Pages

Thursday, April 30, 2020

#day44/56 PKP : Lepaskan rindu

Semalam bos ada whatsapp yang heads kena masuk ofis untuk issue salary payment. Wahhhh... bahagia rasa dapat masuk ofis😍. Tapi yang agak sedih untuk salary bulan April ni bayaran mengikut tangga gaji yang telah ditetapkan sempena PKP. Yelah.... duduk rumah je... walau ada yg WFH.

Untuk ingatan di masa hadapan berikut adalah kiraan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat yang mana kedua-dua pihak perlu bersetuju. Persetujuan diisi guna form dan diedarkan melalui grup Telegram.

Bulan April 2020
Gaji 4000 & below : 22 hari kalendar
Gaji 4001 - 6000 : 20 hari kalendar
Gaji 6001 - 8000 : 17 hari kalendar
Gaji 8001 & above : 15 hari kalendar

Bulan Mei 2020
Semua level akan dapat gaji 20 hari

Bulan Jun 2020 onwards
Semua level akan dapat gaji berdasarkan hari bekerja sebenar

Contoh kalau PKP masih diteruskan dalam bulan Jun maka semua orang tidak akan dapat gaji😭😭
Haaaa... begitulah situasinya.

Dan ia tertakluk pada keadaan semasa dan mungkin akan ditukar.

Pihak syarikat buat begitu adalah sebagai muhibah dan murah hati kepada pekerja dan mengelakkan pekerja hilang mata pencarian juga untuk syarikat bertahan semasa PKP dan beberapa bulan yang mendatang.

Semoga ada rezeki buat kami semua.

Since dah 43 hari tidak ke ofis rasa excited tu lain macam.
Sampaikan start kereta pun dah lupa🤣🤣
Siap panggil inche jalan rebung apesal kereta takleh start. Baru pakai 8 bulan tu haha... City lagi!

Sekali dia press button dan tekan break. Hidup!

Owhhh... salah tekan.. yang pergi tekan minyak buat apa🤣🤣🤣

Ingat bateri kong padahal 2-3 hari lepas baru guna.

Blank betul pagi tadi.

Dah alang2 pergi ofis balik lah jam 5.30 pm
Setelkan beberapa kerja yang pending.

Balik singgah KFC sebab rasa lama sangat tak makan. Sampai before 6 pm. Beratur kat luar. Sorang je boleh masuk.
45 minit jugalah.
But worth lah.
Kids suka sangat.
Itu jelah lah main dish hari ni selain ayah beli popia dan air soya.
Singgah rumah nenek hantar KFC dapatlah semangkuk pengat keladi+pisang.

Malam ni nak tido awal. Penat!

Wednesday, April 29, 2020

#day43/56 PKP : Nikmat bersama

Alhamdulillah.. hari ni sudah 6 hari kita berpuasa. Berbuka pun di rumah je.. belum boleh berkumpul di rumah nenek.

Solat terawih pun di rumah. Hanya ayah je akan ke surau jika ada giliran. 3 orang sahaja dibenarkan. Imam, bilal dan siak sahaja. Mask & social distancing applied.


Nikmatnya puasa kali ini semua dapat berkumpul. Abang Mi ada di rumah. Bergilir2 mengimamkan solat fardhu dan solat sunat terawih. Bila solat di rumah tak terkejar2 untuk ke surau. Lepas maghrib baca Al Quran membawa ke isyak. Hah... duduk je lah atas sejadah tu.. relax2.

Walau PKP jangan jadikan alasan bosan duduk di rumah tidak ke mana2 untuk berlibur. Kita yang kena create the best situation. Lama-lama rasa seronok haha... macam taknak kerja pulak..

Ehh.. tak tak... rindu ofis.

Tuesday, April 28, 2020

#day42/56 PKP : Pulut mangga

Wallaweiiii.. dah beberapa kali tertangguh nak buat pulut mangga ni. Mangga harumanis ada beberapa biji lagi bolehlah buat. Oh ya.. kami bukanlah fancy sangat dengan mangga ni.. sesekali beli je pun.. ehh.. ini kali kedua.. sebelum tu beli sharing dengan atuk Azhar. Kali ni beli murah sket RM85/3 kg dengan Cik Rasul.. harga jiran2 hahah..

Mangga apa pun tak apa asal manis.. ehh... tetiba teringat Mango King kat Sekinchan🤤

Buat pulut ni semalam untuk berbuka walaupun ada juga buat kuih ketayap akak lempeng hijau bak kata Cik Ujang yangbtak pernah dengar kuih ketayap🤣🤣🤣.

Resepi agak-agak je sebab sebelum ni makan yang beli je masa pesta makanan Thai.


Resepi Pulut Mangga

Bahab-bahan
1. 2 pot beras pulut
2. Air
3. 1 kotak santan
4. Garam
5. 2 helai daun panda
6. 2 SB gula (kalau nak manis tambah lagi)

Cara-cara
1. Cuci beras pulut.
2. Masuk dalam inner pot Noxxa. Air atas sikit dari pulut.
3. Masukkan 1/2 sk garam dan sehelai daun pandan.
4. LP7 minit

5. Dalam periuk lain, campurkan santan kotak campur satu kotak air (kocak2 guna kotak yang sama)
6. Masukkan 1/4 sk garam, 2 SB gula dan 1 helai daun pandan.
7. Masak dan kacau selalu hingga mendidih.
8. Tutup api dan sejukkan.

Masa makan tu tuangkan santan dan makan bersama mangga. Boleh juga tukar kepada durian.

Ehhh.. yummehhhh

Monday, April 27, 2020

#day41/56 PKP : Karipap Sardin

Dah 41 hari rupanya update blog.. kalau tak kerana PKP lambat lah nak updatenya. Sebulan mungkin 2-3 kali je kot. Itupun kalau ada event jalan-jalan🤣

Dah duduk kat rumah, aktiviti masak je lah. Hari ni hari ke 4 bulan Ramadhan kita berpuasa. Kakak Widad rekues karipap sardin.


Resepi Karipap Sardin

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung gandum
2. 1/4 cawan minyak masak
3. 1 SB margerin
4. 1/2 cawan air + garam

Cara-cara
1. Panaskan minyak beserta margerin hingga cair dan menggelegak
2. Curah atas tepung dan gaul dengan senduk. Jangan plak pakai tangan nanti melecur.
4. Masukkan air yang dicampur garam sedikit demi sedikit. Jangan tuang semua. Bila dapat adunan tidak melekat ditangan ok dah tu.
5. Bulat2kan macam syiling 50 sen.
6. Biarkan adunan 30 min ke 1 jam

Inti Sardin

Bahan-bahan
1. 2 tin kecil sardin keluarkan dari tin dan lenyek. Masukkan sikit je sos
2. 1 biji bawang besar dipotong dadu
3. 3 SB cili kering /giling
4. Garam dan gula

Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar dan cili giling hingga naik bau.
2. Masukkan sardin
3. Perasakan dengan garam dan gula
4. Sejukkan dulu
5. Tapis keluar minyak yang berlebihan

Bila dah ready semua bahan bolehlah masukkan inti dalam doh yang telah dilenyekkan. Kelimkan elok-elok bagi kemas.

Bila nak goreng, pastikan minyak betul-betul panas. Kecilkan api baru masukkan karipap. Ini untuk bagi kulit karipap kurang menggerutu.  Kemudian baru besarkan api secara sederhana. Ada juga petua terus tutup api dah masuk karipap baru buka api.

Api juga jangan terlalu besar. Tapi kalau kecik sangat kulit karipap akan makan minyak. Sedang-sedang je ya.

Sunday, April 26, 2020

#day40/56 PKP : Begedil Kentang

Alhamdulillah... masuk hari ke 3 kita berpuasa. Masih duduk di rumah. Rutin tetap sama.. masak juadah sahur, solat, mengaji, house chores, rehat, masak untuk berbuka dan terawih.

Menu tu plan ahead je. Masak pun simple. Untuk berbuka nasi, satu lauk, satu sayur, satu kuih/buah dan air.

Kalau rajin adalah sampingan contoh begedil kentang. Buat pun tak banyak.. cuma kadang ada balance 3-4 pcs untuk sahur.

Warna gelap sikit sebab guna minyak goreng cekodok pisang🤣🤣

Resepi Begedil Kentang

Bahan-bahan
1. 3-4 biji kentang
2. Isi ayam
3. Udang kering (rendam)
4. 1 biji bawang merah
5. 1 sk lada hitam
6. 1 pc kulit kayu manis
7. Daun bawang
8. Daun sup
9. Garam

Cara-cara
1. Kentang potong kecil dan nipis kemudian goreng.
2. Goreng juga isi ayam, bawang merah dan kulit kayu manis
3. Tumbuk kentang, isi ayam, bawang dan kulit kayu manis. (Bawang tak perlu tumbuk pun takpe)
4. Masukkan bahan yang ditumbuk dalam bekas dan masukkan lada hitam, daun bawang, daun sup dan garam secukup rasa. Kacau rata.
6. Ambil adunan, gumpal2 dan leperkan.
7. Kocokkan telur dan celup begedil dalam telur sebelum goreng.
8. Bila dan keemasan boleh angkat.

Saturday, April 25, 2020

#day39/56 PKP : Kuih Serimuka

Teringin makan yang manis-manis ketika berbuka. Teringat resepi serimuka Che Ann. Ada buat sebelum ni.

Berlaku silap teknik ketika mengukus pulut.. ingat nak senang, jadi kukus guna Noxxa.. sekali salah.. sepatutnya low pressure LP7 tapi guna steam.. habis berkerak. Tu yang pulut/lapisan bawah dapat sikit. Ini pun guna tipuware untuk kukus sebab jika guna loyang, lapisan bawah lagi nipis.

Takpe... belajar dari kesilapan.
Guna resepi ni menten sedap.

Resepi Serimuka

Bahan-bahan lapisan bawah
1. 250g beras pulut
2. 150ml air
3. 150ml santan pekat
4. 1 sk garam halus

Cara-cara
1. Basuh dan rendam pulut  dalam 4 jam (30 minit je sebab nak cepat.
2. Masuk dalam loyang dan kukus 30 minit (LP7 noxxa)
3. Bila dah masak gaul rata pulut bagi mesta dan masuk ke loyang lain yang sudah dilapik plastik.
4. Tekan2 pulut biar padat agar tidak berderai bila dipotong tapi jangan lah terlalu padan nanti keras.

Bahan-bahan lapisan atas
1. 50g tepung kastard
2. 110g gula kastor
3. 200ml air
4. 200ml santan pekat
5. 2 biji telur
6. 2 helai daun pandan (blend guna santan di atas)
7. 1/4 sk garam
8. 1/2 SB tepung gandum

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas guna whisk.
2. Tapis dan masukkan dalam kuali
3. Panaskan guna api kecil dan sentiasa kacau.
4. Bila dah ada letupan wap angkat dan tuang ke dalam  lapisan pulut.
5. Kukus selama 30 minit dan tutup kukusan balut dengan kain.
7. Bila dah masak dan ada air atas lapisan atas, terus panaskan kukusan dan biar wap air atas kuih hilang.
8. Angkat dan sejukkan betul-betul sebelum potong. Potong guna pisau plastik untuk dapakan potongan licin.
9. Elakkan masuk terus kuih dalam peti sejuk untuk elakkan cepat basi.


Friday, April 24, 2020

#day38/56 PKP : Ramadhan Kareem

Alhamdulillah.. hari ini umat islam mula berpuasa pada 1 Ramadhan.
Puasa kali ini sangat istimewa sebab kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergeralan.

Malam tadi ada perutusan khas dan PM umumkan yang PKP akan dilanjutkan selama 2 minggu lagi kepada 12 Mei 2020. Ini adalah PKP Fasa 4. Segala peraturan PKP masih diteruskan cuma ada beberapa industri akan diberi kelonggaran untuk beroperasi demi menjana ekonomi negara.

Masih menunggu lapur tugas. Jika PKP sehingga 12 Mei 2020 kemudian Hari Raya Puasa pada 24 Mei 2020, maka ada beberapa hari je hari bekerja sebelum cuti lagi. Harap syarikat akan ada perancangan yang lebih baik.

Sempena bulan puasa tahun ini, bazar Ramadhan tidak dibuka. Peniaga hanya boleh berniaga secara dalam talian iaitu menggunakan pesanan dan penghantaran.

Dalam perutusan itu juga, PM menggalakkan surirumah memasak juadah keluarga. Jika kurang menjadi bolehlah post di FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.. haha.. ini lawak. Cute lah abah ni🤣

Perhimpunan keagamaan juga tidak dibenarkan. Maka masjid dan surau tidak akan ada solat terawih berjemaah. Ahli keluarga hanya boleh solat di rumah. Tidak mengapalah sebab masa ni lah kita boleh train imam2 baru😍 dan boleh bersolat jemaah.

Walai kita berada dalam pendamik Covid19 tapi ada hikmahnya... kita lebih rapat dengan keluarga dan dapat bersama-sama.

Salam Ramadhan.
Selamat berpuasa.

❤❤

Thursday, April 23, 2020

#day37/42 PKP : Nasi Impit Noxxa

Selasa lepas ada beli sate dari satu seller ni. Kuah kacang dia sedap.. dan ada balance dalam semangkuk kecil. Anak-anak ni biasalah.. makan sate gitu je sebab dah sedal. Tu yang berbaki. Simpan dalam fridge sebab nak makan dengan nasi impit. 

Ada je nasi impit segera tapi teringin pulak nak buat sendiri sebab nampak di FB grup Noxxa.


Resepi Nasi Impit Noxxa

Bahan-bahan
1. 1 cawan beras
2. 3 cawan air
3. 1 helai daun pandan
4. Sedikit garam
5. 1 SB minyak masak (supaya tidak melekat di inner dan loyang)

Cara-cara
1. Basuh beras dahulu dan masukkan semua bahan di atas dalam Noxxa.
2. HP30 minit.
3. Bila dah habis masa tunggu sampai tiada wap.
4. Keluarkan dari inner dan masukkan dalam loyang atau bekas lain.
5. Tekan-tekan bagi padat guna senduk/spatula.
6. Sejukkan dan boleh potong.

Guna bekas plastik je sebab nasi tak banyak.

Bila dah sejuk keluarkan.. senang je sebab tak melekat pun. Just regang-regangkan tepi tu.

Nasi impit ni lembut je. Kena betul-betul lenyek dan sejuk baru potongan licin.

Dalam pic kurang licin sebab dah tak sabar nak makan.

Selamat mencuba.

Esok kita akan mula berpuasa.
Ramadhan Ya Kareem.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Wednesday, April 22, 2020

#day36/42 PKP : Uniform PKP

Musim PKP ni anak-anak memang tak keluar rumah... kecuali duduk tepi rumah petang2 masa ibu sapu sampah atau petik daun pandan🤣.

Kain baju untuk dibasuh pun kurang.. kadang 2 hari sekali baru basuh sebab load tak penuh.. tak mahu bazir air.

Mana tak baju sikit... ada yang mandi sehari je dengan alasan tak keluar rumah dan tak berpeluh.. aikkk... macam tu pun ada. Sebabnya ada yang selepas solat subuh tidur balik lepastu dekat nak zohor baru bangun.. haihhh.. itu abang mi lah.. tidur lewat buat kerja sebab siang line slow.. hurrmmm..

Yang Wafi pulak, sepanjang PKP ni dia akan rotate baju yang sama. Kami panggil uniform PKP. Baju kaftan beli di Terengganu dan baju blouse panjang dari kain cotton pemberian makngahnya. Baju-baju ni dah lama pakai jadi kain agak nipis dan sejuk.

Itu yang diulang-ulang pakai tak kira siang malam.. asal kering je pakai. Musim PKP ni kan cuaca panas.. sedaplah pakai.. Kalau tak pakai tu maksudnya masih lagi di ampaian belum kering. Lepastu muka monyok sebab kena pakai t-shirt je.

Wafi... wafi...

Nanti habis PKP ibu belikan lah lagi baju camtu.. rasa ada banyak kat kedai MU tu.

Tuesday, April 21, 2020

#day35/42 PKP : Kuih Ketayap

Dari semalam dah teringin buat kuih ketayap bila nampak kat FB MAHN. Terus gugel dulu.. suka baca tip & trick
 Baru boleh dapat gambaran.. chehhh.. poyo

Sekali pagi ni Cik Baya post ketayap buat breakfast. Wallaweeiii... sedap plak. Check bahan semua ada kecuali telur. Rasanya macam tak sampai seminggu satu papan telur habis. Mujur inche jalan rebung nak keluar beli.

Resepi ni menghasilkan 16-17 keping ketayap.


Kuih Ketayap

Bahan-bahan inti
1. 3/4 biji kelapa parut
2. 1 cawan gula merah
3. 1/2 sk garam
4. 3 helai daun pandan
5. 1 SB tepung gandum
6. 1 cawan air

Cara-cara
1. Masukkan air dan gula merah dalam kuali sehingga cair.

2. Bila dah cair tapiskan sebab nak asingkan serat tebu dalam gula ni.

3. Masukkan air gula merah, kelapa parut, garam dan daun pandan yang disimpulkan.

4. Masak dengan api kecil dan sentiasa dikacau.

5. Apabila air gula sudah meresap dalam kelapa parut tu masukkan tepung gandum. Fungsi tepung gandum untuk inti melekat dan tidak berderai. Inti biar lembab jangan terlalu kering.

6. Angkat dan letak tepi. Biarkan inti sejuk.

*buat inti lebih pun ok untuk dipelbagaikan.

Bahan-bahan crepe/lempeng
1. 2 cawan tepung gandum
2. 3 cawan santan
3. 1 biji telur
4. 2 SB minyak masak
5. 4 helai daun pandan
6. Sedikit pewarna hijau
7. 1/2 sk garam halus

Cara-cara
1. Potong daun pandan dan blend dengan kelapa parut untuk dapatkan 3 cawan santan berperisa pandan.
(Kelapa 1 biji : 3/4 inti dan 1/4 santan)

2. Campurkan tepung gandum, santan, minyak, pewarna dan garam ke dalam bekas dan kacau guna whisk. Boleh juga diblend.

3. Panaskan kuali non stick dan oles dengan minyak guna daun pandan. (Ambil 5 helai daun pandan dan simpulkan dan masuk minyak masak ke dalam mangkuk)

4. Ambil 1 - 1 1/2 senduk adunan tepung ke atas kuali dan ratakan guna belakang senduk. Nipis sahaja kepingan crepe/lempeng.

5. Tunggu sehingga permukaan crepe sama warna. Dalam 2-3 minit. Tidak perlu tutup dan terbalikkan crepe.

6. Angkat kuali dan guna sudip untuk keluarkan dan sorongkan ke atas pinggan.

7. Boleh ulang proses yang sama.

8. Ambil 2-3 sudu kecil inti dan letak di tepi bahagian bawah crepe. Gulung sekali dari bawah, lipat kiri dan kanan kemudian gulung ke atas. Masa gulung tu tekan ke dalam sikit untuk bagi kemas.

Abaikan perbezaan saiz🤭🤭
Puas hati guna resepi di atas. Rasa crepe cukup lemak masin. Tekstur lembut dan senang digulung walau buat nipis.

Inti pun sedang elok manisnya walau tak guna gula putih. Warna pun gelap berkilat. Bila buat sendiri bolehlah letak inti banyak mana.

Setakat hari ini kes baru Covid19 di bawah 100 dan harap terus berkurangan dan sembuh akan lebih ramai.

Lagi beberapa hari Ramadhan akan menyapa.

Monday, April 20, 2020

#day34/42 PKP : Game Word Swipe Pic Puzzle

Ini game online kedua selepas Ball Sort Puzzle sepanjang PKP bilamana drama Siam dan drama Korea tidak menarik minat disebabkan line internet yang slow.

Game ni nama dia Word Swipe Pic Puzzle.
Dia akan paparkan gambar dan perkataan di bahagian bawah. Cari dan susun perkataan berdasarkan gambar. Ala-ala silangkata la begitu tapi ini versi omputih.
Kadang cari je perkataan yang biasa kita nampak sebab kalau tengok picture tak tau picture yang mana.

Sesetengah perkataan yang tiada dalam gambar pun akan dikira markah. Ada juga talian hayat yang kita boleh guna jika cukup score.

Baru 3-4 hari main dan kami (ibu dan Wafi) berada di Level 124.
Fuhhhh...
Main dengan Wafi best gak sebab dia jenis belasah je haha dan katanya agak-agak macam pernah nampak😅 tapi boleh pulak betul jawapan dia.
Tak boleh jadi ni.
Nak kena lawan!

Sunday, April 19, 2020

#day33/42 PKP : Agar-agar santan sirap

Dah lama betul tak buat agar-agar.. ingat nak buat agar-agar sirap/lengkong je sebab teringat arwah nenek dulu.. kalau ada kenduri mesti buat lengkong.
Alah sedapnya bila dimakan sejuk-sejuk.

Beli agar-agar tali dari tahun lepas sebab nak buat agar-agar koktel tapi tak sempat je. Kena buatlah juga nanti expire pulak.

Google resepi agar-agar pandan tapi malas nak petik daun pandan dan blend😂
Tu yang jadi agar-agar santan sirap.


Agar-agar Santan Sirap

Bahan-bahan
1. 20gm agar2 tali
2. 1.5 liter air (3 botol mineral 500g)
3. 1 cawan gula
4. 1 cawan santan pekat (1 kotak santan)
5. 3 helai daun pandan
6. 1/4 sk garam
7. 1 sk sirap pekat/ibu

* kalau nak resepi pandan guna 1/4 cawan air pandan + sedikit pewarna hijau

Cara-cara
1. Basuh agat-agar tali dan masak dengan air sehingga cair. Hati2 kerana ia akan meruap.
2. Masukkan daun pandan dan gula. Masak hingga gula hancur
3. Masukkan sirap, santan dan garam dan masak sehingga mendidih. Kacau sentiasa untuk elakkan santan pecah.
4. Basahkan loyang atau bekas dan tapis agar2 terus ke dalam loyang.
5. Biarkan ia mengeras sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Yang guna bekas ni elok pulak pembahagian bawah tu... yang potong pic kat atas tu dalam bekas yang lain. Masuk terus dalam bekas bertutup senang.. tinggal masuk dalam fridge. Potong siap-siap bila dah sejuk.. senang.. siapa nak makan bubuh sendiri dalam pinggan.

Buih-buih tak keluarkan... tu yang nampak menggerutu.

Tips.
1. Boleh juga masukkan sebiji telur yang telah dikocok terlebih dahulu selepas memasukkan santan. Agar2 akan kelihatan berongga dan lapisan atas akan tebal.

2. Potong agar2 menggunakan pisau lekuk untuk dapat bentuk yang cantik. Tak terfikir pun nak beli tapi sebab dulu pernah guna di rumah mak... itu yang teringat.

3. Loyang dibasahkan dulu sebelum masuk agar-agar supaya mudah dikeluarkan.

4. Keluarkan buih-buih atas agar-agar supaya tidak menggerutu bila dah sejuk.


Saturday, April 18, 2020

#day32/42 PKP : Google Classroom

Dari semalam godek2 dan install Google Classroom. Guru kelas Wafi ada rekues parents buatkan akaun gmail juga.

Akhirnya dapatlah masuk tapi berapa kali lah install asyik fail je. Ini disebabkan internet sangatlah slow macam siput🐌

Ada satu tugasan matematik yang perlu dihabiskan. Pagi tadi dah setel petang baru boleh submit dalam GC.
Mencabar. Kalau guna whatsapp snap dan terus hantar.

Guna GC ni sistem pembelajaran lebih sistematik. Guru boleh upload video dan other doc. Actually whatsapp pun boleh tapi serabut lah sikit dengan mesej yang lain.

Takpe... kita buat juga mana yang diperlukan.

Seriously, kalau tidak kerana PKP ni tak tau plak kewujudan aplikasi ni. Banyak juga apps lain yang boleh digunakan ketika PKP contoh Google Meet.

Friday, April 17, 2020

#day31/42 PKP : Puding Karamel

Ternampak post mekzurots di FB buat puding karamel nampak sedap je. Siap2 screen short dulu. Bahan pun semua ada. Lepas buat breakfast sandwich sardin, terus buat.

Sebelum tu tahniah kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah terpilih menjadi salah seorang dari 3 doktor terbaik dunia yang diiktiraf dalam menangani isu Covid19.

Doktor yang humble ini menjelaskan beliau hanya menjalankan amanah yang diberi dan keputusan masih di tangan pemerintah dan kejayaan itu juga  adalah hasil usahasama para doktor, jururawat, polis, askar, frontliners dan semua rakyat Malaysia😍


Puding Karamel

Bahan-bahan

Gula Karamel
7 SB gula (masak.atas kuali.hingga keperangan dan bila siap tuang atas loyang. Gelekkan loyang bagi gula rata.

Puding
1. 4 biji telur
2. 1 cawan susu cair
3. 3/4 cawan susu pekat
4. 1/2 cawan air
5. 1 sk esen vanila
6. 1 sk tepung kastard

Cara-cara
1. Satukan bahan-bahan di atas dan kacau guna whisk.
2. Tapis terus ke dalam loyang yang berisi gula karamel.
3. Panaskan kukusan dan kukus selama 30 minit.
4. Bila cukup masa keluarkan dan tunggu sejuk sebentar.
5. Telangkupkan puding ke dalam pinggan.
6. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.

Thursday, April 16, 2020

#day30/42 PKP : Udang masak tempoyak

Teringatkan tempoyak yang dekat naknsetahun beli, maka terjadilah makanan ni. Udang pulak beli dah 2 minggu. Tak tau nak masak apa tu yang tangguh lama.


Udang masak tempoyak

Bahan-bahan

1. Udang dikupas kulit
2. 25 biji cili padi (ikut lah nak pedas)
3. 1 labu bawang besar (saiz kecil je)
4. 2 ulas bawang putih
5. 1 inci halia hidup
6. 3 SB tempoyak ( ikut nak pekat mana)
7. 1 helai daun kunyit
8. Garam, gula dan Secukup Rasa

Cara-cara

1. Blend item 2-5 dengan sedikit air
2. Masukkan dalam periuk bahan blend dan biar mendidih.
3. Masukkan tempoyak dan kacau rata bagi mendidih.
4. Masukkan udang dan daun kunyit dan perasakan dengan garam, gula, secukup rasa.
5. Masak sekejap je bagi udang tu masak dan boleh di hidang.

Tak sangka pulak anak-anak makan. Ingat diorang nak tolak. Siap goreng telur dadar dan telur masin kot mereka tak cukup lauk. Alhamdulillah.

Guna cili padi yang panjang tu.. bubuh banyak takdelah pedas sangat.
Resepi ni bukan style N9 sebab ada guna bawang.

Wednesday, April 15, 2020

#day29/42 PKP : Sidang akhbar KPM

Petang tadi Menteri Pendidikan Malaysia buat press conference.
Antara yang diutarakan adalah :-

1. Pembukaan sesi persekolahan akan diumumkan 2 minggu sebelum sekolah dibuka.

2. Peperiksaan SPM, SPVM, STPM, STAM dan beberapa peperiksaan awam lain akan diadakan pada suku pertama tahun 2021.

3. UPSR dan PT3 akan dibatalkan (batch Corona😁)
Ia akan diganti dengan kaedah yang lain.

Ada beberapa lagi perkara yang dinyatakan.

Sekarangkan murid duduk di rumah, jadi pihak sekolah ada menyediakan benerapa kaedah pembelajaran secara online menggunakan beberapa platform. Untuk kelas Wafi, guru-guru menggunakan aplikasi whatsapp.

Setiap hari ada subjek yang telah ditentukan. Contoh hari ni Wafi perlu mentalin nota dari buku teks di dalam buku nota.

Hari sebelumnya ada tugasan matematik tajuk pecahan. Wafi cakap sebelum cuti baru belajar sikit. Jadi bila guru kelas minta buat latihan ibu kena lah bantu. Kena ulangkaji buku teks tu. Khuatir juga jika kaedah tak sama seperti yang diajar oleh guru kelas.

Ibu ada maklumkan hal ini pada guru kelas dan beliau kata matematik akan ada banyak kaedah. Boleh ikut yang dalam buku dan nanti guru akan semak Wafi faham kaedah yang mana.

Masa ni Wafi sedang buat tugasan sains. Tengahari baru cikgu bagi tajuk.

* Menteri Pendidikan sedang buat sidang akhbar.

PKP fasa ke 3 ni lebih keras dari segi pelaksanaan hukuman bagi mereka yang ingkar. Jika di fasa kedua, pesalah akan dikenakan tindakan kompoun RM1,000 manakala di fasa ketiga pesalah akan terus direman dan dihadapkan ke mahkamah... fuhhhh

Tuesday, April 14, 2020

#day28/28 PKP : Permainan Nama Negeri....

Hari ni hari terakhir fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan dan akan bersambung esok. Ibu masih menunggu arahan pihak pengurusan untuk mula bekerja.

Petang lepas late lunch Wafi suggest main game ni. Kakak dan ibu join. Wafi pairing dengan ayah. Kalau tak memang dia dah merajuk awal2 sebab 1st round ada yang dia tak dapat jawab. Jadi ayah lah tukang cover kalau tak dia taknak main😬

Zaman ibu sekolah rendah dah main ni. Lama dah tak main. Tuptup bila Wafi suggest nak main ni ibu onz je.

Mula2 kena lah buat garisan kat dalam buku. Letak lah item yang kita nak. Kali ni lerak nama, makanan, negeri/a, haiwan dan objek.

Peserta kena "lat tali lat tali tamplung" dulu untuk penggiliran. 1st peserta akan pilih abjad. Kemudian semua peserta kena tulis dalam buku tadi yang bermula dari abjad yang diberikan.

Markah penuh 100 dan jika ada jawapan yang sama maka markah seri adalah 50.

Seterusnya peserta kedua bagi abjad dan ulang proses yang sama.

Di akhir permainan kiralah jumlah markah yang dapat.

Ibu seri dengan Wafi dan kakak Widad dapat last🤣

Permainan ni bagus sebab ia menguji minda anak-anak untuk berfikir.  Wafi siap sediakan globe jadi nama negara memang semua overseas lah hahah

Monday, April 13, 2020

#day27/28 PKP : Harga facemask

Semenjak adanya wabak Covid19 sekitar bulan Januari 2020 di Malaysia, penggunaan facemask sangat berleluasa. Di sesetengah tempat sangat sukar untuk mendapatkannya. Seperti di kawasan Bukit Kapar ni kedai dan farmasi pun tiada stok. Itu yang menyebabkan ibu jahit sendiri facemask.

Apabila Malaysia telah dapat mengimport facemask dari China, ramailah peniaga onlone yang menjual dengan pelbagai harga walaupun kerajaan Malaysia telah menetapkan harganya untuk setiap jenis.

Minggu lepas baru dapat beli dari peniaga online.

3 ply dari Seller 1
 Bahagian dalam.

Oklah.. yang ada getah.
Nak cari yang ikat tali takde pulak.

Ni packaging dia. Semua tulisan cina.
RM68 sekotak. Dalam ada 50 pcs.

Bila survey rata2 seller akan jual dengan harga RM75/kotak.

Haritu ada baca di socmed yang pasaraya besar pun ada jual 3 ply facemask dengan harga RM0.99
Good bargain kalau nak beli cuma nal kena pergi mall lah pulak.. which is no no buat masa ni.

1-2 ply dari Seller 2
Sebenarnya ini yang mula2 beli sebab masa tu dapat contact no ni dulu. Mula2 ingat nak beli 100 pcs tapi seller ada bagitau nipis dan tunjuk gambar.

Oklah kita ambik 50 pcs duli since takde choice lain. Seller jual RM40 sekotak 50 pcs.

Since nak mula kerja better beli mask siap-siap. Nak kena topup juga lah nanti. Takpe simpan je dulu.

Sunday, April 12, 2020

#day26/28 PKP : Rehat-rehat sahaja sambil masak-masak

Pagi dah plan nak buat laksam untuk juadah sepanjang hari. Laksam buat awal sebab twpung semua dah ada. Minta Kawi kukus sementara ibu ke kedai beli barang dapur. Singgah rumah nenek sekejap hantar lauk dan sayur.
Laksam siap!
Kuah ada dalam periuk😁

Sagu gula melaka pun elok kejadiannya.

Sedikit tips.
1. Didihkan air yang banyak baru masukkan sagu.
2. Sagu tak perlu basuh atau rendam untuk elak pecah.
3. Rebus sehingga hilang putih-putih.
4. Bila dah jernih masukkan penapis dan alirkan air paip dan bilas. Ini untuk buang kanji yang sebabkan sagu keras.
5. Bila dah tapis letak di mangkuk dan letakkan pewarna. Tunggu dalam 10 minit.
6. Kalau terus campur susu nanti warna keluar.
7. Bolehlah makan dengan menambah air gula melaka, susu/santan+sedikit garam dan tambah ais.

Untuk dapatkan gula yang pekat, masakkan gula melaka + gula pasir dengan air. Masukkan daun pandan.

Bila dah masak, tapis dan sejukkan kemudian masukkan dalam peti sejuk.

Saturday, April 11, 2020

#day25/28 PKP : Sakit Hati

Tengahari dapat mesej berkaitan sesuatu. agak menggeramkan bila mereka tidak faham situasi kita di rumah. Hurmmmm... susah bila mereka hanya mahu result dan tidak peduli bagaimana kita harus lakukan.

Ok.. tinggalkan itu semua.
Kita buat sedaya mungkin.

Petang memang tiada mood dan sebabkan sakit kepala. Lumrah begitu bila suatu hal yang kita tak suka terjadi.

Masih duduk di rumah.
Masih buat penjarakkan sosial.
Masih menurut perintah.

Tunggu lagi keputusan bila boleh masuk bekerja.

Hari ni dari brunch sampai ke dinner makan nasi lemak.
Minimumkan aktiviti masak memasak.
Lepastu layan drama Tamil dan Hindustan.

Cuaca panas di luar nak berehat tengahari pun rasa tak selesa.
Apa pun begitu lah cuaca di Malaysia sekarang ni.. kalau di ofis tak terasa bahang sebab duduk di bilik beraircond😁

Sudah... jangan merungut.
Teruskan hidup😛😛

Friday, April 10, 2020

#day24/28 PKP : PKP dilanjutlan lagi

Seperti yang diumumkan oleh PM, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah disambung lagi selama 14 hari.
Ini adalah fasa ketga PKP dijalankan sehingga 28.4.2020
PKP ini bertujuan untuk memutuskan rantaian Covid19.

Bagi fasa ketiga PKP ada beberapa sektor ekonomi akan diberi kelonggaran dan salah satunya Industri Automotif. Jadi kami masih menunggu arahan dari pihak majikan bagaimana ia akan dijalankan. Ini kerana ada beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Semoga virus ini cepat2 nyah dari muka bumi ini.
Aaamiinn...

Thursday, April 9, 2020

#day23/28 PKP : Kek Coklat Moist

Hari ni sediakan lauk cepat sebab kesian kat ayah dan Bami lunch ntah apa2 bila kami puasa. Ayam masal lemak cili api dan peria goreng. Lepas tu lepak je dalam bilik. Almaklumlah cuaca kan panas sangat sekarang

Jam 4 pm Kawi teringin kek coklat pulak untuk berbuka.. check bahan hanya susu pekat yang tiada. Soh kakak pegi beli sekejap.

Resepi Kek Coklat Moist

Bahan-bahan A
1. 1 cawan serbuk koko
2. 1 cawan susu cair
3. 1 cawan susu pekat
4. 1 cawan minyak masak
5. 1 cawan gula pasir (letak 3/4 je)
6. 3 biji telur

Blendkan semua bahan di atas sehingga kembang dalam 5 minit.

Bahan-bahan B
1. 1 1/2 cawan tepung gandum
2. 1 sk baking powder
3. 1 sk soda bikarbonat

Ayakkan bahan B ke dalam bekas.
Tuang bahan A yang sudah diblender tadi dan kacau guna whisk sehingga rata atau tiada bintil2.
Masuklan dalam loyang yang telah dilapik kertas baking.

Panaskan kukusan.
Kukus 45-60 minit dengan api sederhana.
Selepas 1/2 jam lap tutup kukusan dan sambung balik kukus.
Dah masak tunggu sejuk sebelum bubuh topping.

Topping

Bahan-bahan
1. 250g coklat masakan
2. 1/4 cawan susu cair
3. 1 SB minyak masak (bagi topping berkilat)

Masak bahan di atas guna cara double boiled.
Boleh je letak periuk atas jaring kukusan.
Suamkan sekejap dan tuang atas kek yang sudah sejuk.
Siap.

Gambar tidak dapat upload😬😬😬😬

Wednesday, April 8, 2020

#day22/28 PKP : Tauhu Begedil

Pagi tadi bersahur ringkas... telur goreng dan ayam goreng buka semalam. Since Wafi dan Kawi nak puasa gigih lah ibu bangun awal kalau tak ibu minum air kosong je.

Sebelum subuh dah siap2 mandi. Solat, baca Quran, tengok email ofis dan layan socmed. Lepas tu tidur balik... ohh... perangai buruk😳

Bangun 8 lebih, start wfh sampai tengahari.
Lepas tu siapkan bahan nak buat tauhu begedil

Resepi ambil dari FB MAHN yang Cik Baya share. Bahan2 ada yang tersedia yang takde kirim je dari Cik Wada.


Gambar sumber FB MAHN untuk bagi idea bahan yang diperlukan.

Tauhu Begedil

Bahan-bahan
1. 3 keping tauhu putih
2. 3 bungkus tauhu telur
3. Isi ayam
4. 1 labu bawang besar (cincang)
5. 1 biji carrot (sagat)
6. 1 pokok daun sup (cincang)
7. Garam
8. Lada sulah
9. Kiub ayam (guna Maggi Secukup Rasa
9. 4 biji telur

Cara-cara
1. Tauhu putih, tauhu telur, isi ayam dan 2 biji telur blend hingga hancur.
2. Satukan bahan blend dengan bawang besar, carrot, daun sup, garam dan Secukup Rasa dan lada sulah sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan lompang. Isi agak2 penuh.
4. Panaskan kukusan dan kukus 10 minit.
5. Keluarkan dari acuan dan tuang air berlebihan di acuan jika ada.
6. Sejukkan sebentar.
(Jika guna noxxa stim 10 minit dan bila dah sejuk boleh potong2)
7. Kocok telur dan masukkan tauhu dalam telur.
8. Goreng sehingga keperang-perangan.
9. Boleh dihidang dengan sambal kicap atau sos.

Ini dah siap kukus dalam acuan lompang yang saiz kecil. Lama tak guna rasa last guna masa buat apam polkadot. Acuan besar sikit nenek punya... bila lah nak pulang... belum ada orang tuntut biar je lah🤣🤣

Sudah siap dikeluarkan dari acuan... comel2 je saiz dia. Tunggu sejuk sekejap sebelum goreng. Makan macam ni pun dah sedap.... ayah katalah sebab puasa kan... tak rasa lagi.

Ini lah hasilnya.
Terbukti sedap... tekstur lembut compared to guna tauhu kering.

Goreng 15 biji je.. sorang 3 ketul
Lagi 10 Bami hantar rumah nenek.
Balance 7 biji goreng malam.
Habis dah huhuhu...
Memang nak kena repeat lah.
Makan dengan sambal kicap memang aummm.. tapi Bami suka makan macam tu je.
Dia kan pelik2🤣

Tuesday, April 7, 2020

#day21/28 PKP : Kes Covid19 di sekitar kawasan

Beberapa kes jangkitan +ve Covid19 telah dikenalpasti di sekitar Bukit Kapar dan Meru.
Semoga pesakit cepat sembuh dan semua ahli keluarga bertabah dengan dugaan yang datang. Tak pasti jangkitan dari kluster yang mana.
Serius kerisauan terhadap keluarga semua dan penduduk di seluruh dunia sangat membimbangkan. Semoga Allah lindungi kami semua.

Hari ni masih duduk rumah. Selepas berkemas-kemas sambung lagi jahit facemask.. dapatlah 3 helai nak habiskan kain yang ada.
Tengahari Cik Wada delivery barang yang ibu pesan sekembalinya dari ofis. Sos tu Bami suka sangat. Sedap katanya. Ibu rasa pedas. Makan sikit bolehlah.
Nak buat ayam style Korean pun tak kesampaian sebab takde bijan dan kepak ayam🤣🤣

Buku2 beli all the way dari Terengganu. Mujur poslaju masih boleh masuk Klang. Ni latihan untuk Wafi.
Petang buat juadah berbuka puasa. Alhamdulillah Wafi pun sama2 puasa. Begedil kentang keras sket mungkin sebab semua masak guna air fryer. Rasanya lepas ni kentang kena goreng yang lain bubuh je dalam air fryer.

Buat sagu gula melaka tapi failed.. lupa dah lama tak buat. Letak dalam kukusan tapi rupanya still kena alirkan air untuk buang kanjinya. Bila tak buat gitu, sagu menjadi liat. Warna pula makaihhhh... merah menyala. Bubuh sirap ros terlebih.. maklumlah pati ros banyak.. sekali haaaa.. padan muka.
Liat2 pun alhamdulillah, malam habis. Makan sejuk2 sedap.

Monday, April 6, 2020

#day20/28 PKP : Handmade facemask lagi

Selepas siapkan kerja ofis sket, teringat kain yang ambik dari Cik Biela.
Memang plan nak buat facemask. Haritu buat yang bertali, kali ni bubuh getah.

Skil menjahit mask makin ok dan lebih kemas hehe...
Puji diri sendiri lah.
Bolehlah buat tukar2 pergi kedai.

Ok.. hari ni tak produktif sangat.
Lepas tengok kerja Wafi, rehat2 terus tertidur.
Untuk buka gorengkan keladi dan bakar ayam yang telah diperap tengahari.
Sayur lemak kobis dan sawi juga sambal gesek tengahari ada balance.
Nasi pun lebih jadi buatkan nasi goreng.
Syukur atas rezeki.

Malam reply email office.
Siang tadi line teruks.

Sunday, April 5, 2020

#day19/28 PKP : Mee Jawa beli je🤭

Ahad hari yang tak berapa nak produktif.
Pagi sediakan pisang tanduk goreng. Buatkan lah juga sambal kicap.
Lepastu siap2kan pula bahan2 untuk makan dengan kuah mi jawa.
Kuah tu beli dari Dena, dia ambik dari Azie.
Senang... tak renyah nak siapkan bahan untuk kuah. RM18 untuk 8 orang makan tapi makan sampai dinner. Tak cukup mi kuning, kita celur je bihun. Takdehal pun😁

Jam 11.30 am kuah mi jawa sampai. Tukar dalam flask tahan panas. Sapa nak makan boleh ambik sendiri atas meja.
Ibu terus zass tido.. adoii... jaga2 dekat jam 1.30 pm🤭

Bangun2 pun budak2 ni belum nak makan lagi. Ibu yang lapar.

Sedap.
Biasa di kenduri kendari ada je lah mi jawa ni tapi jarang sangat ambik sebab ada lagi makanan lain yanh jadi pilihan. Kalau makan pun just jamah sikit orang lain punya.

Tapi hari ni memang betul2 menikmati. Terasa udangnya. Mungkin sesetengah orang tidak suka sebab rasa mi jawa agak manis.

Bila dah kenyang... layan plak drama tamil..
Ok gak..

Jam 6.00 pm keluar rumah.. sapu2 halaman. Bakar daun2 kering.
Barulah keluar peluh.

Saturday, April 4, 2020

#day18/28 PKP : Kuih Keria

Aktiviti duduk rumah takde bezanya.
Bangun, masak, kemas rumah, cuci kain dsb.
Rutin lah gitu.
Yang beza resepi masakan yang baru dicuba.
Hari ni try keria pulak.
Rekues dari Kakak Widad. Yang mana kita boleh penuhi, try je lah.
Mujur ada kedai buah kat kampung.
Tapi resepi ni takde sukatan.
Walau 1st time buat tapi sangat puashati sebab keria menjadi dengan jayanya.
Lembut.


Kuih Keria

Bahan-bahan
1. Keledek kuning
2. Tepung gandum
3. Garam

Cara-cara
1. Rebus keledek dengan sedikit garam. Air paras keledek je. (HP 10-15 min)
2. Toskan dan lenyekkan keledek
3. Biarkan sehingga betul2 sejuk*
4. Dah sejuk, tambah tepung sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat di tangan (lekat sikit2 takpe)
5. Bentukkan kuih dan letak atas dulang yang ditabur sedikit tepung.
6. Goreng sehingga kuning keemasan atau masak.

Gula sira

1. 1 cawan gula
2. 3/4 cawan air

Cara-cara
1. Masukkan gula dan air dalam kuali. Hidupkan api.
2. Masak gula hingga tua atau keluar gelembung yang banyak.
3. Tutup api dan masukkan keria. Gaul perlahan sebab keria lembut takut rosak bentuk.
4. Bila gula dah rata angkat dan hidang.

* keledek kena betul2 sejuk jadi bila letak tepung kita boleh dapat tekstur yang betul. Kalau keledek masih panas adunan akan lembik je dan possibility kita asyik letak tepung dengan banyak. End up keria akan terlebih tepung dan keras.

Friday, April 3, 2020

#day17/28 PKP : Laksam


Bila Cik Baya share dalam FB resepi laksam, teringin plak nak nak buat sendiri... ye lah.. selalu beli je.
Bahan2 kebetulan ada di rumah.

Macam ni lah bentuk laksam
Speechless sebab tak sangka boleh buat sendiri hehe.
Sebab hanya ada satu je tudung periuk jadi lambat lah sikit sebab nak tunggu sejuk sket baru boleh gulung. Tu yang lambat sikit siap.


Laksam

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung beras
2. 1/4 cawan tepung gandum
3. Secubit garam
4. 1 SB minyak masak
5. 1 cawan air biasa
6. 2 cawan air panas

Cara-cara
1. Campurkan air biasa, garam dan minyak masak.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna whisk sehingga sebati.
3. Masukkan air panas dan kacau lagi.
4. Panaskan periuk kukusan.
5. Letakkan tudung periuk dan sapukan minyak. Tunggu sehingga tudung periuk panas.
6. Masukkan adunan dalam 3 senduk dan tutup kukusan.
7. Tunggu dalam 4-5 minit atau adunan jadi gelembung2.
8. Keluarkan penutup periuk dan sengetkan sikit untuk keluarkan air jika ada dan tunggu sekejap.
9. Tepi2 adunan tu tolak sikit dengan hujung pisau supaya adunan mudah tanggal.
10. Gulung sikit dan bagi tudung periuk menegak/senget.
Adunan akan bergulung dengan sendirinya dan terus jatuhkan ke pinggan
11. Sapukan sikit minyak sebelum next adunan. Kalau tutup periuk melekat boleh basuh dan ulang proses dari mula.

Adunan ini boleh dapat dalam 6-7 batang.

Kuah laksam

Bahan-bahan
1. 6 ekor ikan kembung/selayang/mambung ) ikutlah berapa banyak nak letak)
2. 3 keping asam gelugor
3. 1/2 SK garam
4. 1 labu bawang besar
5. 3 ulas bawang putih
6. 1 inci halia
7. 1 SK lada hitam kisar
8. Garam, gula, secukup rasa
9. 1 biji kelapa parut dan ambil santan pekat dan cair

Cara-cara
1. Ikan, asam gelugor dan garam rebus dengan air separas ikan. Guna nocxa 30-40 minit
2. Sejukkan sket, asingkan asam gelugor dan blender ikan termasuk tulang hingga halus.
3. Blend bawang merah, putih dan halia dengan secawan santan cair.
4. Satukan ikan blender, bahan kisar, lada hitam dan santan.
5. Sentiasa kacau dan perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa.
6. Bila dah hampir gelegak masukkan asam keping semasa merebus ikan tadi.
7. Sejukkan sket dan boleh hidang.

Sambal cili

Bahan-bahan
1. 5 biji cili padi merah
2. 3 biji cili besar merah
3. 1 SB gula
4. Sedikit garam
5. 2 SB cuka

Blendkan bahan di atas. Rasa tu boleh adjust.

Ulam-ulaman

Taugeh
Kacang panjang
Kobis
Timun
Bunga kantan
Daun kesom

1st trial.
Kena improvise.
Overall hampir puas hati lah.
Insyaallah akan repeat.

Yang penting ada tutup periuk.
Pinjam rumah nenek.
Nak pulang macam taklah.. tunggu kena tuntut hahaha..

Thursday, April 2, 2020

#day16/28 PKP : Main Pondok-pondok

Kehidupan seperti biasa. WAH, masak, anak2 bangun cari makan🤣, tv, socmed, tawaf satu rumah hahah..
Camtulah PKP ye bukan dok merayau susahkan abam polis dan abam askar.

Bila ibu tak layan Wafi sebab kerja2 ofis, dia pun sukalah dapat keluarkan toys.
Berlakon2 buat rumah... ada orang2 lagi.
Kalau zaman ibu main kat kebun getah... "pasaran" aka pondok-pondok.

Wafi ni kan agak kreatif, banyaklah benda dia boleh transform.
Hampir suku ruang family tu dia boleh buat rumah mainan dia.

Layankan je lah dia punya kreativiti.
Asal dah main kemas balik kalau taknak bagi #makkauhijau🤢

Wednesday, April 1, 2020

#day15/28 PKP : Bubur Candil

Hari ni bermula fasa ke dia PKP iaitu tambahan 14 hari kuarantin di rumah.
Insyaallah 15.4.2020 kita akan menjalani kehidupan seperti biasa.
Ada yang terkesan dengan PKP dari segi ekonomi dan sosio keluarga. Yang duduk di rumah kecil dengan ahli keluarga yang ramai pasti membawa kepada ketidakselesaan. Begitu juga yang kerja gaji harian.

Kerajaan pula ada menawarkan beberapa rangsangan kepada golongan yang berkeperluan seperti bantuan kewangan RM1600 kepada isi rumah B40, RM1000 kepada isi rumah M40 dsb.
Semoga memberi manfaat kepada penerima.

Ok lah.. cerita hari ni takde apa sangat sebab kejar dateline yang diberi. Sangat stress bila limited source.
By 11.30 PM setel. Alhamdulillah. Tunggu esok pulak ada tak tambahan huhu..

Berbalik pada menu yang diminta oleh Wafi. Dah lama minta tapi asyik tertangguh..bubur bulat-bulat aka bubur candil.

Bubur ni yang ibu ingat dibuat bila ada acara turunkan tanah bagi kanak-kanak yang baru boleh melangkah. Kiranya dah buat bubur letak dalam mangkuk sikit, alas daun pisang.. bagi kanak2 ni sentuh guna kaki sikit daun pisang tu dan letakkan kaki di atas tanah.
Bubur tu boleh lah makan.

Sekarang jarang dah orang amalkan tapi bubur ni biasa ada di kenduri2.


Bubur Candil

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung pulut
2. 1 cawan tepung gandum
3. Sedikit air garam
4. Pewarna
5. 1 cawan gula putih (boleh adjust ikut manis masing2)
6. 1/2 cawan gula melaka
7. 2 cawan air (untuk rebus doh)
8. 2 cawan santan cair (kalau nak kuah lebih tambah lagi)
9. 1 cawan santan pekat
10. 4 helai daun pandan
11. Secubit garam

Cara-cara
1. Campurkan no 1-3 dengan air sedikit2 hingga dapat doh yang tidak melekat di tangan.
2. Bahagikan kepada 3 bahagian dan 2 daripadanya bubuh warna.
3. Bulatkan kecil2 dan letak atas dulang yang ditabur tepung gandum.
4. Golek2 kan dalam tepung untuk elak melekat satu sama lain.
5. Didihkan 2 cawan air.
6. Masukkan doh yang dibulat2 tadi dan masak. Kalau dan timbul2 tu cukuplah masaknya.
7. Dalam periuk lain (buat siap) masakkan gula putih dan gula melaka sampai larut dan tapis.
8. Masuklan dalam bubur dan tambah daun pandan.
9. Masukkan santan cair dan sedikit garam. Kacau rata dan masukkam santan pekat hingga menggelegak.
10. Sejukkan sedikit dan boleh hidang.