkan ibu akaun Tik Tok. Katanya ada barang yang boleh dibeli dengan harga murah melalui platform Tik Tok. Dok gebang lah dengan acik2 yang lain beli tisu dapur apa entah.. murah katanya. Ibu macam biasa... takde lah excited nak belek2 TT ni. Awal bulan ni ada pop-up "live" pasal tisu... alahhhh.. tisu je pun hhahaha..


Inilah yang dok keluar kat live ritu.. entah macamana.. dan godaan apa entah.. ibu click Buy Now..  kalau ikut harga RM29.99

Bila click2 harga jadi RM2.01 untuk 9 pack
aihhh... why not kan..

Sunday, May 12, 2024

Printer Canon E470

Ibu simpan sini untuk rujukan. Senang masa akan datang bila technician tanya bila beli printer 😁. Printer lama ada masalah, tak boleh baiki. Pakai pun almost 10 tahun. Sudah sampai masa jangka hayatnya. Kalau company pun akan depreciate 10 years untuk computer hardware.
Beginilah bila Wafi balik, diangkut sekali printer letak kat luar. Itulah printer lama, mungkin dia penat kot asyik keluar masuk keluar masuk.

Bila sepah begini, adalah extra penghuni dalam rumah.
Sekarang ni kosong.. ibu pandang ayah, ayah pandang ibu 😁

Susah bila printer rosak kat rumah, terutama Wafi nak kena print kerja yang cikgu bagi. Tahun lepas dah rosak tapi takde lah nak beli lagi sebab mikir takde sapa dah kat rumah nak guna. Masalahnya bila Wafi pulang bermalam keraplah kena print/photostat kerja sekolahnya tu. Dah ibu kena pergi kedai printing. Colour print RM1 manakala black RM0.50
Jenuh juga nak membayar harga begitu.
Play safe, beli je lah sebab for sure Wafi akan guna bila PB nanti.

Friday, May 10, 2024

Dinner Di Seteshen@118

Jumaat hari taknak masak.. dah pesan kat ayah makan siap² sebelum balik. Lepas habis ofis ibu singgah beli buah²an untuk hantar ke rumah nenek. Ingat nenek dah masak boleh tumpang makan hahaha.. sekali nenek kata nenek tak masak sebab tadi pening.

Haaaa... sudah... perut lapar dah ni.. Ajomlah kita makan kat luar lepas Maghrib. Tengahari tadi ibu tak makan sebab pagi dah makan nasi lemak.

Ajak Cik Fatin dan Abang Izzat makan kat Seteshen@118.
Kata nak makan western.

Alfredo Ayam.

Claypot Buntat ambil set daging blackpepper dan tempura squid.

Monday, May 6, 2024

Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran

Rasa ini last entry sempena Syawal tahun ini. Sabtu lepas ummi dan Paklong Anuar mengadakan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran. Alhamdulillah rezeki mereka tahun ini dapat panggilan haji. Mereka panggil adik beradik kedua-dua belah keluarga, jiran dan rakan terdekat.

Jumaat malam tu ibu sampai dah Chenderiang bersama Cik Cha dan anak-anak. Ayah ada Rugby Tounament di UUM jadi tak dapatlah ikut. Sampai pun dah jam 12 malam.. ngam2 sampai Lagu Negaraku berkumandang di radio. Kena keluar kereta berdiri ke cemana 😁, dah lah hujan lebat bila sampai di Tapah. Nenek, Izzat and beberapa anak buah pun baru sampai.

Diorang bakar kambing.

Friday, May 3, 2024

Breakfast Date Di Kafe Salim

Hari ni ibu ayah cuti.. masing² nak habiskan cuti tahun lepas. Tak ambil karang burnt pula. Haaa.. eloklah habiskan. Ibu ada 3.5 hari lagi 

Rasa ini kali pertama sepanjang kami cuti bekerja untuk breakfast sama². Biasanya kalau weekend ayah lebih gemar lek²an bangun lewat sebab setiap hari jam 5.30 am sudah keluar rumah. 

Brekafast santai di Kafe Salim. Buka 7 - 11 am sahaja.

Sampai² order dan bayar makanan dulu. Pelayan akan berikan no meja.

Jamuan Hari Raya Persatuan Alumni UUM

Dari Putrajaya kami ke Universiti Malaya pula untuk menghadiri Jamuan Raya Persatuan Alumni UUM.  Majlis dari jam 3 - 5 pm.

Sampai pun dah jam 3.30 pm sebab masa kat The Mines tu entah mana² lah jalan yang kami lalu. Ibu rasa ini kali pertama ibu masuk Universiti Malaya, universiti tertua dan terulung di Malaysia.
Ada namalah kan.. sebab 30 years back ada je orang yang tak pernah dengar Universiti Utara Malaysia😅

Majlis di adakan di He & She Cafe.
Masuk² cafe ibu hanya kenal beberapa muka sahaja. Kebanyakannya adalah senior/super senior. 
Walau ibu batch ke 10, 1997 (biasa di U kita ikut batch tahun bila konvo) ramai yang tidak dikenali. Tambahan ibu bukan jenis yang terlalu aktif di kolej. Berkawan pun dengan batchmate dan coursemate kebanyakannya. Juga bukan jenis yang peramah.. agak² pemalu gitu🤭🤭

Nampak Uncle Dato Taqi dari jauh. Coursemate ibu. Hi² Bye² je sebelum beliau balik awal.

Majlis Rumah Terbuka ASAS

Hari Pekerja 1.5.2024 sudah dijadualkan untuk kami hadiri 2 majlis Hari Raya.
Mula² ke Majlis Rumah Terbuka ASAS (MRTA) dari jam 11 am - 4 pm. 

Tema ikut rumah.
Sampai ke kasut warna merah.

Before 11 am kami sudah sampai ke dewan majlis.
Dewan ni betul² berhadapan dengan Sekolah Alam Shah, Putrajaya.

Daftar dulu.

Biasalah mereka.. asal jumpa bergambar.

Dewan cantik.

Adik Beradik Datang Beraya

Ibu ada invite adik beradik untuk datang minum petang lepas kawan² ayah habis beraya. Ini untuk elakkan crowded dan dapatlah layan setiap tetamu yang datang.

One with Nenek Kuantan.

Arissa peminat no. 1 makngahnya mac n cheese😁

Kakngah Amira kata kurang seorang BFF. Alya tak sampai lagi masa ni.

Cik Ami all the way from Kajang.

Harith dah biasa main pondok², adik beradik semua gegirl.

Wednesday, May 1, 2024

Baraan Rumah Kedua

Around 1.30 pm sampai pula ke rumah kami. Makanan ibu dah siapkan awal-awal.

Mac and cheese ni ibu dah bakar pagi tu, cuma masih ada dalam oven lagi.
Ibu masak yang paling ringkas sebab hari Jumaat dan Sabtu ibu kena frozen shoulder. Ahad pagi masih ada sisa kesakitan tapi tahan lah sikit. Itu yang tak berani nak masak macam-macam ikut perancangan awal. Sebenarnya sakit almost seminggu tapi bila boleh tahan kita tahan je lah. Bila dah sakit tu, Sabtu lah baru jumpa doktor.

Menu ringkas
  • Mac and cheese
  • Roti jala kari ayam (order dari Suria Kitchen)
  • Ketupat Palas & serunding daging
  • Jeli kelapa (order dari Cik Biela)
  • Buah rock melon dan anggur
  • Kuih raya
Jeli kelapa yang super fresh dan sedap.

2 jenis air kotak, Chrysantemum dan Kranberi + Epal less sugar.
Air kotak ni sebelum raya dah beli selain kordial. Untuk elakkan bancuh air, kita hidangkan air kotak. Kurangkan penggunaan tangan kekdahnya 😁

Kuih raya homemade by Kak Widad.
Ada tart nenas, choclate chip dan cornflake madu.
Yang lain ibu beli seperti tiram, Bangkit cheese dan kerepek ubi pedas juga masin.

Hidang terus atas meja. Takde buffet table sebab tak ramai tetamu.

Tetamu yang sampai awal.

Ayah keluarkan toys Wafi jadi anak2 kecil boleh main.

Before 3 pm semua tetamu gerak ke destinasi yang seterusnya.

One of collegue ayah sampai lambat sikit sebab dari rumah Auntie Fida tu mereka ke Kuang dulu.

Alhamdulillah.. terima kasih buat tetamu yang sudi berkunjung ke rumah kami.

Baraan Raya Pada 19 Syawal

Ikut perancangan hari Sabtu 27hb ayah dan beberapa orang officemate akan beraya bersama-sama. Beberapa hari sebelum tu ayah dapat schedule Sabtu kena attend training kat kolej pula. Jadi terpaksalah raya bersama-sama tu dibuat pada hari Ahad. Crowd pun berkurang. Hanya 2 rumah je yang available untuk dikunjungi. Rumah Auntie Fida di Saujana Utama dan rumah kami.

Berkumpul dulu di Saujana Utama.
Ni semua officemate dan ex-officemate ayah.
Tuan rumah sediakan western food, spaghetti bolognaise, garlic bread and mushroom soup serta roasted drummet.

Auntie Fida, no 3 dari kanan.
Kita pernah pergi sini sebelum Wafi daftar asrama tahun lepas.

Ni kalau Bami, Widad dan Wafi kecik lagi mesti suka rumah macam ni, bertangga. Mereka obses dengan rumah bertangga.
Mereka kata rumah orang-orang kaya.
Dulu selalu mereka tanya kenapa rumah kita takde tangga.
Hurmmmm....

Gambar ramai-ramai sebelum gerak ke rumah kami pula.